Ustaz Os, berusaha menyampaikan Risalah Islam; Akidah, Ibadah, Akhlak dan lain-lain berlandaskan kefahaman yang menyeluruh kepada umat sedunia . Tiadalah umat itu melainkan terdiri daripada individu-individu dan keluarga-keluarga di dalamnya.
Tuesday, May 31, 2011
Tegakkan undang-undang islam tugas semua
Dalam ikhwanonline, dr mohamad mursi, ketua parti ikhwan berkata ikhwan tidak berniat menguasai parlimen seterusnya melaksanakan undang2 islam. Silap faham di kalangan masyarakat tentang islam menyebabkan undang2 islam seolah2 ditolak. Dr mursi berkata tugas melaksanakan undang2 islam bukan tugas ikhwan sahaja, malah ia adalah tanggungjawab semua masyarakat. Kalau semua faham islam yg sebenar, mereka sendiri akan menuntut pelaksanaan undang2 islam. Jadi tugas kita sekarang ialah mempamerkan islam sebaiknya dengan perkataan dan perbuatan supaya ia diterima semua.
Thursday, May 26, 2011
solat berjemaah di masjid
5 waktu sehari semalam akan berkumandang azan. ertinya kewajipan menunaikan solat 5 waktu perlu ditunaikan. tiada alasan untuk kita leka daripada menunaikannya.
namun, yang terbaik adalah kita mendirikannya di masjid secara berjamaah.
banyak hadis Nabi tentang fadilat solat berjemaah.
25 kali atau 27 kali ganda.
pahala berjalan ke masjid.
berjumpa saudara muslimin yang lain.
dan lain-lain lagi.
suasana di malaysia tidak jauh berbeza daripada mesir. jika di sana terdapat banyak masjid, tidak dinafikan bahawa ramai lagi rakyat mesir yang tidak solat di masjid.
sama juga keadaannya di malaysia, terutamanya di kawasan tempat tinggal dan pejabat saya. bangi dan hulu langat.
alhamdulillah. bersyukur kerana masih ramai yang menunaikan solat di masjid. tetapi masih ramai lagi yang tidak solat di masjid.
buktinya, ketika solat jumaat. masjid yang besar tiba-tiba penuh. kadang-kadang tidak muat sehingga berhimpit-himpit.
kalau nak dibandingkan dengan 2, 3 saf yang penuh ketika solat waktu biasa, maka boleh kita simpulkan bahawa masih ramai yang tidak menunaikan solat di masjid.
mungkin ada alasan kerja.
tetapi ketika solat maghrib dan isyak, juga masjid tidak penuh seperti solat jumaat.
solat subuh apatah lagi.
suasana ini membuatkan saya berfikir bagaimana kita mahu ubah situasi ini. adakah dengan hanya menang undi?
tidak.
usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan di semua peringkat terutamanya para daie yang faham Islam perlu ditingkatkan.
kefahaman isi tentang harakah dan dakwah perlu diterjemahkan dengan amal yang berterusan.
jika kita tidak mampu mengajak semua mengikut usrah, cukuplah agar kita mampu mengajak masyarakat untuk solat berjemaah.
kerana solat jemaah di masjid adalah tarbiyah yang tulen.
tidak pernah berubah sejak zaman Nabi sehingga sekarang.
jika solat tidak berjaya ubah diri seseorang, ternyatalah bahawa usrah dan program-progran tarbawi yang lain pun tidak akan mampu mengubah individu tersebut.
seruan ini ditujukan kepada diri saya sendiri dan semua muslimin muslimat seantero dunia.
'Rabbij 'alni muqimas solah wa min zurriyyati'.
Amin.

Thursday, May 12, 2011
motivasi al-Quran (siri 2)
berikut adalah sambungan kisah Nabi Musa di zaman kelahirannya. anda semua boleh merujuk kisah ini dengan membuka al-Quran dalam 10 ayat pertama daripada Surah Al-Qasas.
Biar saya ceritakan secara ringkas apa yang berlaku. Kemudian saya akan petik beberapa pengajaran supaya dengan pengajaran tersebut kita akan sama-sama termotivasi dalam kehidupan kita.
Kalau orang barat mereka lebih suka ambil kisah-kisah kehidupan mereka, tetapi biar kali ini sama-sama kita korek kisah-kisah di dalam al-Quran untuk dijadikan motovasi diri.
Inilah kelainan motivasi al-Quran yang hanya terdapat dalam blog ustaz os.
Kisahnya bermula dengan kerajaan Mesir yang ketika itu diperintah oleh Raja Firaun dan dibantu oleh Perdana Menterinya iaitu Tuan Haman. Kedua-dua tokoh ini tidak diperkenalkan lagi, semua orang tahu apakah kejahatan yang telah mereka lakukan.
Nak dijadikan cerita, menurut tafsir al-quran al-azim karangan Syeikh Ibn Kathir, semasa pemerintahan Raja Firaun terdapat satu kaum yang sangat hebat ketika itu. memang hebat. tetapi apakan daya, Firaun telah mempergunakan mereka dan melemahkan mereka. Jadilah mereka sebaik-baik kaum yang telah dihina secukup-cukupnya oleh Firaun dan Haman. Siapakah kaum itu?
Mereka adalah Bani Israel. Mengapa Firaun berbuat demikian ke atas mereka?
Kerana, puak Qibti (org Mesir, pro kerajaan ketika itu) telah mendapat khabar daripada Bani Israel sendiri bahawa mereka (Bani Israel) telah mendapat riwayat yang kuat daripada Nabi Ibrahim bahawa akan lahir di kalangan mereka (Bani Israel) seorang Nabi yang akan menghancurkan Firaun dan kerajaannya.
Punyalah takut Si Raja Firaun itu. Apa lagi, sebab itulah Firaun mempergunakan mereka dengan tugasan yang berat-berat bagi menghina mereka. Tidak cukup dengan itu, Firaun dengan kuasa yang ada padanya telah mengarahkan satu arahan yang tidak masuk akal. Tidak berperikemanusiaan. Firaun telah mengarahkan bala tenteranya untuk membunuh setiap bayi lelaki yang lahir. (penakut rupanya Firaun ni)
Dipendekkan cerita, ibu Nabi Musa telah melahirkan Nabi Musa. Untuk menyelamatkan Nabi Allah itu, Allah telah mengilhamkan kepada ibunya untuk melepaskan anaknya ke dalam peti dan dihanyutkan di Sg Nil.
Bagi mereka yang belum dikurniakan anak, mungkin anda kurang dapat merasai apa yang dirasai oleh Ibu Nabi Musa. Sedih dan pilu untuk melepaskan anak kesayangan. Allah sendiri telah berjanji akan mengembalikan anak itu kepadanya.
Anak itu kemudiannya telah ditemui oleh orang-orang istana Firaun. Hendak dibunuhnya, namun Allah campakkan perasaan kasih kepada Asiah, isteri Firaun. Eh, jangan bunuh! kita ambil dia.
Nabi Musa diambil oleh pihak istana. Firaun yang takut tadi terpaksa akur dengan kehendak isterinya. Nabi Musa kemudiannya mahu disusukan. Ditakdirkan Allah, tiada seorang pun berjaya menyusukannya. (Breast feeding dah wujud zaman tu)
Mereka pun berusaha mencari mana-mana perempuan yang boleh menyusukan bayi itu. Ditakdirkan Allah, Ibu Nabi Musa berjaya.
Akhirnya kembalilah Nabi Musa ke pangkuan ibunya.
Sebenarnya banyak lagi scene-scene yang terpaksa dipotong bagi menjimatkan masa.
Baiklah, apakah pengajaran yang kita dapat?
1. janji Allah pasti terlaksana.
Ketika Allah mengilhamkan Ibu Nabi Musa untuk meletakkannya ke dalam Sg Nil, Allah berkata: 'jangan takut, jangan sedih. kami akan memulangkannya kepada kamu semula'.
ketika Allah berkata: 'Allah akan mewariskan dunia ini kepada orang beriman', maka percayalah. janji Allah itu akan terlaksana. penuhilah syarat iman itu dalam diri kita.
ketika Nabi Muhammad bersabda di dalam hadis: 'ketika manusia dicipta, diarahkan malaikat untuk menulis 4 kalimah, rezeki, amal, menjaid baik atau jahat'. nah, rezeki dah ditetapkan Allah. yang tinggal hanya usaha daripada kita.
wahai umat Islam sekalian, bangunlah! teruskan usahamu! terus bangun walaupun terjatuh! selagi nyawa dikandung badan, perjuangan wajib diteruskan! yakinlah dengan janji Allah.
yakinlah seperti ummu Musa! kuasa Allah lebih kuat daripada kuasa Firaun dan Haman. Kuasa Allah mampu alirkan peti bayi ke istana Firaun. kuasa Allah mampu lembutkan hati penghuni istana ketika ternampak peti itu. kuasa Allah memberi kekuatan kepada bayi itu agar tidak minum susu daripada orang lain selain ibunya yang sebenar. kuasa Allah mampu mengembalikan si anak kepada ibunya.
benar, kuasa Allah lebih kuat daripada segala-galanya.
tidak hairan jika kuasa Israel masih tidak mampu mengalahkan Hamas. kerana Allah bersama Hamas. kerana Hamas bersama Allah.
Maka, kembalilah kamu semua kepada Allah. mulakan dengan fikiran yang positif bahawa Allah sentiasa bersama orang yang berusaha. yakinlah dengan bantuan Allah jika kita menepati segala syarat kehendaknya.
mulakan merancang, bertindak, bermuhasabah dan jangan sekali-kali putus asa dan berhenti berusaha.
saya doakan anda terus berusaha dan yakin kepada Allah seperti Ummu Musa.
ikuti motivasi seterusnya yang akan kita sama-sama gali daripada surah Yasin pula. tunggu.
sekian terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)