Wednesday, June 24, 2009

Antara Hadaf dan Wasilah




Hadaf bermaksud matlamat. Tujuan. Jamaknya Ahdaf. Lebih kurang dengan Ghayah. (Gha+Alif+Ya+Ta Marbuthah) Ghayah pun matlamat dan tujuan. Tapi ada beza. Ghayah diibaratkan seperti stesen keretapi terakhir. Hadaf pula seperti stesen-stesen yang kita lalui sebelum sampai ke stesen terakhir.

Wasilah ialah cara untuk mencapai matlamat. Jamaknya Wasail. Banyak wasilah yang kita ada untuk mencapai matlamat.

Perbincangan tentang hadaf dan wasilah amat luas. Setiap perkara ada hadaf. Setiap hadaf perlukan wasilah terbaik. Kita kecilkan skop perbincangan. Selaku pelajar, saya ambil ‘isu belajar’ sebagai contoh.

Apakah status ‘belajar’? Hadaf atau wasilah? Kita pusing dulu ikut jalan jauh untuk mengupas persoalan ini.

Kita lahir ke dunia sebagai hamba Allah. (rujuk 51:56) Kemudian dilantik sebagai Khalifah Allah di muka bumi. Memastikan bumi ini diatur dan diurus dengan syariat Allah. (rujuk 2:30) Nak tak nak, agama Islam perlu ditegakkan. (rujuk 3:19) Untuk itu, tugas berdakwah menjadi kewajiban setiap Muslim. Berdakwah? Ya, dakwah perlukan ilmu. ‘Ala Basiirah. (rujuk 12:108) Nak dapat ilmu perlu belajar. Ringkasnya ialah ‘belajar merupakan wasilah mendapatkan ilmu’. Ilmu pula ialah hadaf di antara ahdaf untuk mencapai ghayah ‘mendapat redha Allah’.

Saya kongsikan beberapa poin yang perlu diberi perhatian:

1. “Belajar untuk mendapat kerja. Lagi tinggi belajar, lagi besar gaji.” Kenyataan ini betul, tapi jangan lupa hadaf kita hidup ini semata-mata untuk menyampaikan dakwah. Lebih-lebih lagi dakwah sekarang perlukan banyak modal. Duit banyak bukan ghayah, hanya wasilah.

2. “Kita fokus belajar. Cari ilmu banyak-banyak. Baru boleh berdakwah. Baru orang dengar dakwah kita.” Ini juga betul. Tapi untuk dapatkan ilmu, banyak lagi wasilah lain yang ada. Ilmu berbentuk teori, amali dan yang lebih berharga ialah pengalaman. Kita cuba pandang ilmu itu dalam sudut yang lebih luas.

3. “Ilmu ada 2 jenis: ilmu dunia, ilmu akhirat. Kami ni budak medik. Belajar ilmu dunia. Mereka budak syariah, usul. Belajar ilmu akhirat.” Ayat ini susah sikit. Sebenarnya setiap ilmu adalah ilmu Allah. Setiap ilmu yang menyampaikan kita kepada kenal Allah ialah ilmu yang bermanfaat. Penguasaan ilmu medik ialah satu hadaf untuk mencapai ghayah. Begitu juga ilmu-ilmu lain. (rujuk 35:27-28)

4. “Orang berilmu pun buat silap”. Dakwaan ini memang ada benarnya. Bila kita terlupa hadaf mengapa kita perlu ada ilmu, kita akan kalah kepada ujian. Ujian jawatan, harta benda. Sebenarnya harta dan jawatan yang kita ada hanyalah wasilah untuk sampai kepada ghayah. Bila kita jadikannya sebagai ghayah, maka kita sudah tersilap. Macam menang kerusi pilihanraya, ia hanyalah wasilah untuk sampai kepada ghayah. Bukan ghayah.

5. “Ramai yang tenggelam mencari wasilah, sehingga akhirnya melupakan hadaf dan ghayah”. Inilah kenyataan.

Para pembaca yang dikasihi,

Antara hadaf and wasilah. Kita kiaskan kepada perkara-perkara lain yang berlaku di dalam hidup kita. Isu perjuangan umat Islam di Palestin. Penangkapan pimpinan Ikhwan di Mesir. Penularan wabak H1N1 seluruh dunia. Kekalahan pasukan bola Mesir kepada pasukan Amerika. Isu negara perpaduan. Selesainya peperiksaan tahun 4. Cuti musim panas. Ziarah. Kelas tafaqquh. PMPI’09. Dan banyak lagi perkara yang berlegar di benak fikiran kita. Semuanya mengingatkan kita ‘apa hadaf hidup kita’, ‘apakah wasilah pilihan kita untuk mencapai hadaf hidup ini’ dan ‘sejauh mana kita berusaha mencapai hadaf tersebut’.

Akhir kalam, sama-sama kita ambil masa untuk mencari apa ghayah dan hadaf hidup kita. Ubah cara fikir. Agar tidak hanyut dengan suasana. Agar tidak menjadi pak turut. Muslim warisan nenek moyang. Tarbiyah ikut-ikut. Biar kita punya prinsip. Punya fikrah. Islamiyyah. Rabbaniyyah. Muhasabah setiap amalan yang kita lakukan. Adakah membawa kita kepada ghayah atau sebaliknya. Yang pasti, hidup perlu diteruskan. Setiap saat dinilai Allah.

Sekian, terima kasih.

Os.

6.50 pm.

Bawba Tania.

23 Jun ’09.

Monday, June 15, 2009

Akhi…Uhibbuk Fillah!



Imam As-Syahid berkata:

Yang aku inginkan tentang persaudaraan ialah:
Hati-hati dan ruh-ruh berpadu dengan ikatan Akidah
Akidah adalah sekuat-kuat ikatan dan yang paling bernilai
Persaudaraan itu bukti keimanan
Perpecahan itu bukti kekafiran
Kekuatan yang pertama ialah kekuatan kesatuan
Tiada kesatuan tanpa kasih sayang
Serendah-rendah kasih sayang ialah berlapang dada
Yang paling tinggi ialah martabat ithar
“Sesiapa yang dapat memelihara dirinya daripada sifat SYUH (kedekut, kikir, mementingkan diri), maka merekalah golongan yang berjaya” Al-Hasyr, ayat 9.
Al-Akh As-Sodiq melihat saudara-saudaranya yang lain adalah lebih utama daripada dirinya sendiri
Kerana jika dia tidak bersama mereka, dengan siapa lagi dia akan bersama?
Dan jikalau mereka tidak bersama dengannya, ada ramai lagi yang boleh menggantikan tempatnya
(rugilah dia kalau tak bersama dengan rakan-rakannya yang ikhlas, bersungguh-sungguh, rabbani…)
“Sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang keseorangan” petikan Hadis.
“Dan mukmin dengan mukmin yang lain umpama bangunan, saling mengukuhkan satu sama lain” petikan Hadis.
“dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah Wali (tolong-menolong) satu sama lain” At-Taubah, ayat 71.
Begitulah sepatutnya kita kena jadi!


Saudara-saudara yang dikasihi,

Isu kali ni ialah isu ukhuwah. Ikatan Persaudaraan. Nombor dua selepas ikatan akidah. Macam para sahabat zaman Nabi. Diajar iman. Kemudian disatukan dalam ikatan persaudaraan.

Tarbiyah Imaniyah. Tarbiyah Ukhowiyah. Kenal Allah yang Maha Hebat. Kenal diri yang amat lemah. Dikenalkan dengan teman-teman seperjuangan. Terpancar keikhlasan. Lalu disatukan. Bersatu atas nama akidah. Saling melengkapi. MasyaAllah, indahnya hidup ini. Keindahan yang perlu dikongsi dengan orang lain.

Apa kaitannya dengan suasana sekarang?
Banyak peristiwa berlaku dalam seminggu. Menyayat hati. Menghibur hati. 2 perkara untuk perkongsian bersama:

1. Kemalangan melibatkan teman-teman yang rapat.

Allahyarham Ammar, walaupun tidak kenal sangat, cukuplah kenangan sembang-sembang di masjid depan Metro Malek Soleh dan di Masjid Sahabat Hayyu Asyir memberi suntikan semangat untuk meneruskan misi ummah.
Aman, baru sahaja sembang panjang dan makan-makan seminggu sebelum kejadian. Rumah atas kedai tokmiyah Basyandi bakal menjadi rumah yang akan kerap diziarah.
Ekem, kita berkongsi pengalaman yang agak sama tapi berbeza. Ekem main ragbi. Os main perahu panjang semasa zaman sekolah. Dua-dua sukan fizikal yang agak tough!
Fitri, kita pernah main bola sama-sama di padang Cairo U. Bersemangat! Lanun FC.
Saif, Allah tidak akan mensia-siakan amalan orang soleh. Kita masih berpeluang untuk beramal.
Kepada teman-teman G6, teruskan perjuangan!

2. Pengumuman berantai.

Pagi Jumaat 5 Jun, pagi bersejarah. Akhi Farhan mengumumkan beliau akan pulang ke Malaysia 8 Jun seterusnya akan melangsungkan akad nikahnya 1 Ogos 2009.
Jumaat kedua, 12 Jun. Akhi Salman Al-Farisi mengumumkan beliau akan berkahwin pada 25 Julai 2009.
Tak sempat Jumaat ketiga, seorang lagi akh telah mengumumkan tarikh akad nikahnya. 25 Jun akan datang. Dia dah umum melalui yahoomesengger. Jumaat ni mesti kena umum juga di padang Suq Sayarat. Nak tahu siapa, jom pakat turun ramai-ramai main bola Jumaat ni.

Bernikah di atas jalan dakwah adalah perkara yang menakjubkan. Banyak kisah yang membuktikan perkahwinan jenis ini memberi sejuta manfaat kepada ummah. Syaratnya, ikut tarbiyah betul-betul.


Saudara-saudara sekalian,
Biar apapun berlaku, kita tetap bersama. Kerana kita tetap berusaha menguatkan iman. Bila iman kuat, ikatan sesama kita juga kuat. Bila ikatan kita kukuh dan kuat, banyak manfaat kepada masyarakat. Jangan bagi peluang kepada syaitan merosakkan hubungan suci kita. Jauhi su’u zon. Banyakkan doa. Berani hidupkan budaya tegur-menegur. Yang silap tetap silap. Yang benar tetap benar. Tegur kerana Allah.

Akan datang, kita semua akan hadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Asam garam jalan dakwah. Hanya ikatan yang kukuh mampu men’thabat’kan kita.
Uhibbukum Fillah!
Os.

Tuesday, June 09, 2009

Mr. Obama: “O Moslems, change your life by your own self!”



Hari ini 9 Jun, hari yang baru. Semalam saya baru selesai peperiksaan Bahasa Inggeris. Agak unik pada peperiksaan pada tahun ini. Mesir! Al-Azhar! Pada mulanya, dimaklumkan subjek B. Inggeris ini dibatalkan. Kemudian ada semula. Pertama kali semalam, kertas soalan sampai lewat ke dewan peperiksaan. Unik!

Hari itu, 4 Jun. Kehadiran Presiden Amerika Barack Obama ke Kaherah. Peristiwa bersejarah. Ia adalah tarikh peperiksaan bagi subjek Ulum Quran. Namun pada hari tersebut, Al-Azhar ditutup seterusnya peperiksaan ditangguhkan ke 21 Jun. Qaddarallahu masya’a fa’al!

Kehadiran beliau menjadi isu hangat di dada akhbar Mesir. Banyak persoalan timbul di benak fikiran saya. Apakah yang boleh kita ambil. Soalan paling utama, apakah kaitannya dengan diri saya dan apakah peranan saya terhadap apa yang berlaku? (teringat kata-kata seorang guru, umat Islam takkan ambil berat akan apa yang berlaku di dunia ini sehinggalah ia mengganggu periuk nasi mereka!)

Perkongsian Pertama

Saya kongsikan di sini antara perkara utama yang disentuh oleh Obama dalam ucapannya, khas untuk umat Islam termasuk di Malaysia:
1. Hak asasi manusia dan keadilan
2. Hubungan Amerika-Israel (bak air dicincang tak akan putus)
3. Skill-skill public speaking yang bertujuan menarik perhatian pendengar khususnya umat Islam tak mampu untuk melembutkan hati umat Islam apatah lagi mendapat kemaafan (kekejaman mereka terhadap saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Pakistan)
4. Isu ekonomi
5. Isu hak wanita
6. Dll

Kesimpulannya, ucapan tersebut hanyalah usaha sia-sia untuk membersihkan nama baik Amerika pada pandangan umat Islam. Mereka telah melakukan penindasan dan kekejaman. Ia tidak menambah apa-apa kepada perkembangan positif kepada umat Islam.

Perkongsian Kedua

Kita fokuskan kepada isu ‘Realiti umat Islam sekarang dan apakah penyelesaiannya?’Saya cuba kaitkan isu ini dengan sepotong ayat al-Quran di dalam Surah Ar-Ra’du, sebahagian daripada ayat ke-11.

إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka!

Agen Perubah

Apakah yang akan mengubah nasib umat Islam sekarang? Bagaimanakah ia akan berubah? Apakah peranan kita dalam menjamin perubahan ini benar-benar berlaku?
Sedikit selingan daripada Matan Ajrumiyah, kitab asas belajar Ilmu Nahu.

الإعراب هو تغيير أواخر الكلم لإختلاف العوامل الداخلة عليها لفظا أو تقديرا

Perubahan (taghyir) pada akhir kalimah adalah disebabkan faktor-faktor (awamil) yang datang padanya. Perubahan tidak berlaku begitu sahaja. Mesti ada penyebab berlakunya perubahan. Perubahan tersebut tetap berlaku, sama ada kita sedar atau tidak (lafzon au taqdiron). Mesti ada Agen Perubah! Wajib!

Saya tinggalkan anda semua dengan satu persoalan. Adakah Obama Agen Perubah yang kita nantikan? Kalau bukan beliau, siapa?

Tuesday, June 02, 2009

Tahniah Banyak2, Alfu Mabruk, Jayo Set Kito!


Bismillah. Walhamdulillah. Syukur Ya Allah!
Sekalung ucapan tahniah kepada mereka semua:

1. Amin (adik os)
Dipilih sebagai pelajar mithali Maktab Mahmud. Dapat hadiah daripada Tuanku Sultan Kedah.

2. Mamat (abang os)
Naik pangkat dalam jabatan. Agak sulit kisahnya.

3. Kak Ngah (kakak os)
Dapat kerja baru. Sebelum ni, juruaudit EnY, kini akauntan MK Land.

4. Ust. Nur Muhammad Husain b. Ahmad Fadzir (ahli bilik os)
Dapat 129/200 markah dalam peperiksaannya di Maahad Qiraat Syubra. Lulus!

5. Syarikat baru di Mesir akan ditubuhkan. (os jadi pelabur)
Ada dadih, kek pisang, air soya berperisa durian. Nantikan produk mereka!

6. dan ramai lagi yg berjaya yg tak dapat ditulis di sini.

Apa komen saya?

1. Kejayaan, hasil mereka yang berusaha.
Kita tetap berusaha kerana kita tahu dan percaya, kalau kita usaha sungguh-sungguh, ambil asbab, doa, maka Allah akan berikan kejayaan.
'tahu dan percaya itulah IMAN' kerana ia membawa kepada AMAL.
IMAN hidupkan hati. Hati punya Azam yang tinggi. Hati keluarkan arahan. Anggota badan yang lain melaksanakan arahan.

2. Rahsia Kejayaan = F.O.K.U.S.
Bukti?
-solat 5 waktu sehari semalam = fokus Redha Allah
-khusyuk dlm solat = fokus Allah dalam hati
-banyakkan zikrullah = fokus Allah dalam hati
-tundukkan pandangan = fokus matlamat, jangan tergoda dengan godaan dunia
-tadabbur Al-Quran = fokus manhaj hidup
-muhasabah diri = fokus matlamat
-berperang dalam satu saf = fokus dalam amal
##FOKUS adalah amal hati, bukan otak semata-mata.

3. Kejayaan yang Lebih Besar
Jika kita tanya mereka yang berjaya, 'Adakah anda berpuas hati?'
'Tidak, ini baru sikit'
'Tak syukur?'
'Syukur, tapi kita tak boleh cepat berpuas hati. Kita selaku umat Islam ada misi lebih besar. Kena usaha lagi!'

4. Ada prinsip diri.
Mulut diam, kerja jalan.
Tin milo yang kosong dan tin milo yang penuh berisi milo apabila diketuk.
Diam-diam ubi berisi.
Cakap banyak tak guna.
Actions speak louder than words.

5. Kesabaran Ulul Azmi.
Kita lihat wajah mereka. Manis, senyuman, ceria, gembira, bersemangat dan lain-lain tanda mereka telah berjaya. Di belakang tabir? Tangisan, keletihan, tak cukup tidur, tiada yang membantu saat memerlukan dan lain-lain yang kita tak tahu.
Ini namanya pengorbanan. Ada kesabaran menghadapi ujian. Sabar Ulul Azmi.

Akhir sekali, banyak ujian akan kita tempuhi. Buatlah persediaan. Berimanlah dengan kata-kata ini, 'MAN JADDA WAJADA'. Siapa usaha dia dapat!

Doakan saya yang berbaki 2 subjek untuk menghabiskan Ijazah Usuluddin sebelum melangkah ke Master Usuluddin Al-Azhar.