Tuesday, June 02, 2009

Tahniah Banyak2, Alfu Mabruk, Jayo Set Kito!


Bismillah. Walhamdulillah. Syukur Ya Allah!
Sekalung ucapan tahniah kepada mereka semua:

1. Amin (adik os)
Dipilih sebagai pelajar mithali Maktab Mahmud. Dapat hadiah daripada Tuanku Sultan Kedah.

2. Mamat (abang os)
Naik pangkat dalam jabatan. Agak sulit kisahnya.

3. Kak Ngah (kakak os)
Dapat kerja baru. Sebelum ni, juruaudit EnY, kini akauntan MK Land.

4. Ust. Nur Muhammad Husain b. Ahmad Fadzir (ahli bilik os)
Dapat 129/200 markah dalam peperiksaannya di Maahad Qiraat Syubra. Lulus!

5. Syarikat baru di Mesir akan ditubuhkan. (os jadi pelabur)
Ada dadih, kek pisang, air soya berperisa durian. Nantikan produk mereka!

6. dan ramai lagi yg berjaya yg tak dapat ditulis di sini.

Apa komen saya?

1. Kejayaan, hasil mereka yang berusaha.
Kita tetap berusaha kerana kita tahu dan percaya, kalau kita usaha sungguh-sungguh, ambil asbab, doa, maka Allah akan berikan kejayaan.
'tahu dan percaya itulah IMAN' kerana ia membawa kepada AMAL.
IMAN hidupkan hati. Hati punya Azam yang tinggi. Hati keluarkan arahan. Anggota badan yang lain melaksanakan arahan.

2. Rahsia Kejayaan = F.O.K.U.S.
Bukti?
-solat 5 waktu sehari semalam = fokus Redha Allah
-khusyuk dlm solat = fokus Allah dalam hati
-banyakkan zikrullah = fokus Allah dalam hati
-tundukkan pandangan = fokus matlamat, jangan tergoda dengan godaan dunia
-tadabbur Al-Quran = fokus manhaj hidup
-muhasabah diri = fokus matlamat
-berperang dalam satu saf = fokus dalam amal
##FOKUS adalah amal hati, bukan otak semata-mata.

3. Kejayaan yang Lebih Besar
Jika kita tanya mereka yang berjaya, 'Adakah anda berpuas hati?'
'Tidak, ini baru sikit'
'Tak syukur?'
'Syukur, tapi kita tak boleh cepat berpuas hati. Kita selaku umat Islam ada misi lebih besar. Kena usaha lagi!'

4. Ada prinsip diri.
Mulut diam, kerja jalan.
Tin milo yang kosong dan tin milo yang penuh berisi milo apabila diketuk.
Diam-diam ubi berisi.
Cakap banyak tak guna.
Actions speak louder than words.

5. Kesabaran Ulul Azmi.
Kita lihat wajah mereka. Manis, senyuman, ceria, gembira, bersemangat dan lain-lain tanda mereka telah berjaya. Di belakang tabir? Tangisan, keletihan, tak cukup tidur, tiada yang membantu saat memerlukan dan lain-lain yang kita tak tahu.
Ini namanya pengorbanan. Ada kesabaran menghadapi ujian. Sabar Ulul Azmi.

Akhir sekali, banyak ujian akan kita tempuhi. Buatlah persediaan. Berimanlah dengan kata-kata ini, 'MAN JADDA WAJADA'. Siapa usaha dia dapat!

Doakan saya yang berbaki 2 subjek untuk menghabiskan Ijazah Usuluddin sebelum melangkah ke Master Usuluddin Al-Azhar.

5 comments:

Anonymous said...

salam..... alfu mabruk ilaik...tahniah ana ucapkan kpd enta kerana memilih salah satu jalan dakwah iaitu sebagai blogger untuk menyampaikan fikrah enta.... kat sini orang umum akan start menilai enta, ape yang enta bawak, cara enta, akhirnya mereka akan discribe enta melalui pandangan mereka, so make your post as clear as a sun, so that they will really know who you are, and what will you become for others... ala kulli hal....ana amat2 menyokong akan pilihan enta dan harap ia akan menjadi asbab kepada kebangkitan dakwah aspecialy untuk pelajar malaysia di MESIR....selamat berjuang...Allah maak....sohbak-alhagg-

jilullah_88 said...

salam...mantap ust os..ada blog oo lani..huhu..selamat menjadi blogger yagn berhemah...hehehe..

hamdan al-kandahlawi said...

salam os

oit.buh la ruang utk sembang2.chatbox ka.leh tego2 senang sket

MOHD. FIRDAUS BIN SALLEH HUDIN said...

salam kembali.
>hagg umair, syukron di atas nasihat nta. ana cuba pelbagaikan wasilah utk sampaikan apa yg ana dapat di Mesir.
>syaikh ikram, sokongan nta amat ana hargai. doakan ana tak terseleweng dr niat asal.
>pak aji hamdan, kawe x berkesempatan lagi nk buat itu dan ini utk blog ni. sikit-sikit akan kawe update. bak kata arab mesir, syuwaiyya syuwaiyya. bak kata naim teloi, slow n steady, tak slow tak jadi! huhu.

yangyuyu said...

thanks for the complement..kejayaan kakngah atas doa os jugak.jadi follower blog kakngah tau