Friday, December 27, 2013

Azam 2014: Untuk mencapai matlamat, saya perlu berubah!!!

Kita termotivasi untuk mencapai sesuatu perkara yang kita inginkan. Perkara itu menjadi matlamat kita. Akan tetapi, matlamat itu tidak akan tercapai jika kita tidak berusaha. Apabila kita berusaha, kita masih belum berjaya mencapai apa yang kita inginkan. Mengapa?

Jawabnya ialah perkara yang kita inginkan itu merupakan benda baharu dalam kehidupan kita. Gaya hidup dan cara hidup kita selama ini hanya sesuai untuk perkara-perkara dan cita-cita kita yang lama. Apabila kita memiliki hasrat dan cita-cita yang baru, maka usaha dan kudrat yang diperlukan juga perlu baharu.

Andai mengimpikan bintang di langit, usah digunakan galah yang panjangnya sejengkal.

Maksudnya, kalau nak capai sesuatu, maka kita perlu korbankan sesuatu. Usaha biar lebih. Kalau statik sahaja, sampai bila pun tak berjaya. Pengorbanan yang dimaksudkan di sini ialah pengorbanan perubahan sikap.

Sikap adalah halangan utama yang membelenggu ramai orang. Hendak capai itu ini, tapi sikapnya masih di takuk lama. Habit buruk masih dikekalkan. Bila lah nak berjaya?

Bila bercakap soal perubahan sikap, kita memerlukan satu sistem yang menyokong. Keluarga, suasana sekeliling, rakan, murabbi dan lain-lain.

Kadang-kadang, support system itu semua sudah ada. Yang tinggal hanyalah keinginan untuk berubah. Mengapa susah ingin membina keinginan? Kerana hati sudah mati. Tiada lagi keinginan untuk berubah mencapai sesuatu yang lebih baik daripada sekarang.

Betul lah.

Kalau hati hidup, ribut badai cerun tinggi lautan berapi sanggup diredah!

Alahai.

Cakap mudah.

Berubahlah!

Azam 2014:

1. Rahsia
2. Rahsia
3. Rahsia

Sebenarnya tak perlu tunggu 2014 untuk ada cita-cita. :)

Os.
(rasa lebih selesa menulis di blog berbanding di fb dan twitter, tak tahu mengapa)

No comments: