Sunday, May 31, 2009

Akhbirni ‘Anil Iman

Lelaki itu bertanya, ‘Ya Muhammad, khabarkan padaku tentang Iman!’ Maka Nabi pun menjawab, ‘Iman ialah engkau beriman kepada Allah, para Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Akhirat, dan engkau beriman dengan Ketetapan Allah, baik dan buruknya’.

Petikan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Hadis Kedua di dalam Matan Arba’in Lil Imam Nawawi.

Hadis ini tergolong di dalam Hadis-hadis Asas di dalam memahami Islam. Setiap muslim perlu belajar apakah yang ada di dalam hadis yang mulia ini. Antara perkara-perkara yang dapat kita simpulkan ialah:

1. PENGERTIAN IMAN

Iman amat mempengaruhi kehidupan kita semua. Perkara asas. Kita tahu, kita rasa, kita tetapkan di dalam hati dan akhirnya kita buktikan dengan perbuatan. Biarlah orang lain menyeksa tubuh kita namun ia tak dapat mengubah apa yang ada di hati kita.

Kita ada ‘stand’ kita sendiri kerana kita seorang Mukmin!

2. PERCAYA KEPADA ALLAH

Percaya tak ada gula dalam air sirap? Jika ya, mana gulanya?

Mustahil adanya tulisan tanpa penulis.

Lihat tapak kaki harimau di hutan. Cubalah katakan kepada rakan, ‘Mana ada harimau di sini! Ini hanyalah kesan tapak kaki harimau.’ Apa respon rakan anda?

Lihatlah alam ini. Mesti ada Pencipta.

Asas segalanya.

Kita mula dengan Kenal Allah (MA’RIFATULLAH).

Kita teruskan dengan Cinta Allah (MAHABBATULLAH).

Ya! Kini hati kita telah pun hidup. Diisi dengan AL-IMAN BILLAH.

Mudahlah untuk beramal, beribadah, belajar, bekerja dan bergerak.

Semuanya dari Allah, hanya untuk Allah.

3. PENYELESAIAN KEPADA PERSOALAN UMAT MASA KINI

Hasil penelitian terhadap keadaan semasa umat Islam sedunia, banyak masalah yang ada dan kita bertanggungjawab secara tidak langsung untuk menyelesaikannya.

Apakah penyelesaian terbaik?

"إن كنتم تريدون أن تستمتعوا بالحياة وتلتذوا بها فاحيوا حياتكم بالإيمان وزينوها بأداء الفرائض واحفظوها بترك المعاصي"

Ini ialah kata-kata Imam Badi’uzzaman Said An-Nursi:

Jika kalian ingin menikmati keseronokan hidup ini dan merasai kelazatannya, maka nyalakanlah hidup kalian dengan IMAN, hiasilah ia dengan menunaikan IBADAH dan peliharalah hidup kalian dengan meninggalkan MAKSIAT.

Pembaca yang budiman,

Saya akan berusaha menulis sekadar yang termampu artikel-artikel berbentuk ilmiah, tazkirah, buah fikiran, perkongsian pengalaman dan lain-lain sebagai menunaikan tanggungjawab menyampaikan Iman dan Islam kepada semua. Marilah buktikan iman kita dengan amal biar pun sedikit namun insan di sekeliling dapat merasai hasil iman tersebut.

Sekian, terima kasih.

Os.

7 comments:

Anonymous said...

selamat maju jaya! mabruk ustaz os!

Anonymous said...

mabruk ustaz os!

Anonymous said...

Ustad Os! Blog dah ada. Zaujah bila lg? hehe. Gurau je. ^_^

-bilal_j-

hakimi mahmud said...

salam kunjung

Anonymous said...

~................................

hamdan al-kandahlawi said...

ngaum2.

os

tulih lg tulih

Anonymous said...

Selamat Exam!! Dari MamAt