Pada malam ini, perbincangan akan tertumpu kepada beberapa tajuk kecil seperti berikut:
1. الغاية أصل الأعمال (Matlamat asal amal)
2. مصادر غايتنا (Sumber matlamat kami)
3. استطراد (Penyimpangan / Persoalan)
4. من أين المال؟ (Dari mana duit ini?)
5. نحن والسياسة (Kami dan politik)
Terdapat 3 poin besar:
1. Matlamat dan landasannya
- Tanpa matlamat kita tak tahu ke mana hala tuju kita. Inilah masalah utama yang melanda umat Islam pada hari ini.
- Matlamat kami (Ikhwan/ISMA) adalah Menguasai Dunia (Siyadatud dunya) dan Mengajak manusia kembali kepada Islam (Irsyadul insaniyyah ila taalimil Islam)
- Landasan (masadir) matlamat kami adalah Al-Quran, As-Sunnah dan Sirah Nabi dan para sahabat.
- Jika kita meneliti 3 sumber ini, kita akan mendapati bukti-bukti yang jelas yang mengajar kita untuk memiliki matlamat murni tersebut.
- Inilah risalah (ajaran) Al-Quran (yang menetapkan matlamat dan mahu kita rujuk 3 sumber tadi) yang perlu kita ambil.
- Terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak, tetapi kajilah Al-Quran yang berada di depan anda.
2. Sumber kewangan dakwah
- Orang tertanya-tanya, mereka sibuk berdakwah dan melakukan pelbagai aktiviti dakwah, dari mana datangnya duit tersebut?
- Al-Banna menjawab, asas kejayaan dakwah bukan wang tetapi iman yang kukuh kepada Allah.
- Duit yang Ikhwan miliki hanyalah sedikit namun jiwa besar dan iman yang hebat itulah yang menjadi asas kejayaan dakwah Ikhwan.
- Kata-kata beliau: إذا وجد المؤمن الصحيح وجدت معه وسائل النجاح جميعا "Jika terdapat seorang lelaki yang benar imannya, maka akan terdapat padanya wasilah-wasilah kejayaan yang banyak."
- Inilah kunci kejayaan Ikhwan "Al-Maalu qalil, wal imanu kabir", harta yang sedikit menjadi berkat disebabkan iman yang besar.
3. Kami dan politik
- Ada orang menuduh Ikhwan adalah parti politik dan bermatlamatkan politik semata-mata.
- Al-Banna menjawab, kami hanya mengajak umat kepada Islam dan ajarannya, jika ini yang kamu maksudkan sebagai politik, maka inilah politik kami.
- Jangan terpengaruh dengan aspek luaran atau nama (istilah) semata-mata, kajilah hakikat dakwah Ikhwan.
- Benar di dalam Islam ada politik, iaitu mencari kebahagiaan dunia dan kebahagiaan akhirat, maka itulah juga politik di sisi kami.
Ini adalah ringkasan daripada tajuk-tajuk kecil yang akan dibincangkan pada malam ini di dalam Rancangan Usrah TV ISMA.
Kupasan-kupasan lanjut akan dihuraikan oleh Presiden ISMA dan dibantu oleh peserta-peserta lain.
Semoga semua orang mendapat manfaat daripada usaha kecil ini.
No comments:
Post a Comment