Kemerdekaan Sudan Selatan daripada negara Sudan memberi tamparan hebat kepada umat Islam kerana di sebalik Sudan Selatan wujud bayang-bayang Amerika, Yahudi dan gerakan Kristianisasi.
Usaha Yahudi dan Amerika memecahkan negara Arab dan negara Islam nampak jelas dalam campur tangan mereka di Sudan. Sekarang, Sudan Selatan sudah merdeka, selepas ini mereka rancang Sudan Barat pula iaitu Darfur. Kemudian Sudan Timur (negeri Boga). Akhirnya tidak mustahil Sudan yang asalnya satu menjadi 4 negara berasingan. Sejak Disember 2010 lagi, Tel Aviv sudah declair akan menubuhkan pejabat kedutaan di Sudan Selatan selepas ia merdeka.
Sama sahaja keadaannya di Iraq yang kini hampir terbahagi kepada 3 bahagian. Untuk puak Kurdi di utara, Syiah di selatan dan puak Sunnah di tengah Iraq.
Sebelum ini sudah berlaku proses penyatuan atau dipanggil 'Sudanisasi' namun ia tidak berjaya.
Mesir secara langsung akan mendapat ancaman kerana negara haram Israel berada di bahagian timurnya. Kini, ancaman terus datang di bahagian selatan pula dengan kewujudan Sudan Selatan ini. Hak penggunaan air Sungai Nil akan dituntut oleh Sudan Selatan dan ia bakal mengubah perjanjian Sudan-Mesir 1959.
No comments:
Post a Comment