Friday, July 29, 2011

Keikhlasan

Apa lagi yang kita mahu di dunia ini
Asyik fikir itu dan fikir ini
Rasa tak cukup?
Padahal semua dah ada
Perut makin besar
Badan makin selesa
Pergi balik kerja
Sana sini berdakwah
Itu dan ini kita berusaha
Namun jangan kita lupa
Jangan kita terleka
Tetapi manusia amat mudah lupa dan leka

Apa lagi yang kita mahu di dunia ini
Semua sudah tersedia di depan mata
Medan terbentang
Mad'u mendatang
Apa lagi yang kau lengahkan

Memang benar pepatah lama
Yang dikendong berciciran
Yang dikejar tidak dapat
Tetapi kau tak kejar apa-apa
Kau tak kendong apa-apa
Apa yang ada engkau pun tak sedar

Di mana keikhlasan
Yang tumbuh dari dalam hati
Yang menerangi jalan yang sunyi
Yang banyak memberi tanpa mahu publisiti

Di mana keikhlasan
Jujur dengan diri
Bersungguh mencari erti
Usaha tanpa henti
Walau tidak dipuji atau dikeji

Amat rugi
Teramat rugi
Jika ikhlas tidak bersemi
Mencari nama mencari redho manusia
Rugi dan rugi
Rugi beribu kali

Masih ada lagi harapan
Perbaiki keadaan
Selagi nyawa dikandung badan
Hati tetap di tangan Allah
Dibolak-balikkan bila-bila masa

Masih ada lagi harapan
Yang kotor dibersihkan
Yang semak dilibaskan
Yang kelam disinarkan

Dengan cahaya iman
Dengan cahaya Al-Quran
Dengan cahaya orang soleh
Dengan cahaya zikrullah

Andai ini nafas terakhir
Oh, tidak

Ya, mati boleh bila-bila masa
Ikhlaskan hati
Mencari redha Allah
Bukan redha manusia

No comments: