rata-rata orang zaman sekarang inginkan sesuatu perkara itu dicapai dengan cara yang paling mudah dan menjimatkan masa.
kemahiran dalam membuat kesimpulan dan memudahkan orang faham adalah satu skill yang amat penting sekali dalam kehidupan seorang guru, daie dan pendakwah.
teringat satu ayat yang disebut oleh seorang kenalan dalam menerangkan arah jalan menuju ke sesuatu tempat:
"enta kalau nak mudah, enta ikut ... dan ... "
"enta kalau nak cepat, enta guna ... dan ..."
"ataupun kalau enta nak mudah lagi, enta guna ... dan ..."
hebat kenalan saya ni. siap bagi options lagi. maksudnya, dia betul-betul kuasai sesuatu perkara sehinggakan dia mampu mengolahnya semula dalam bentuk yang paling mudah. kalau kita teliti juga, kita dapati orang yang boleh bagi conclusion yang mudah ini merupakan orang yang berpengalaman.
pengalaman melalui usaha yang pelbagai, menempuh susah dan senang dan akhirnya dia mampu memberikan satu kesimpulan yang baik sehinggakan kita suka mendengar apa yang diperkatakannya dan kita cepat tangkap.
dari sudut yang lain, kita dapat melihat bahawa orang di sekeliling kita mahu yang mudah-mudah sahaja. tidak mahu susah-susah.
sikap mahu yang mudah-mudah sahaja ini sebenarnya amat bahaya sekali. kita perlu mencabar diri kita untuk menjadi orang yang hebat. sudah tentu ujian yang akan kita hadapi pun hebat-hebat. dan ganjaran yang akan kita terima pun double triple hebat. sesuai dengan kehebatan kita.
dikisahkan seorang ulamak bertanya kepada orang ramai, siapa ada hajat untuk aku tunaikan?
kemudian seorang lelaki menjawab, aku tak ada hajat. aku hanya ada huwaijat. ertinya hajat yang kecil sahaja. (huwaijat adalah isim tasghir kepada hajat)
ulamak itu kemudian menjawab 'kalau begitu carilah rujail'. ertinya carilah lelaki yang kecil jiwanya dan kecil kemampuannya. (rujail pula adalah isim tasghir kepada rojul)
tapi kalau mudah-mudah saja, macam mana nak maju ke hadapan? maka sikap ini perlu diubah.
akhir sekali, saya amat suka orang yang pandai memudahkan yang susah kerana tidak ramai suka yang susah dan mampu menjadikannya mudah.
1 comment:
seronok ana baca tulisan2 ustaz os. ringkas dan padat. teruskan update selalu ustaz os. ;)
Post a Comment