Friday, April 23, 2010

jom datang belajar di mesir...



program persediaan ke mesir, anjuran isma. selangkah ke bumi anbiya' (skba).
maklumat lanjut sila lawat web rasmi skba.
http://bumianbiya2u.blogspot.com/

Tuesday, April 20, 2010

cuti cuti mesir vs cuti cuti malaysia


pertama kali ke fayyum adalah semasa tahun pertama sampai di mesir. bersama rombongan anak-anak selangor. akhir 2005. itulah kali terakhir.
kali ini ikhwah tanta sedang menyusun trip ke sana dan peluang ini rasanya tidak harus dilepaskan.

kenangan melihat dan memerhatikan kincir air nabi yusuf a.s. berputar mengangkut air sambil makan ais krim masih segar di ingatan. pelik dan ajaib, bagaimana boleh kekal hingga sekarang. menurut penduduk setempat, kincir air tersebut memberikan peranan yang amat besar dalam industri pertanian selain air itu digunakan untuk kegunaan harian penduduk setempat satu masa dahulu. hebatnya nabi yusuf ini.

bau yang kurang enak ketika melalui tasik qarun memberi seribu satu pengajaran berharga bahawa orang yang sibuk mengumpul harta dunia sehingga lupakan Sang Pencipta, maka Allah menghinanya sampai sekarang. bau yang kurang enak itu pasti menerjah masuk hidung mereka yang melepasi jalan di tebing tasik yang luas tersebut. luasnya tasik itu melambangkan betapa banyaknya harta yang dimilik qarun. tidak hairanlah, semasa kecil dulu kita suka main mencari harta qarun. tidak jumpa di malaysia, tiba di mesir harta itu tersimpan di dasar tasik.
teringat firman Allah yang mafhumnya, berjalanlah di muka bumi ini, dan lihatlah kesan-kesan orang terdahulu sebagai pedoman sepanjang hayat.

teka teki adanya air terjun di padang pasir akhirnya terjawab. ia adalah air yang mengalir dari tasik pertama turun ke tasik kedua. nama kedua tasik itu tidak ingat. wadi ???. airnya agak payau dan sejuk dan sesuai untuk bermandi manda.

lawatan ke kebun mangga juga amat sukar dilupakan. kami berharap dapat memetik sendiri mangga namun agak menyedihkan musim mangga telah habis. untuk makluman semua, mangga mesir adalah mangga yang paling baik di dunia. jus mangga menjadi kegemaran mereka yang baru tiba di mesir. disebabkan harga jus mangga itu agak mahal, akhirnya ramai yang bertukar selera dengan menjadikan air tebu (asob) pengganti jus mangga.

dulu diceritakan bagaimana datangnya nama fayyoum. asalnya ialah alfu yaum. iaitu seribu hari. tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan seribu hari itu. mungkin kisah cinta antara uda dan dara dan akhirnya disatukan selepas bercinta selama seribu hari. hehe. entahlah.

akhir sekali, kepada yang berada di mesir, ayuh daftar segera kerana tempat agak terhad. dan bagi mereka yang di malaysia, datanglah ke mesir, banyak sangat benda baru yang sangat berharga yanga akan kita peroleh di sini. banyak lagi tempat menarik selain fayyoum.

mungkin yang paling berharga, tingginya nilai ukhuwah di kalangan peserta akan menjadikan setiap yang pahit itu menjadi manis.

sekian, terima kasih.