Thursday, January 13, 2011

bermula kembara baru

teringat pesan murabbi 5 tahun dulu sebelum berlepas menaiki kapal terbang ke bumi mesir. 'pemergian anda ke mesir adalah untuk menjayakan misi umat islam. berusahalah sebaiknya'.

apakah misi umat?

saya cuba membayangkan suasana dakwah Nabi di mekah dan madinah. Nabi diutus dan diamanahkan untuk melaksanakan misi. sampaikan islam ke seluruh alam. Nabi kemudiannya membina dan melatih para sahabat menjadi pembantunya menyelesaikan misi tersebut.

akhirnya mereka berjaya. islam tersebar ke seluruh dunia.
namun kini, apa yang terjadi?

ya, umat islam sudah lupa misinya. meletakkan kembali ketuanan islam di bumi ini. mereka lupa islam. tidak faham erti islam apatah lagi mengamalkannya. jadilah mereka seperti mana yang ada sekarang. di mana negara yang amalkan islam seperti negara madinah suatu ketika dulu?

jadilah kita seperti zaman mekah. zaman mula-mula dakwah diperkenalkan. bertaaruf dengan islam. perlu tahu misi sebenar. sedar bahawa umat islam ini ada misi yang masih belum diselesaikan. maka bersyukurlah kita tergolong dalam golongan yang terpilih untuk menjayakan misi umat kita.

pasti, kita ada misi yang perlu diselesaikan.

teruskan melangkah. mulakan kembara baru. banyak lagi jalan yang perlu ditempuh. sediakan bekal banyak-banyak. masa-masa di mesir perlu dimanfaatkan sepenuhnya.