Wednesday, February 03, 2010

ekspedisi sinai isma (exsis)



islam itu luas.
tidak terhad.
nak naikkan islam bukan dengan politik, menang pilihanraya semata-mata.
main bola, score gol kemudian sujud syukur di tengah padang.
ini pun dikira menaikkan islam kerana sujud itu syiar islam.

pergi berekspedisi ke sinai pun dikira berjuang demi islam.
tempat dakwah nabi musa dan nabi harun.
banyak pengajaran yang boleh diambil.
yang penting, niat kita pergi.
samada suka-suka melancong atau kita boleh belajar sesuatu daripada kisah dakwah nabi musa.
antara pengajaran yang selalu kita dengar:

1. Allah suruh nabi musa cakap elok2 (qaulan laiyina) ketika berdakwah kepada firaun.
lihat realiti sekeliling kita, jahat sangat ke kawan kita apabila dia buat silap sehingga kita terus nak pukul dia sebagai cara menegur kesilapannya? sedangkan kesilapan firaun lebih besar sehingga mengaku dirinya sebagai tuhan.

2. susah payah berdakwah.
dakwah ni memang susah.
pertama, susah nak ubah diri. kedua, susah nak ubah orang lain.
tetapi Allah janjikan pahala bagi mereka yang berusaha.
lihatlah betapa tingginya gunung sinai.
berbatu-batu.
sejuk pulak tu.
hmmm, besar pahala orang buat dakwah ni.

3. ukhuwah nabi musa dan nabi harun.
kalau dengar ceramah ust amr khaled tentang mereka berdua, fuh...terasa ukhuwahnya mereka berdua. simbol persaudaraan yang padu. banyak scene-scene menarik antara mereka berdua contohnya peristiwa lembu samiri.
pendek kata, di kalangan daie itu perlu wujud persefahaman dan rasa tolak ansur.
mengapa saling bergaduh kerana perkara kecil?

4. sempadan mesir-palestin, israel memang tiada dalam peta dunia.
dalam trip kali ini, ada lawatan ke bekas tapak perang israel-mesir 1973.
asyir min ramadan. (10 ramadan)
sittah oktober. (6 oktober)
berebut sinai.
punya kuatnya tentera mesir, mereka berjaya kalahkan israel dan dapat kembali semenanjung sinai.
best jika dapat kaji apa yg berlaku di sana sebenarnya.
kenalah buka balik buku-buku sejarah.
terusan suez pun ada kisah tersendiri.
apa yang berlaku dulu, sebenarnya memberi kesan secara tidak langsung kepada apa yang berlaku sekarang. mungkin dengan ekspedisi ini kita boleh faham mengapa kerajaan mesir takut sangat nak buka sempadan rafah mesir-palestin sekarang.
menarik ni.

5. seronoknya hidup di mesir.
pernah sekali berbincang dengan teman lama di malaysia, dia berkata seronoknya jika dapat ke mesir. dapat melihat tapak-tapak peninggalan para nabi. terasa akan kesan dakwah mereka. teman itu memang suka baca kisah-kisah dakwah nabi-nabi dan sejarah tamadun islam dan dunia. dia memang nak sangat-sangat ke mesir. tapi Allah masih belum izinkan.

banyak lagi pengajaran yang sebenarnya jika dikaji, kita akan lebih memahami akan perihal dakwah itu. pergilah ke sinai atau mengembaralah ke mana-mana pun, kerana di sana ada Ayat-ayat Allah.

satu pesanan buat pengembara, ketika musafir, dongaklah ke langit dan sebutlah doa ini,
"Ya Allah. sepertimana kau luaskan langit-Mu, kau lapangkan lah hati hamba-Mu ini".
doa ini juga boleh diamalkan ketika sedang dalam kesempitan seperti sedang resah menunggu tok kadi datang untuk upacara akad nikah.

selamat bermusafir ke sinai, bahria, dumyat, tanta dll.
jemput-jemput datang ke sayeda.
os.

Monday, February 01, 2010

berita kobanna

just copy n paste dari blog kawan lama maktab mahmud.
http://khallys.blogspot.com.
tahniah buat semua yang menjayakannya!


Salam semua..

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

Berakhir sudah KONVENSYEN PEMIKIRAN HASSAN AL BANNA DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA (KOBANNA)semalam..


semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Bermula kedatangan para hadirin hadirat dari seluruh Malaysia antaranya dari Perlis,Kedah,Penang,Perak,Johor,Kelantan,Pahang,T'ganu,Selangor,N9 (1malaysia la kira) sehingga sekembalinya mereka ke negeri masing2..cuma berita dari rombongan Johor,sebuah keta ikhwah dari Johor mengalami kemalangan ketika pulang,tayar pecah kabarnya.Tapi semuanya selamat-alhamdulillah..


Kedatangan hadirin yang melebih 2700 orang menggamatkan Dewan Sri Sarjana Uniten.Perhimpunan kali ini saya rasa sangat menarik dan hebat!

Saya ditugaskan di bahagian keselamatan atau team "gerak khas" untuk event kali ini,,diketuai Ustz Muttalib yang cool dengan cap nya,dan tugas pagi hari kejadian adalah membantu lalu lintas dan trafik lancar,serta penunjuk arah.Tugasan ini juga membolehkan saya mendapat jumlah "assalamualaikum" yang tinggi setiap kali ikhwah2 melalui checkpoint yang ditugaskan.:D moga doa2 yg saya pasti melebihi 40 kali tu,menjadi kenyataan-sejahtera sepanjang hayat.ameen.Jadi polis trafik tak bertauliah ni membolehkan saya menegur sapa ramai ikhwah2 dari melaka,Kedah,area shah alam,DHL,dan lain2.Nanti bley join team ni lagi :D


slh sebuah bas peserta

Hadirin yang sedari pukul 7.00 pg mula tiba di dewan konvensyen,terdiri dari para ikhwah akhwat,dan ramai juga orang awam yang hadir bersama keluarga masing2.Terdapat juga wakil2 dari persatuan2 seluruh Malaysia.Paling best bila dapat bertemu dengan sahabat2 lama & adik2 junior2 di ma'ahad dlu..x sgka ramai rupanya yang bersama2...selain itu,ramai juga pak2 arab yang hadir,mungkin diorg dah belajar bahasa melayu kut.Yang penting semangat mereka untuk hadir!

Sementara menunggu mulanya majlis,para hadirin mula membanjiri partition2 yang disediakan memaparkan bibliografi hassan al banna serta sejarah perjuangan beliau,keluarga serta pemikiran2 beliau yang praktikal dan relevan sehingga kini.


bersungguh2 membaca~

Ucaptama program oleh Presiden ISMA-Ust Abdullah Zaik membawa hadirin kepada satu gambaran luas,persepektif secara umum terhadap keadaan ummat yang semakin parah,kepentingan perbincangan yang akan dibentangkan selepas itu,serta kemelut-kemelut semasa yang tidak berkesudahan-kesan serta akibat.


Walaupun saya sempat berada dalam dewan hanya sekejap,(curi2 masuk) -melalui warkah ucaptama yang dibentangkan dalam compilation kit konvensyen memadai untuk mendapatkan satu idea tentang ucapan ust lah.Duk sat,dah dapat panggilan jihad ke luar dewan,jadi kena la sahut seruan tersebut. :D

Pembentangan pertama dimulai oleh Ust Rushdi-Ketua biro pembangunan sumber manusia ISMA,bertajuk Fikrah Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Aliran”



Pembentangan kertas kerja pertama ini membahaskan perkara asas yang dibawa oleh gerakan Islam,seluruh dunia yang kebanyakannya berpaksikan fikrah al-banna,dan bagaimana barat melihat gerakan ini membawa satu dimensi yang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan melalui ideologi mereka, yang rata-ratanya melemahkan Islam.

Pembentangan kertas kerja seterusnya selepas Zohor,disampaikan oleh Ust Mohd Hazizi,bertajuk "Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Perlaksanaannya di Malaysia”



Kertas kerja ini memacu hadirin lebih terarah kepada fokus utama penyampaian dalam konvensyen ini,iaitu pelaksanaan praktikal dakwah di dalam "agenda bangsa".Apabila disentuh mengenai fikrah,ia satu perkara yang sangat luas,dan mencakupi kerangka penting dalam sesuatu pelaksanaan gerakan dakwah islamiah.Tetapi,apabila dibahaskan mengenai pelaksanaan dakwah setempat,yang lebih memfokuskan kepada pendukung2 Islam yang utama di sesuatu kawasan,maka di sinilah pandangan al-banna dilihat amat penting untuk diterjemahkan dalam gerakan pembangunan Ummah yang lebih praktikal,tanpa meleburkan identiti serta mengekalkan tahap penerimaan masyarakat terhadap Islam.

Formula yang dilontarkan oleh al-banna dalam mendepani kemelut masyarakat,iaitu dengan membangunkan kekuatan bangsa yang dominan dalam mendukung Islam itu sendiri amat praktikal dan dibahaskan dengan jelas.Sesungguhnya,as-syahid tidak menolak semangat cintakan bangsa,dan berusaha mengukuhkan bangsa yang mendukung Islam menjadi satu tanggungjawab bangsa itu sendiri,dan secara langsung Islam akan kembali kukuh di tempat masing2.


Kertas kerja terakhir,dibentangkan oleh Ust Fauzi Asmuni-nama yang tidak asing lagi dalam isu-isu pembangunan agenda bangsa ini-tajuk yang dibawa : ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak”



Sekali lagi para hadirin dipandu untuk terus melihat dan menilai keadaan semasa,kemelut yang melanda,perubahan yang perlu ada,serta cabaran dalam membangunkan agenda bangsa.Perbahasan menyentuh secara terus isu semasa iaitu kemelut politik tempatan yang semakin parah hari ke hari,dari perspektif maqasid (objektif/matlamat) syarak secara keseluruhan.Apabila objektif gerakan Islam tidak lagi berpaksikan maqasid syarak,maka yang tergadai adalah Agama dan bangsa.Lebih parah lagi,perpecahan dalaman antara Muslim.

Antara quote yang menarik dari perbahasan Ust Fauzi yang saya kira membawa maksud yang mendalam :

- Majoriti tidak akan lemah dengan minoriti,tetapi minoriti akan jadi kuat dengan perpecahan dan kelemahan majoriti


- Bangsa Melayu Islam di Malaysia buat macam mana pun pasti akan jadi majoriti.Sebab?anak org melayu-Islam standard 5-8 orang,in average.Bole kawen 4.so,akan ada multiplier effect untuk pembangunan generasi bangsa.


- Syarat Adil dalam Islam adalah mesti MUSLIM.Menerima Islam,barulah adil itu terpakai.Kalau menolak Islam,macam mana adil sekalipun,tetap tidak adil.Sebab keadilan yang dibawa bukan keadilan Islam,tetapi keadilan berdasarkan prinsip "memenuhi kehendak semua orang".Maka jika prinsip ini digunapakai,maka jadilah seperti di USA.


- Masing2 sekarang cuba untuk menjadi jaguh liberalisme,semata2 untuk meraih undi non-Muslim,samada dari pihak kerajaan atau pembangkang.Masing2 cuba menonjolkan diri sehingga mengorbankan banyak perkara,serta mencairkan identiti masing2

Perbahasan terakhir ini berlangsung dengan begitu menarik,serta diselang seli dengan fakta sejarah yang tidak banyak dikethui umum,juga diasah dengan persoalan demi persoalan yang akhirnya menemukan hadirin dengan jawapan kepada kemelut ini,dan tindakan yang harus diambil dalam melakar agenda bangsa.Syabas!

sesi soal jawab mendapat respon yang memberangsangkan

Secara keseluruhannya,saya kira hadirin yang benar-benar memberi perhatian ketika perbahasan berlangsung,pasti akan mendapat gambaran jelas tentang misi agenda membangunkan kelesuan jiwa di dalam diri setiap ummat Islam,khususnya dalam konteks Malaysia-membangunkan jiwa pendukung Islam tak lain tak bukan-Melayu-Muslim itu sendiri.

Seperkara yang menarik Konvensyen ini ialah kehadiran Nazrey Johani,artis pertama Nasyid tanah air yang tidak asing lagi-datang membuka booth jualan untuk CD nasyidnya,serta produk2 keluaran Syarikat yang diasaskan oleh beliau sendiri iaitu "Al-Tahfiz Bayu Shahadah Resources".


bersama vvip kobanna

Saya nak ceritakan jugak di sini,tentang kebaikan budi pekerti beliau sepanjang saya mengenalinya.Beliau pernah dijemput ke MMU 4 tahun lepas untuk persembahan Konset Kemuncak Impian.Kebetulan masa tu saya ditugaskan sbg MC program-dapat peluang untuk mendekati beliau lebih dekat lagi sejak dari rehearsal lagi.Kump. nasyid raihan satu2nya kump. yang sangat beradab sebelum membuat persembahan.Banyak jugak artis lain yang membuat persembahan masa tu, tetapi bila tiba giliran abg2 raihan ni,sangat berlainan.15 minit sebelum masa persembahan ,mereka dah ready di tempat yang disediakan,tak bising2,duk diam2 dan seolah2 bertafakur.Dalam 10 minit sebelum giliran mereka,saya bagi isyarat untuk ready masuk ke pentas.abg2 ni pun diketuai nazrey berdiri membuat halaqah,dan membaca doa bersama2 dan terus melangkah masuk ke pentas.Peristiwa yang tak dilupai sampai bila2.


sempat bergambar..

Apa kaitan dgn konvensyen?saya nak habaq kata nazrey ni seorang yang humble,dan tak cerewet,walaupun namanya menjulang di antarabangsa.Beliau sanggup jaga booth,.buat jualan amal untuk membangunkan Ma;had Tahfiz Bayu Shadahah di Sabah-atas keperihatinan beliau untuk menghidupkan kesedaran serta dakwah Islam di Sabah khususnya,dan Malaysia secara umumnya.Even masa beli CD pun,duit yang diberi terus dimasukkan ke dalam tabung ma'ahad tahfiz,dan tukaran duit pun diambil dari situ.makna kata,memang duit tu 100% digunakan untuk perbelanjaan pembangunan tahfiz tersebut.personally,saya memang salute abg nazrey nih.Beliau juga menyokong agenda bangsa yang dibawa ISMA,dan beliau juga merupakan penasyid bagi nasyid rasmi ISMA
nazrey duk makan bersama para panelist


nazrey memberi penerangan tntg produk jualannya kpd pesrta konvensyen

jadi saya nak promote Ma;ahad Tahfiz beliau :

website :nazreyjohani.com
Blog : nazreytahfizsyahadah.blogspot.com
Sumbangan boleh di bank in ke : 12038010098575 (Bank Islam)

mari sama2 bantu usaha beliau...

Secara keseluruhannya,konvensyen seperti ini wajar diadakan lagi bagi memperjelaskan kepada masyarakat tentang situasi ummat,serta tindakan yang boleh diambil juga memberi kesedaran peri pentingnya gerakan dakwah islamiah yang menjadi tanggungjawab setiap Ummat akhir zaman ini.

Saya mengucapkan setinggi2 tahniah dan syabas kepada ISMA amnya,dan Ustz Wan Hisyam khususnya selaku pengarah program yang bertungkus lumus menyediakan yang terbaik untuk para hadirin...





al-kandahlawi
Baitulhikmah
Shah Alam