Friday, December 18, 2009

mabruk os!!!

salam ukhuwah buat semua.

terima kasih kerana menyinggah di blog ini.
semua orang dah tahu ustaz os dah kawen.
jadi lepas ni sama2 la doakan tujuan asal perkahwinan tetap terpelihara.

aku bernikah di jalan dakwah.
banyak pantang larang sebelum perkahwinan dan selepas perkahwinan.
perlukan persediaan secukupnya meniti ujian mendatang.

bila ditanya apa perasaan selepas berumahtangga, hati ini lantas menjawab, 'syurga dan neraka kini nampak lebih jelas'.
'bukan lagi main2'
'perlu fokus dan serius'
'alhmdlh, lepas kahwin otak ni dah boleh fokus. tak lagi merewang macam dulu. tak caya, kahwinlah'
'rasa sgt2 mas'uliyah yg perlu dilaksanakan sebaiknya'
'apa2 pun kita serahkan segalanya pada Allah'
'kerana Allah yg mencipta, mengurus, menjaga kita'

manisnya berkahwin di jalan dakwah.
terima kasih kepada semua.
hanya Allah sahaja yg dpt membalas jasa kalian.

utk gmbr2 sila rujuk blog2 berikut:

http://raqaiq.wordpress.com/
http://adamhawa-adam.blogspot.com/
http://akhsuhaib.blogspot.com/
http://drhazimazhar.blogspot.com/

-terima kasih ust munawwar (raqaiq)...dia ni ada org tanta...happy sentiasa.
-terima kasih ust adam (azuan sulaiman sgor)...dia ni memang best...lain dr yg lain...ada something in somewhere yg dia ada org lain x de...
-terima kasih juga buat dr suhaib zenhom...kami ada kenangan manis main 'bom bom cak' di pantai ra's sidr...tersilap tangkap...
-terima kasih tak terhingga dr hazim...palestinian-malaysian...hadiahkan video yg sgt menarik...produk dakwah la katakan...bdk2 abu rish tu mmg camtu...tgk la sapa kawen dulu...yg suka dtg rumah ust os nnt kot...hehe.

terima kasih sekali lg buat semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung yg menjayakan pernikahan di jalan dakwah ini...
all d best!

Thursday, December 10, 2009

apa maksudnya?

Kisah Menarik di antara Saiyidah Fatimah Az-Zahra' dan Saiyidah Aisyah Al-Humaira' Radiyallahu Anhuma

diriwayatkan oleh Ibn Mulqan di dalam kitabnya Al-Khosois:

Telah berkata Saiyidah Fatimah kepada Saiyidah Aisyah: Aku lebih afdal daripada kamu, kerana aku sebahagian daripada Rasulullah.

Saiyidah Aisyah pun menjawab: Benarlah apa yang kamu katakan. Tetapi itu ketika di dunia. Jika di akhirat nanti, sesungguhnya aku yang akan bersama-sama Rasulullah. Kami berada di kedudukan yang sama. Berbeza dengan kedudukan kamu.

Saiyidah Fatimah pun senyap seribu bahasa kerana tidak mampu membalas kata-kata Saiyidah Aisyah.

Kemudian Saiyidah Aisyah bangun lalu mengucup kepala Saiyidah Fatimah seraya berkata: Alangkah baiknya jika aku menjadi sehelai rambut di kepalamu...

apa maksudnya?

sedikit pembayang:
- Saiyidah Fatimah Az-Zahra'ialah anak Rasulullah, hasil perkahwinannya bersama Saiyidah Khadijah.
- Saiyidah Aisyah ialah isteri ketiga baginda Nabi selepas Saiyidah Khadijah dan Saiyidah Saudah, juga merupakan anak kepada Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq.
- Alangkah baiknya diterjemah daripada kalimah bahasa Arab 'Laita', bermaksud suatu pengharapan yang mustahil.
- Rambut di kepala melambangkan sesuatu yang amat mulia bagi bangsa Arab, betul ke?
- kedudukan isteri lebih mulia daripada kedudukan anak bagi seorang suami, betul ke jugak?
- dunia amat berbeza dengan akhirat, dunia hanya sementara, akhirat yang kekal abadi.
- afdal maksudnya lebih. lebih mulia atau lebih bagus. agak subjektif.

Apakah pengajaran daripada kisah tersebut?

Friday, December 04, 2009

learn arabic with arabic babeh!

video ni sangat bagus bagi sapa2 nak belajar dan mantapkan bahasa arab.
baby boleh mendengar dulu masa mula2 lahir. pastu baru lihat dan bercakap.

tajuk ni amat sesuai utk hazim dan 'kawan'2nya.
(utk senior2 hazim sebenarnya)

kalau ada yg tak faham, boleh tanya saya dan ustaz2 yang lain.
(saif abu rish pun dah power arabic)
nak mudah lagi, buka kamus. kamus online pun ada.
ada juga niat nak buat subtitle bm, tp masa tak mengizinkan selain skill yg ada perlu diasah lagi.
selamat menonton.
dan selamat mengamalkan apa yg didengar.

Thursday, November 26, 2009

Tuesday, November 24, 2009

my last day in egypt

salam alaycom.
very good morning to everyone.
today i will start my travel in my 'road to marriage'.

actually we are all together in our 'road to Allah'.
as a student, worker, accountant, speaker in parliament, even as a blogger.
in the same 'road'.
no different.
cause redho Allah is our goal.

dear all my beloved brothers,
just forgive me k!
there's too much weakness and problems.
i'm sorry again.
i can't be a good 'qudwah'.
but i'm trying my best.

my housemates at rumah bawbah,
please keep maintaining our 'biah'.
don't break the 'ukhuwah' by small crisis.
get a slow talk as you need it.
oh my sweet memories in 'bawbah'.
too expensive!

thanks to all.
and lastly, lets read together this poem by robert burns.
all about 'ukhuwah'.
(in 1998, i was in year 6 at sek. keb. alor star, teacher faizah teached me this poem and we all sang it together)

Should auld acquaintance be forgot,
And never brought to mind?
Should auld acquaintance be forgot,
And auld lang syne?

For auld lang syne, my dear,
For auld lang syne,
We'll tak a cup o' kindness yet,
For auld lang syne.

And surely ye'll be your pint-stowp,
And surely I'll be mine!
And we'll tak a cup o' kindness yet,
For auld lang syne.

For auld lang syne, my dear,
For auld lang syne,
We'll tak a cup o' kindness yet,
For auld lang syne.

We twa hae run about the braes,
And pu'd the gowans fine;
But we've wandered mony a weary fit
Sin' auld lang syne.

For auld lang syne, my dear,
For auld lang syne,
We'll tak a cup o' kindness yet,
For auld lang syne.

We twa hae paidled i' the burn,
Frae morning sun till dine;
But seas between us braid hae roared
Sin' auld lang syne.

For auld lang syne, my dear,
For auld lang syne,
We'll tak a cup o' kindness yet,
For auld lang syne.

And there's a hand, my trusty fiere,
And gie's a hand o' thine!
And we'll tak a right guid-willie waught
For auld lang syne.

For auld lang syne, my dear,
For auld lang syne,
We'll tak a cup o' kindness yet,
For auld lang syne.

The poem Auld Land Syne by Robert Burns has been immortalised by the tradition of singing the lyrics to
Auld Lang Syne at Christmas and New Year parties. Auld Lang Syne is also sung on Burns Night, 25th January to celebrate the life and works of Robert Burns. This musical version of Auld Lang Syne usually consists of the first verse and the chorus. Auld Lang Syne was written in 1788 and the words 'Auld Lang Syne' literally translates from old Scottish dialect meaning 'Old Long Ago' and is about love and friendship in times past. The words in the poem Auld Lang Syne referring to 'We'll take a Cup of Kindness yet' relate to a drink shared by men and women to symbolise friendship. Happy New Year!!!
A poem can stir all of the senses, and the subject matter of a poem can range from being funny to being sad. We hope that you liked this poem and the sentiments in the words of Auld lang syne by Robert Burns you will find even more poem lyrics by this famous author by simply clicking on the Poetry Index link below! Choose Poetry online for the greatest poems by the most famous poets.

from: http://www.poetry-online.org/burns_auld_lang_syne.htm

Tuesday, November 17, 2009

palestin kah anda?





program aman palestin anjuran bersama isma mesir.
jemput hadir beramai2.

Wednesday, November 11, 2009

khatirah ringkas...

ustaz amru khaled bercerita di dalam siri ceramahnya, Bismika Nahya (dengan nama Mu Ya Allah, kami terus hidup).

seorang nabi bertemu seorang miskin yang meminta makanan daripadanya. lalu nabi tersebut memberi makanan kepada si miskin.

sebelum si miskin berlalu dari pandangannya, si miskin telah melakukan maksiat kepada Allah.

nabi itu lantas merebut kembali makanan lalu berkata:
'kembalikan makanan ini. engkau telah membuat maksiat kepada Allah!'

lalu turun wahyu Allah kepada nabi tersebut:
'engkau telah menarik rezeki daripada lelaki miskin itu kerana satu dosa yang kau lihat. sedangkan Aku telah memberinya rezeki sejak dahulu lagi".

tamat kisah.

lihatlah kawan-kawan. betapa besarnya rahmat Allah kepada hamba-hamba Nya.
jadilah hamba yang bersyukur dengan banyakkan sedekah dan beramal soleh.
tinggalkan maksiat yang menggelapkan hati.

jzkk.

Sunday, November 08, 2009

ISLAM YANG KITA ANUTI



Dalam suasana akhir zaman ini, hanya mereka yang jelas matlamat akan berjaya. Tahu mana hala tuju kehidupan. Setiap insan tidak terlepas daripada tarikan keduniaan. Dunia ini tidak pernah habis jika kita mengejarnya. Amat beruntunglah bagi mereka yang faham bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan dan ada alam lain selepas ini yang lebih kekal abadi. Untuk mengejar kejayaan di akhirat, kita perlu menggunakan kesempatan hidup di dunia dengan sebaiknya. Beramallah! Berusahalah mencari keredhaan Allah.

Adalah mustahil untuk mendapat keredhaan Allah, kita berada jauh daripada agama-Nya. Kita boleh mengaku bahawa kitalah yang membawa Islam. Namun adakah kehidupan kita telah cukup mencerminkan imej Islam yang kita bawa?

حي نعمل للإسلام بالإسلام
“Marilah beramal untuk Islam (memperjuangkan Islam) dengan mengamalkan Islam (sebagai cara hidup)”
‘KOMPREHENSIF’NYA ISLAM
Islam yang kita anuti ialah agama yang komprehensif. Syumul dalam erti kata yang lain. Islam ialah agama (ataupun sistem) yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Tidak terjuzuk kepada mana-mana bahagian. Kebanyakan muslimin, bila menyebut tentang Islam, tergambar di mindanya Islam hanyalah ibadah-ibadah yang khusus seperti solat dan puasa, dan syiar-syiar Islam seperti jubah, kopiah, tasbih dan serban semata-mata.

Sebenarnya Islam adalah lebih daripada itu!
• Ia adalah masyarakat (yang tunduk kepada kuasa Islam) dan negara (tempat yang dikuasai Islam) ataupun kuasa kerajaan dan ummah.
• Ia juga nilai-nilai akhlak dan kekuatan (keimanan dan persenjataan) ataupun kebaikan (rahmat) dan keadilan.
• Ia juga dasar yang dipegang oleh muslim (thaqafah) dan perundangan (yang memandu manusia) ataupun ilmu pengetahuan dan perlaksanaan (berdasarkan ilmu tadi).
• Ia juga material kebendaan dan kekayaan ataupun usaha (mencari harta) dan kecukupan (tidak berhajat kepada orang lain selain Allah).
• Ia juga jihad kesungguhan dan dakwah (kepada kebenaran) sepertimana ia ketenteraan (kekuatan pertahanan) dan fikrah (idea yang perlu disampaikan).
• Islam juga ialah akidah (pegangan hati) yang padu dan ibadah (perhambaan) yang benar.

Semuanya itu adalah makna Islam yang sebenar.
Selaku pejuang agama ini, kesungguhan dan fokus kita juga mestilah menyeluruh. Tidak terhad kepada mana-mana sudut kehidupan. Sebagaimana kita menjaga tatatertib ketika solat begitu jugalah kita menitikberatkan soal pelajaran dan kerjaya kita. Semuanya kerana kita FAHAM bahwa Islam itu amat luas. Kita menjaga daripada terpesongnya akidah kerana Allah suruh dan begitu jugalah kita berusaha membela saudara-saudara kita ditindas Zionis kerana ia juga tuntutan Allah kepada kita selaku seorang Muslim. Sebagaimana kita amat sensitif jika Allah dihina begitu jugalah kita perlu merasa sedih jika mendapati hubungan di antara dua orang Muslim semakin renggang.

APAKAH PRAKTIKALNYA SEKARANG?
Hasil pemahaman Islam yang syumul ini, saya boleh rumuskan beberapa perkara yang perlu saya lakukan sekarang sebagai persediaan di masa akan datang sebagai perkongsian bersama:

1. Terus memberi perhatian berterusan kepada ‘Sang Pencipta’. Laksanakan segala kewajiban dan meninggalkan segala larangan sebaiknya. Al-Imanu Awalan!
2. Menyiapkan diri dengan asas ilmu agama Islam dan menguasai ilmu tafsir kerana ia adalah bidang pengkhususan saya.
3. Membina syaksiyah diri agar mampu berdepan dengan pelbagai karenah masyarakat ketika berdakwah. Qudwah sebagai modal.
4. Mengikuti isu-isu semasa ummat.
5. Mengajak lebih ramai lagi insan-insan dengan potensi yang pelbagai bersama saya dalam menyampaikan Islam menerusi wasilah kontemporer yang beraneka jenis. Paling kurang dapat membina jaringan yang meluas sebagai manfaat akan datang.
6. Menyusun masa dengan baik agar saki-baki masa di Bumi Anbiya’ ini tidak terbuang begitu sahaja. Al-Wajibat Aksar Minal Awqat!

Semoga kita terus-menerus beramal dan mengurangkan perdebatan yang merugikan sesama kita!

Sunday, November 01, 2009

aku bernikah di jalan dakwah

bismillah.
walhamdulillah.
ada sahabat mencadangkan agar dibuat pengumuman perkahwinan di dalam blog.
ada juga yang berkata, kalau maklum awal mudah orang merancang jadual cuti nanti.
maklumlah disember nanti musim orang kahwin.
jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa saya akan berkahwin tidak lama lagi.

dengan siapa?
saudari syarifah aisyah binti syed abd. halim
bila akadnya?
12 disember 2009 di hulu langat.
kendurinya?
sebelah perempuan pada 13 disember 2009 di dewan orang ramai batu 15 1/2 dusun tua, 43100 hulu langat selangor.
sebelah lelaki?
20 disember 2009 di rumah nenek saya di alamat no. 5 , parit 6 timur, 45300 sg besar selangor.
tarikh pulang ke malaysia?
25 november 2009. (ada yang nak support tiket tak?)
tarikh kembali ke mesir?
7 januari 2010.
cadangan rumah di mesir?
asyir, sabiek, sayedah...(tengah cari harga yg sesuai)

bersempena dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menjemput kawan-kawan yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan tersebut. boleh terus buat 'reminder' k!
sebagai hadiah buat semua, terimalah rakaman video ringkas tentang 'perkahwinan di dalam islam'.

Tuesday, October 27, 2009

cukup tak 4 tahun...?

satu soalan yang sangat menarik.
ijazah sarjana muda syariah atau usuluddin di al-azhar memakan masa selama 4 tahun pengajian. satu tempoh yang agak panjang. kalau bayi baru lahir, sudah pandai berjalan dan bercakap. mungkin juga sudah boleh suap nasi ke mulut sendiri. pendek kata, macam-macam boleh jadi.

bila bercakap tentang masa, ia berkait rapat dengan matlamat. berapa lama masa yang kita sasarkan untuk mencapai sesuatu target. kalau matlamat kita besar, sudah tentu masa yang diperlukan juga agak panjang.

ada orang kata, 4 tahun sudah cukup panjang untuk menimba ilmu banyak-banyak. mengapa perlu lebih, jika 4 tahun sudah cukup. yang perlu ditingkatkan ialah usaha. manfaatkan betul-betul tempoh tersebut. pendapat ini benar dan saya sokong.

namun, faktor masa juga memainkan peranan yang sangat penting. juruterbang yang lebih panjang 'masa penerbangan' nya dikira sebagai juruterbang yang berpengalaman. dan pengalaman yang paling berharga sebelum kita pulang ke malaysia ialah pengalaman di mesir. bersama masyarakat mesir. bersama tokoh-tokoh ilmuan mesir. suasana mesir. dan banyak lagi benda berharga yang tiada di tempat lain selain mesir.

mengapa kita perlu tergesa-gesa pulang ke tanah air jika kepulangan tersebut tidak mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat? kita pulang di dalam keadaan kita tidak bersedia. akhirnya, kita tidak mampu memainkan peranan yang diharapkan sekaligus masyarakat akan kecewa dengan kita. bahkan menjadi beban masyarakat.

biarlah kita berkorban 3,4 tahun lagi. hingga benar-benar kita kuasai ilmu di bidang kita dan kita pulang dengan langkah yang penuh keyakinan. macam orang kata, balik nanti kita tahu nak buat apa! bukannya hanyut dek arus materialistik dan arus persaingan yang amat deras dan mencabar.

pembaca sekalian,
pasanglah niat untuk hidup lebih lama di mesir.
demi agama sanjungan.
demi ummah tercinta.
demi keluarga tersayang.
manfaatkanlah saki baki masa yang ada.
demi mereka.
kejayaan kita bersama di akhirat kelak.

teringat kata-kata seorang guru,
'os ke mesir dengan misi yang amat besar. selesaikan misi ummah'
rabbuna yusahhil.
ameen.

Friday, October 23, 2009

jemputan umum


salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat sekalian.
kali ini yang betul.
sebelum ini dibatalkan dan ditunda ke tarikh berikut.
hadirlah beramai-ramai.

Tuesday, October 13, 2009

selamat kembali ke 'darrasah'

darrasah.
nama lain bagi al-azhar husain.
seribu satu kenangan.
semuanya manis belaka.
yang manis tetap manis.
yang pahit lebih manis daripada yang sedia manis.

rasa rugi tak dapat manfaat betul-betul sepanjang 4 tahun ni.
tapi, yang dah lalu biarkan berlalu.
kini sama-sama kita buka lembaran baru.
dengan harapan baru.
tiada yang mustahil jika kita benar dalam janji kita.
segulung ijazah dalam genggaman.
namun ilmu bermanfaat lebih kita utamakan.
master pula jadi igauan.
terus pandang ke depan.

selamat kembali ke 'darrasah'.
syiar baru diangkat.
'pelajar qudwah'
contoh dan panduan.
yang utama diutamakan.
solat jemaah, qiyam, quran dan azkar harian.
usah bincang yang besar-besaran jika yang asas dipinggirkan.
tiada ruang di dalam hati.

'pelajar qudwah'
mumtaz jadi buruan.
usahanya membuktikan, memang layak dia dapat mumtaz.
bukan sekadar cakap.
angan-angan.

'pelajar qudwah'
bermanfaat kepada yang lain.
hadir kuliah tiap hari.
kumpul maklumat.
sampaikan kepada yang lain.
buat nota untuk kemudahan orang lain.
sentiasa berfikir, apa yang aku boleh tolong dia.
jika ditanya, terus dijawab.
ilmu itu milik semua.
semakin diberi semakin bertambah.

'pelajar qudwah'
berwawasan tinggi.
mahu memimpin dunia.
ilmu basik dikuasai.
ilmu takhassus dipegang biar jadi tempat rujukan.
'added value' melengkapkan diri.

'pelajar qudwah'
munazzom fi syu'unihi.
tersusun dalam urusannya.
tidak bertangguh lagi.
bersegera.
ada perancangan.
ada jadual.
muhasabah selalu.

'pelajar qudwah'
jaga hubungan dengan Allah.
disenangi ahli rumah.
disukai teman sekuliah.
diperlukan ummah.
diredhai Allah.

'selamat kembali ke darrasah'

Monday, September 28, 2009

ISU BESAR UMAT, TINGGALKAN AL-QURAN SELEPAS RAMADAN




Bismillah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah pemilik sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan. Semoga Allah merahmati kita semua.
Terasa perbezaan yang ketara apabila berlalunya Ramadan. Masjid kembali lengang. Perasaan berlumba-lumba melakukan kebaikan kian hilang. Al-Quran entah ke mana. Seolah-olah Ramadan tidak memberi kesan walau sedikit. Walaupun baru seminggu lebih. Inilah isu umat Islam yang wajar kita ‘highlight’kan dan sama-sama kita berusaha selesaikan.
Isu Al-Quran. Ia diturunkan Allah sebagai petunjuk jalan. Jalan kepada Allah. Kalau tidak, sesat dan tidak jumpa jalan asal. Sangat bahaya. Ubah ‘mind set’ kita, Al-Quran adalah segala-galanya!

Saya tuliskan di sini akan jenis-jenis hubungan kita dengan Al-Quran. Agar kita sedar kita termasuk di dalam golongan yang mana:

1. Golongan yang menghafaz Al-Quran dengan baik, membacanya siang dan malam, dan beramal dengan segala tuntutan Al-Quran. Merekalah sebaik-baik golongan.

(خيركم من تعلم القرأن وعلمه) متفق عليه

‘Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya’

2. Membaca Al-Quran tetapi tidak menghafaz sedikit pun daripadanya. Kepada mereka saya ucapkan tahniah dan sebenarnya anda telah mensia-siakan kebaikan kepada diri anda. Masakan tidak, anda telah mengosongkan hati anda daripada Al-Quran. Hati yang penuh bercahaya dengan nur Al-Quran akan membantu anda melawan nafsu dan syaitan. Sebaliknya ia akan menjadi sarang syaitan, hati yang kosong umpama rumah yang telah lama roboh. Na’uzubillah.

(إن الذي ليس في جوفه شيء من القرأن كالبيت الخرب) أخرجه الترمذي وغيره وقال حسن صحيح

‘Sesungguhnya perumpamaan bagi mereka yang hatinya tiada sesuatu pun daripada Al-Quran adalah umpama rumah yang telah roboh’

3. Ada juga mereka yang hanya suka mendengar bacaan Al-Quran tetapi langsung tidak membacanya apatah lagi menghafaz. Mungkin tidak pernah diajar membaca dan dilatih menghafaz sejak kecil.

4. Agak menyedihkan, ada golongan yang tidak menghafaz Al-Quran, tidak membaca dan tidak mendengar bacaan Al-Quran. Sekiranya dibuka televisyen dan siarannya ialah bacaan Al-Quran, cepat-cepat ditukar ‘channel’ tersebut.

5. Ada golongan yang menganggap Al-Quran ini hanya sebagai alat mendapat berkat semata-mata. Mereka tidak memahami bahawa peranan Al-Quran adalah lebih daripada itu, mamandu hidup manusia seluruhnya ke jalan yang benar. Tidak hairanlah jika kita melihat mereka meletakkan Al-Quran di ‘dashboard’ kereta bagi mengelakkan kemalangan, diletak di dalam bilik tidur agar tidak ditimpa bala atau kesusahan dan sebagainya. Bagi kita, kefahaman mereka ini wajib dibetulkan.

6. Ada juga golongan yang menjadikan hubungannya dengan Al-Quran hanyalah sekadar hubungan bermusim. Membacanya hanya di bulan Ramadan. Ataupun ketika ingin melaksanakan fardu haji. Begitu juga ibadah umrah ataupun jika ditimpa kematian. Habis musim, maka Al-Quran disimpan di tempatnya semula.

7. Tidak kurang juga bagi mereka yang hanya menyentuh Al-Quran ketika musim peperiksaan. Mujur ia dijadikan silibus, jika tidak ia langsung tidak diusik. Selesai pengajian, tiada lagi pembacaan mahupun pengulangan hafazan.

Pembaca-pembaca yang budiman,
Kita wajib memperbaiki semula kefahaman kita terhadap Al-Quran. Ia adalah kitab hidayah. Panduan hidup. Bacalah ia, cubalah menghafaz, dan belajarlah untuk mempraktikkan apa yang terkandung di dalamnya. Moga hidup kita terpandu di bawah naungan Al-Quran.

Kiaskan isu ini dengan perkara-perkara yang lain. Mengapa kita belajar? Mengapa kita mengikut tarbiyah? Adakah bermusim? Isu semata-mata? Bersaing? Adakah kita memahami Islam dengan kefahaman yang syumul?

Ingatlah bahawa ‘muntolak’ kita Rabbani. Ta’abbudi. Kita bergerak di atas titik tolak perhambaan yang total kepada Allah. Maka dengan itu amal kita akan terus-menerus menuju destinasi yang dituju.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Raya hakiki ialah ketika hati-hati kita semua tenang dan bercahaya dengan nur Al-Quran.
(doakan saya dapat tasjil nama di Master Al-Azhar, Usuluddin Tafsir)