Saturday, December 28, 2013

Kemahuan menulis buku pertama

1. Buku adalah satu medium penting dalam penyebaran ilmu dan dakwah.
2. Tiada siapa menafikan peranan buku.
3. Tindakan menyertai bengkel penulisan buku adalah satu tindakan yang bijak.
4. Ertinya selepas tamat bengkel, saya perlu berusaha menulis buku saya sendiri untuk diterbitkan dan dijual kepada khalayak, sekurang-kurangnya satu buku dalam setahun.
5. Persoalannya, adakah saya mahu menulis buku?
6. Jika saya tidak mahu menulis, mengapakah saya menghadiri bengkel penulisan buku?
7. Katakanlah saya mahu menulis buku, bilakah saya akan mencari bahan dan menulis?
8. Sibuk sangatkah jadual hidup saya sehingga tiada masa untuk membaca dan menulis?
9. Membiarkan persoalan ini berlegar tanpa jawapan adalah satu kezaliman. Saya tahu jawapannya tetapi saya sengaja tidak mahu merungkai persoalan itu.
10. Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Os.

Friday, December 27, 2013

Bengkel penulisan Mustread

Kursus ini yurannya amat murah, dan ia khusus untuk ahli ISMA.
Kemahiran menulis perlu dipelajari supaya tulisan yang dihasilkan berkualiti dan dibaca oleh golongan sasaran.

Sebelum ini saya sudah mengikuti kursus penulisan anjuran PTS dan IKIM.

Saya sudah menulis beberapa artikel rencana dan banyak artikel berita.

Bagi saya, penulis yang hebat ialah penulis yang tahu apakah mesej yang ingin disampaikan kepada umum.

Kemudian, mesej itu disampaikan dengan kemas, sarat dengan fakta, unsur emosi, tersusun hujahnya dan menarik minat pembaca.

Tulisan rencana adalah genre tulisan yang saya kira agak berat tetapi ia diperlukan sebagai medium dakwah hari ini.

Mudah sahaja untuk menulis rencana.

Yang sukar ialah, bagaimanakah kita mengenal pasti isu apa yang ingin dikupas, dan apakah fakta yang boleh kita gunakan sebagai hujah.

Perkara ini semestinya tidak menjadi kesukaran bagi seseorang yang rajin membaca, menulis dan berfikir.

Apabila bacaannya banyak, maka pengetahuannya pun luas.
Apabila pengetahuannya luas, idea akan datang tanpa susah payah.

Begitu juga dalam penulisan akademik seperti tesis dan jurnal. Perlu ada bacaan yang banyak untuk dijadikan literature review dan hujah-hujah dalam tulisan tersebut.

Oleh itu, selain kemahiran penulisan, sikap gemar membaca, menulis dan berfikir perlu ada dalam diri penulis.

Perkara ini yang perlu disematkan di dalam jiwa semua penulis.

Paling penting, penulis itu tahu apakah mesej di sebalik tulisannya dan mesej itu disampaikan dengan cara yang sebaiknya.

Selamat menjadi penulis.

Azam 2014: Untuk mencapai matlamat, saya perlu berubah!!!

Kita termotivasi untuk mencapai sesuatu perkara yang kita inginkan. Perkara itu menjadi matlamat kita. Akan tetapi, matlamat itu tidak akan tercapai jika kita tidak berusaha. Apabila kita berusaha, kita masih belum berjaya mencapai apa yang kita inginkan. Mengapa?

Jawabnya ialah perkara yang kita inginkan itu merupakan benda baharu dalam kehidupan kita. Gaya hidup dan cara hidup kita selama ini hanya sesuai untuk perkara-perkara dan cita-cita kita yang lama. Apabila kita memiliki hasrat dan cita-cita yang baru, maka usaha dan kudrat yang diperlukan juga perlu baharu.

Andai mengimpikan bintang di langit, usah digunakan galah yang panjangnya sejengkal.

Maksudnya, kalau nak capai sesuatu, maka kita perlu korbankan sesuatu. Usaha biar lebih. Kalau statik sahaja, sampai bila pun tak berjaya. Pengorbanan yang dimaksudkan di sini ialah pengorbanan perubahan sikap.

Sikap adalah halangan utama yang membelenggu ramai orang. Hendak capai itu ini, tapi sikapnya masih di takuk lama. Habit buruk masih dikekalkan. Bila lah nak berjaya?

Bila bercakap soal perubahan sikap, kita memerlukan satu sistem yang menyokong. Keluarga, suasana sekeliling, rakan, murabbi dan lain-lain.

Kadang-kadang, support system itu semua sudah ada. Yang tinggal hanyalah keinginan untuk berubah. Mengapa susah ingin membina keinginan? Kerana hati sudah mati. Tiada lagi keinginan untuk berubah mencapai sesuatu yang lebih baik daripada sekarang.

Betul lah.

Kalau hati hidup, ribut badai cerun tinggi lautan berapi sanggup diredah!

Alahai.

Cakap mudah.

Berubahlah!

Azam 2014:

1. Rahsia
2. Rahsia
3. Rahsia

Sebenarnya tak perlu tunggu 2014 untuk ada cita-cita. :)

Os.
(rasa lebih selesa menulis di blog berbanding di fb dan twitter, tak tahu mengapa)

Tuesday, December 17, 2013

Kesyumulan dakwah ISMA


1. Dakwah ISMA merangkumi segenap aspek kehidupan.
2. Dakwah ISMA ialah dakwah Islam itu sendiri. Islam adalah cara hidup manusia yang Allah tetapkan, yang perlu dipraktikkan oleh manusia.
3. Cabaran dakwah ISMA pada hari ini ialah bagaimana untuk membangunkan segenap aspek kehidupan yang masih belum sempurna di Malaysia.
4. ISMA sedar banyak masalah yang dihadapi oleh negara.
5. Akan tetapi, ISMA yakin bahawa masalah-masalah boleh diselesaikan apabila punca masalah dikenal pasti dan diselesaikan.
6. Punca masalah kita pada hari ini ialah 'jauhnya manusia daripada ajaran Allah'.
7. Apabila manusia tidak beriman dan tidak mengamalkan agama dalam kehidupannya, apa juga sistem, konsep dan dasar yang diperkenalkan tidak akan mampu mengubah keadaan.
8. Ia berbalik kepada 'siapa' yang melaksanakan perkara tersebut.
9. Justeru ISMA fokus kepada pembinaan jati diri ummah menerusi pelbagai program membina dan membangun umat beragenda.
10. Slogan 'Membangun Umat Beragenda' bergerak maju seiring dengan kesungguhan agensi NAZIM, KRIM dan PEMBINA.
11. Akan datang, lebih banyak rijal akan lahir untuk mengisi pos-pos penting dalam 'projek pengislahan umat'.

Projek pembangunan modal insan seiring dengan projek menyekat ancaman-ancaman terhadap Islam

1. ISMA juga sedar bahawa negara kita menjadi sasaran musuh Islam.
2. Musuh tidak berhenti mengacukan peluru mereka dengan tujuan Islam tidak ditegakkan di bumi Malaysia.
3. Itu matlamat mereka.
4. Musuh Islam berusaha menjayakan matlamat mereka melalui pelbagai pintu dan cara.
5. Antaranya ialah melalui pemikiran liberal.

Bersambung...

Thursday, March 28, 2013

Monday, March 25, 2013

Tuesday, March 12, 2013

Usrah Keluarga

Sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab membimbing isteri dan anak-anak menuju redha Allah dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Dengan ilmu yang ada, sesi usrah keluarga adalah salah satu medium bagaimana mendidik keluarga ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Antara agenda yang dicadangkan untuk dijalankan dalam sesi usrah keluarga ialah:
1. Memulakan dengan bacaan Al-Fatihah, doa dan tajdid niat.
2. Bacaan petikan ayat Al-Quran beserta terjemahan. (seorang baca 1/2 muka surat Al-Quran).
3. Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh suami.
4. Muhasabah amalan seharian.
5. Perbincangan tentang cara meningkatkan kualiti akhlak, prestasi ahli keluarga dalam memainkan peranan masing-masing.
6. Mengambil pengajaran daripada kisah tokoh-tokoh Islam yang hebat, sama ada lelaki atau perempuan di kalangan para nabi, para sahabat, para tabiin dan lain-lain.
7. Berkongsi apa-apa pengalaman hidup yang dilalui yang menceritakan hakikat kehidupan.
8. Membaca sebuah hadis beserta penerangan dan pengajaran.
9. Diakhiri dengan bersalaman, saling bermaafan dan jamuan makan.

Agenda yang dicadangkan seperti di atas tidaklah perlu dijalankan kesemuanya dalam satu sesi usrah keluarga. Ia boleh dijalankan berasingan mengikut minggu. Sebenarnya banyak lagi acara yang boleh dijalankan mengikut kesesuaian ahli keluarga.

Saya sendiri tidak sabar menunggu anak saya (Nizar Rayyan) besar dan pandai menjadi imam dan membaca Al-Quran. Dia akan disuruh menjadi imam solat Isyak sebelum usrah keluarga dimulakan. Dia juga akan diminta untuk membaca doa sebelum usrah keluarga bersurai.

Anak perempuan (Aaliyah) pula saya akan minta dia bercerita tentang kisah sahabiyah nabi. Moga-moga usaha kecil yang dijalankan dalam bentuk usrah keluarga ini dapat membentuk diri dan keluarga menjadi insan yang bermanfaat untuk agama ini.

Monday, February 18, 2013

Tuesday, February 05, 2013

Friday, February 01, 2013

Cakap-cakap PRU13

1. Kita melihat tiada satu parti pun jika mereka menang, mereka akan menjayakan agenda ISLAM. Err, PAS?
2. Jika kita tidak bertindak sekarang, kita perlukan 5 tahun lagi untuk menjadi relevan.
3. DAP yakin 100% undi Cina solid dapat kepada mereka.
4. PAS, sama ada menang atau kalah, akan berlaku satu peristiwa besar terhadap parti itu.
5. ISMA tetap menyeru pemimpin Melayu untuk bersepakat dalam memenangkan agenda ISLAM.
6. PAS benarkan mengundi bukan Islam, sama ada calon DHPP atau DAP. Adakah PAS sudah kekeringan calon Melayu Islam?
7. Tidak mustahil DAP-MCA ada perancangan tersendiri, mencorak politik negara supaya natijahnya berpihak kepada mereka.
8. Ahli ISMA perlu bersedia untuk berkorban apa jua, lebih-lebih lagi pada bulan MAC.
9. Langkah awal penglibatan ISMA ke dalam politik bermula pada 17 Januari 2013 dengan penubuhan Biro Politik, namun selama ini usaha ISMA dan pendirian-pendirian ISMA sudah lama menyentuh isu-isu politik tanah air.
10. Ramai tak perasan, slogan MSIB sebenarnya menyentuh sedikit sebanyak isu politik terutama isu perpaduan Melayu.