Friday, December 18, 2009

mabruk os!!!

salam ukhuwah buat semua.

terima kasih kerana menyinggah di blog ini.
semua orang dah tahu ustaz os dah kawen.
jadi lepas ni sama2 la doakan tujuan asal perkahwinan tetap terpelihara.

aku bernikah di jalan dakwah.
banyak pantang larang sebelum perkahwinan dan selepas perkahwinan.
perlukan persediaan secukupnya meniti ujian mendatang.

bila ditanya apa perasaan selepas berumahtangga, hati ini lantas menjawab, 'syurga dan neraka kini nampak lebih jelas'.
'bukan lagi main2'
'perlu fokus dan serius'
'alhmdlh, lepas kahwin otak ni dah boleh fokus. tak lagi merewang macam dulu. tak caya, kahwinlah'
'rasa sgt2 mas'uliyah yg perlu dilaksanakan sebaiknya'
'apa2 pun kita serahkan segalanya pada Allah'
'kerana Allah yg mencipta, mengurus, menjaga kita'

manisnya berkahwin di jalan dakwah.
terima kasih kepada semua.
hanya Allah sahaja yg dpt membalas jasa kalian.

utk gmbr2 sila rujuk blog2 berikut:

http://raqaiq.wordpress.com/
http://adamhawa-adam.blogspot.com/
http://akhsuhaib.blogspot.com/
http://drhazimazhar.blogspot.com/

-terima kasih ust munawwar (raqaiq)...dia ni ada org tanta...happy sentiasa.
-terima kasih ust adam (azuan sulaiman sgor)...dia ni memang best...lain dr yg lain...ada something in somewhere yg dia ada org lain x de...
-terima kasih juga buat dr suhaib zenhom...kami ada kenangan manis main 'bom bom cak' di pantai ra's sidr...tersilap tangkap...
-terima kasih tak terhingga dr hazim...palestinian-malaysian...hadiahkan video yg sgt menarik...produk dakwah la katakan...bdk2 abu rish tu mmg camtu...tgk la sapa kawen dulu...yg suka dtg rumah ust os nnt kot...hehe.

terima kasih sekali lg buat semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung yg menjayakan pernikahan di jalan dakwah ini...
all d best!

Thursday, December 10, 2009

apa maksudnya?

Kisah Menarik di antara Saiyidah Fatimah Az-Zahra' dan Saiyidah Aisyah Al-Humaira' Radiyallahu Anhuma

diriwayatkan oleh Ibn Mulqan di dalam kitabnya Al-Khosois:

Telah berkata Saiyidah Fatimah kepada Saiyidah Aisyah: Aku lebih afdal daripada kamu, kerana aku sebahagian daripada Rasulullah.

Saiyidah Aisyah pun menjawab: Benarlah apa yang kamu katakan. Tetapi itu ketika di dunia. Jika di akhirat nanti, sesungguhnya aku yang akan bersama-sama Rasulullah. Kami berada di kedudukan yang sama. Berbeza dengan kedudukan kamu.

Saiyidah Fatimah pun senyap seribu bahasa kerana tidak mampu membalas kata-kata Saiyidah Aisyah.

Kemudian Saiyidah Aisyah bangun lalu mengucup kepala Saiyidah Fatimah seraya berkata: Alangkah baiknya jika aku menjadi sehelai rambut di kepalamu...

apa maksudnya?

sedikit pembayang:
- Saiyidah Fatimah Az-Zahra'ialah anak Rasulullah, hasil perkahwinannya bersama Saiyidah Khadijah.
- Saiyidah Aisyah ialah isteri ketiga baginda Nabi selepas Saiyidah Khadijah dan Saiyidah Saudah, juga merupakan anak kepada Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq.
- Alangkah baiknya diterjemah daripada kalimah bahasa Arab 'Laita', bermaksud suatu pengharapan yang mustahil.
- Rambut di kepala melambangkan sesuatu yang amat mulia bagi bangsa Arab, betul ke?
- kedudukan isteri lebih mulia daripada kedudukan anak bagi seorang suami, betul ke jugak?
- dunia amat berbeza dengan akhirat, dunia hanya sementara, akhirat yang kekal abadi.
- afdal maksudnya lebih. lebih mulia atau lebih bagus. agak subjektif.

Apakah pengajaran daripada kisah tersebut?

Friday, December 04, 2009

learn arabic with arabic babeh!

video ni sangat bagus bagi sapa2 nak belajar dan mantapkan bahasa arab.
baby boleh mendengar dulu masa mula2 lahir. pastu baru lihat dan bercakap.

tajuk ni amat sesuai utk hazim dan 'kawan'2nya.
(utk senior2 hazim sebenarnya)

kalau ada yg tak faham, boleh tanya saya dan ustaz2 yang lain.
(saif abu rish pun dah power arabic)
nak mudah lagi, buka kamus. kamus online pun ada.
ada juga niat nak buat subtitle bm, tp masa tak mengizinkan selain skill yg ada perlu diasah lagi.
selamat menonton.
dan selamat mengamalkan apa yg didengar.