Thursday, February 24, 2011

melakar kehidupan

masuk minggu ketiga saya pulang habis ke malaysia.
banyak perkara yang baru dipelajari.

cabaran 5K harus dihadapi sebaiknya:
1. kewangan
saya perlu bekerja dan mempunyai gaji sendiri.
menurut sebuah buku, pengurusan kewangan ada dalil qurannya. bukan main serah bulat-bulat kepada Allah, Pemberi Rezeki.
kisah Nabi Yusof amat bermakna sekali.
takwil mimpi itu, katanya negara perlu berusaha bercucuk tanam dan makan daripada hasilnya sedikit sahaja. selainnya, disimpan untuk kegunaan masa susah.
ada juga kata-kata ulamak, sebaiknya harta itu dibahagi kepada 3.
satu bahagian digunakan untuk kehidupan harian, sepertiga lagi disimpan dan bakinya digunakan untuk dakwah atau disedekahkan di jalan Allah.
mudah.
yang ini lagi mudah. kata seorang ustaz, tidak perlu kita sibukkan diri mengira dengan detail tentang perbelanjaan harian, bajetnya dan lain-lain.
katanya, kalau nak dikira memang tidak akan cukup.
yang mudahnya, yakin sahaja rezeki itu Allah sudah tetapkan, insyaAllah ada.
jangan asyik dan keterlaluan memikirkan dan akhirnya dakwah entah ke mana, tarbiyah entah ke mana juga, asyik fikir duit sahaja.
sebab itulah katanya, orang Cina tak ramai anak. takut tak cukup duit nak bagi makan dan nak belanja sekolahnya. materialistik kebendaan yang semata-mata.
so, berpada-pada lah berbelanja dan rancanglah sebaiknya tanpa risau sangat dan banyakkan sedekah kerana yakin ganjaran yang lebih besar dan lebih kekal di akhirat nanti.
jadi, pastikan anda suka bekerja untuk mendapatkan gaji untuk meneruskan kehidupan.
jika ada kerja sambilan lagi baik.

2. keluarga
dapatkan kepercayaan keluarga dengan memberi qudwah sebaiknya.
gunakan masa yang ada dengan baik.
cuba memberi kesan kepada mereka agar sifat-sifat negatif mereka hilang hasil pergaulan dengan kita.

3. kawasan
kawasan beramal. masjid adalah pusat kemasyarakatan.
jangan malas solat berjemaah di masjid atau surau tambah-tambah lah solat subuh.
jadikan kewujudan kita di kawasan sebagai medan melebarkan dakwah.

4. kerjaya
hmm, mesti ada keyakinan diri. tahu buat resume dan bersemangat pergi temuduga kerja. latihan-latihan semasa di mesir banyak membantu.
penting juga banyak kontek untuk dihubungi. call sahaja mereka, tanya jika ada jawatan kosong di bidang yang kita inginkan.
boleh juga survey di internet.

5. kemasyarakatan
banyakkan senyum. ini modal pertama. kemudian, berani bersuara. tanya khabar, tanya itu dan tanya ini. malu? kena belajar kikis perasaan malu itu. jika tidak kita sendiri yang rugi. dengan menegur orang di sekeliling kita, peluang pahala itu terus melebar. mungkin dapat berdakwah, mungkin juga dapat ilmu dan mungkin juga dapat peluang cari duit lebih.

jadi, 5 cabaran ini jadikannya sebagai cabaran bukan masalah.

saya kini cuba sesuaikan diri sebaiknya sekalipun ingatan ketika di mesir susah untuk dilupakan. semoga diri ini terus menjadi sumbu nyalaan dakwah di mana jua diri ini berada.

sekian terima kasih.
24/2/2011.