Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
anah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina janga
nHebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murn
iMaaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak maka
nKera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
~ Usman Awang
http://www.ipuisi.com/melayu-usman-awang
Ustaz Os, berusaha menyampaikan Risalah Islam; Akidah, Ibadah, Akhlak dan lain-lain berlandaskan kefahaman yang menyeluruh kepada umat sedunia . Tiadalah umat itu melainkan terdiri daripada individu-individu dan keluarga-keluarga di dalamnya.
Wednesday, February 15, 2012
Thursday, February 09, 2012
Tuesday, February 07, 2012
Cabaran bagi pemimpin
Kita berdepan dengan manusia...
Ya, itulah manusia...
Kita terpaksa berdepan dengan manusia...
Kalau dengan mesin, senang dan mudah...
Itulah cabaran bagi pemimpin...
Berdepan dengan manusia...
Pemimpin kerjanya menyelesaikan masalah...
Bukan lari daripada masalah...
Bukan juga repair benda lain yang tiada kaitan...
Itu namanya tak tahu punca masalah...
Kalau masalah yang itu, perbaikilah...
Bukan buat benda lain yang menambah masalah...
Ataupun benda tu tiada kaitan dengan penyelesaian masalah...
Kenal pasti masalah...
Cuba cari langkah...
Brainstorming...
Perah otak...
Bukan lari membisu...
Buat-buat tak tahu...
Pemimpin...
Setiap orang berjiwa pemimpin...
Paling kurang memimpin diri sendiri...
Anak dan isteri...
Kadang-kadang yang jadi masalah...
Apabila masalah tidak diselesaikan...
Atau ditangguh penyelesaiannya...
Maka jadilah ia bertimbun...
Masalah demi masalah...
Akhirnya jalan depan menjadi gelap...
Tidak ketahuan punca...
Asalnya satu masalah...
Kini menjadi dua, tiga dan...
Tidak tahu jalan keluar...
Matlamat...
Tak dapat dipisahkan dengan pemimpin...
Menuju syurga...
Kebahagiaan...
Kejayaan...
"Orang beriman adalah pemimpin dunia"
Wednesday, February 01, 2012
Kelas Agama dan Bahasa Arab percuma
Rujuk:
1. Saya bercita-cita untuk mengajar. Mendidik masyarakat. Menyampaikan ilmu untuk manfaat semua. Supaya lebih kenal Islam. Lebih suka untuk beramal untuk agama ini.
2. Esok saya akan ke Shah Alam untuk menghadiri temuduga 'tauliyah JAIS'. Di Selangor, adalah wajib bagi sesiapa yang ingin mengajar di masjid-masjid untuk memiliki tauliyah tersebut.
3. Doakan semoga saya lulus dalam temuduga esok. Dengan tauliyah ini, insyaAllah akan memberi semangat yang lebih kepada saya untuk menyampaikan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid.
4. Penting sebenarnya untuk kita terjun menjadi penceramah atau pengajar di masjid-masjid. Kita akan lebih serius dalam mengulangkaji dan membaca ilmu-ilmu yang baru sebagai bahan untuk tatapan semua. Kita juga akan lebih dikenali masyarakat dan dengan itu tugas-tugas dakwah akan lebih dimudahkan Allah. - Ini adalah nasihat ustaz-ustaz yang telah lama dalam dakwah.
5. Susah ke menjadi tokoh masyarakat?
6. Berani, sungguh-sungguh, rajin, punyai keinginan. Itulah kuncinya.
7. Kalau tidak bermula berangan-angan sekarang, bila lagi?
Subscribe to:
Posts (Atom)