salam ukhuwah.
pembaca yang budiman,
penulis memohon maaf di atas kelewatan untuk menulis post terbaru untuk blog ini.
blog ini dijadualkan untuk di'update' setiap selasa setiap minggu.
namun disebabkan kesibukan dalam menyusun program-program sempena musim panas 2009 ini menyebabkan penulis menangguhkan penulisan.
sepatutnya pada 7 julai ditulis sebuah artikel. ketika itu penulis sedang ber'pmpi09' di pantai matruh.
14 julai pula penulis berhempas pulas bersama teman-teman yang lain dalam usaha menjayakan madrasah turathil anbiya'.
alhamdulillah pada hari jumaat ini, selesai madrasah penulis berpeluang mencuri sedikit masa menulis apa yang bermain di fikiran.
masa lapang yang membunuh.
alharokatu bidayah, wassukunu nihayah.
bila ada masa, kita kena bergerak. dan teruskan bergerak.
cara praktikal yang boleh penulis kongsikan bersama ialah:
1. tulis apa hadaf yang ingin kita capai.
2. tulis ikut keutamaan.
3. atur jadual pelaksanaan.
4. membuat muhasabah.
kesemua 4 perkara di atas ialah perkara yang penulis lakukan sekurang-kurangnya sekali sebulan. lagi kerap lagi baik. alhamdulillah, pertindihan jadual dapat diatasi. selalu terlupa dapat ditukar dengan selalu ambil berat. paling penting, persediaan sebelum apa-apa perkara dapat dilakukan walaupun persediaan yang ringkas.
ala kulli hal, hadaf menjadi perhatian. hati-hati! sibuk ke sana ke sini, tapi tiada perubahan dalam diri. pertarungan antara iman dan nafsu mestilah berpihak kepada iman. paling sikit 23 berbalas kosong. maksudnya menang besar. masa kita jika tidak diisi dengan perkara berfaedah automatik akan diisi oleh perkara yang tidak berfaedah.
selamat bermusim panas.
laksanakan apa yang telah dirancang sebaiknya.
os boleh!
1 comment:
os buleh!!
peringatan yg baik buat diriku..
syukran..
doakan ana kat cni spy sentiasa ber'gerak'..makin laju..dan seimbang
Post a Comment