Tuesday, October 27, 2009

cukup tak 4 tahun...?

satu soalan yang sangat menarik.
ijazah sarjana muda syariah atau usuluddin di al-azhar memakan masa selama 4 tahun pengajian. satu tempoh yang agak panjang. kalau bayi baru lahir, sudah pandai berjalan dan bercakap. mungkin juga sudah boleh suap nasi ke mulut sendiri. pendek kata, macam-macam boleh jadi.

bila bercakap tentang masa, ia berkait rapat dengan matlamat. berapa lama masa yang kita sasarkan untuk mencapai sesuatu target. kalau matlamat kita besar, sudah tentu masa yang diperlukan juga agak panjang.

ada orang kata, 4 tahun sudah cukup panjang untuk menimba ilmu banyak-banyak. mengapa perlu lebih, jika 4 tahun sudah cukup. yang perlu ditingkatkan ialah usaha. manfaatkan betul-betul tempoh tersebut. pendapat ini benar dan saya sokong.

namun, faktor masa juga memainkan peranan yang sangat penting. juruterbang yang lebih panjang 'masa penerbangan' nya dikira sebagai juruterbang yang berpengalaman. dan pengalaman yang paling berharga sebelum kita pulang ke malaysia ialah pengalaman di mesir. bersama masyarakat mesir. bersama tokoh-tokoh ilmuan mesir. suasana mesir. dan banyak lagi benda berharga yang tiada di tempat lain selain mesir.

mengapa kita perlu tergesa-gesa pulang ke tanah air jika kepulangan tersebut tidak mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat? kita pulang di dalam keadaan kita tidak bersedia. akhirnya, kita tidak mampu memainkan peranan yang diharapkan sekaligus masyarakat akan kecewa dengan kita. bahkan menjadi beban masyarakat.

biarlah kita berkorban 3,4 tahun lagi. hingga benar-benar kita kuasai ilmu di bidang kita dan kita pulang dengan langkah yang penuh keyakinan. macam orang kata, balik nanti kita tahu nak buat apa! bukannya hanyut dek arus materialistik dan arus persaingan yang amat deras dan mencabar.

pembaca sekalian,
pasanglah niat untuk hidup lebih lama di mesir.
demi agama sanjungan.
demi ummah tercinta.
demi keluarga tersayang.
manfaatkanlah saki baki masa yang ada.
demi mereka.
kejayaan kita bersama di akhirat kelak.

teringat kata-kata seorang guru,
'os ke mesir dengan misi yang amat besar. selesaikan misi ummah'
rabbuna yusahhil.
ameen.

Friday, October 23, 2009

jemputan umum


salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat sekalian.
kali ini yang betul.
sebelum ini dibatalkan dan ditunda ke tarikh berikut.
hadirlah beramai-ramai.

Tuesday, October 13, 2009

selamat kembali ke 'darrasah'

darrasah.
nama lain bagi al-azhar husain.
seribu satu kenangan.
semuanya manis belaka.
yang manis tetap manis.
yang pahit lebih manis daripada yang sedia manis.

rasa rugi tak dapat manfaat betul-betul sepanjang 4 tahun ni.
tapi, yang dah lalu biarkan berlalu.
kini sama-sama kita buka lembaran baru.
dengan harapan baru.
tiada yang mustahil jika kita benar dalam janji kita.
segulung ijazah dalam genggaman.
namun ilmu bermanfaat lebih kita utamakan.
master pula jadi igauan.
terus pandang ke depan.

selamat kembali ke 'darrasah'.
syiar baru diangkat.
'pelajar qudwah'
contoh dan panduan.
yang utama diutamakan.
solat jemaah, qiyam, quran dan azkar harian.
usah bincang yang besar-besaran jika yang asas dipinggirkan.
tiada ruang di dalam hati.

'pelajar qudwah'
mumtaz jadi buruan.
usahanya membuktikan, memang layak dia dapat mumtaz.
bukan sekadar cakap.
angan-angan.

'pelajar qudwah'
bermanfaat kepada yang lain.
hadir kuliah tiap hari.
kumpul maklumat.
sampaikan kepada yang lain.
buat nota untuk kemudahan orang lain.
sentiasa berfikir, apa yang aku boleh tolong dia.
jika ditanya, terus dijawab.
ilmu itu milik semua.
semakin diberi semakin bertambah.

'pelajar qudwah'
berwawasan tinggi.
mahu memimpin dunia.
ilmu basik dikuasai.
ilmu takhassus dipegang biar jadi tempat rujukan.
'added value' melengkapkan diri.

'pelajar qudwah'
munazzom fi syu'unihi.
tersusun dalam urusannya.
tidak bertangguh lagi.
bersegera.
ada perancangan.
ada jadual.
muhasabah selalu.

'pelajar qudwah'
jaga hubungan dengan Allah.
disenangi ahli rumah.
disukai teman sekuliah.
diperlukan ummah.
diredhai Allah.

'selamat kembali ke darrasah'