Thursday, December 10, 2009

apa maksudnya?

Kisah Menarik di antara Saiyidah Fatimah Az-Zahra' dan Saiyidah Aisyah Al-Humaira' Radiyallahu Anhuma

diriwayatkan oleh Ibn Mulqan di dalam kitabnya Al-Khosois:

Telah berkata Saiyidah Fatimah kepada Saiyidah Aisyah: Aku lebih afdal daripada kamu, kerana aku sebahagian daripada Rasulullah.

Saiyidah Aisyah pun menjawab: Benarlah apa yang kamu katakan. Tetapi itu ketika di dunia. Jika di akhirat nanti, sesungguhnya aku yang akan bersama-sama Rasulullah. Kami berada di kedudukan yang sama. Berbeza dengan kedudukan kamu.

Saiyidah Fatimah pun senyap seribu bahasa kerana tidak mampu membalas kata-kata Saiyidah Aisyah.

Kemudian Saiyidah Aisyah bangun lalu mengucup kepala Saiyidah Fatimah seraya berkata: Alangkah baiknya jika aku menjadi sehelai rambut di kepalamu...

apa maksudnya?

sedikit pembayang:
- Saiyidah Fatimah Az-Zahra'ialah anak Rasulullah, hasil perkahwinannya bersama Saiyidah Khadijah.
- Saiyidah Aisyah ialah isteri ketiga baginda Nabi selepas Saiyidah Khadijah dan Saiyidah Saudah, juga merupakan anak kepada Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq.
- Alangkah baiknya diterjemah daripada kalimah bahasa Arab 'Laita', bermaksud suatu pengharapan yang mustahil.
- Rambut di kepala melambangkan sesuatu yang amat mulia bagi bangsa Arab, betul ke?
- kedudukan isteri lebih mulia daripada kedudukan anak bagi seorang suami, betul ke jugak?
- dunia amat berbeza dengan akhirat, dunia hanya sementara, akhirat yang kekal abadi.
- afdal maksudnya lebih. lebih mulia atau lebih bagus. agak subjektif.

Apakah pengajaran daripada kisah tersebut?

No comments: