Ustaz Os, berusaha menyampaikan Risalah Islam; Akidah, Ibadah, Akhlak dan lain-lain berlandaskan kefahaman yang menyeluruh kepada umat sedunia . Tiadalah umat itu melainkan terdiri daripada individu-individu dan keluarga-keluarga di dalamnya.
Wednesday, February 03, 2010
ekspedisi sinai isma (exsis)
islam itu luas.
tidak terhad.
nak naikkan islam bukan dengan politik, menang pilihanraya semata-mata.
main bola, score gol kemudian sujud syukur di tengah padang.
ini pun dikira menaikkan islam kerana sujud itu syiar islam.
pergi berekspedisi ke sinai pun dikira berjuang demi islam.
tempat dakwah nabi musa dan nabi harun.
banyak pengajaran yang boleh diambil.
yang penting, niat kita pergi.
samada suka-suka melancong atau kita boleh belajar sesuatu daripada kisah dakwah nabi musa.
antara pengajaran yang selalu kita dengar:
1. Allah suruh nabi musa cakap elok2 (qaulan laiyina) ketika berdakwah kepada firaun.
lihat realiti sekeliling kita, jahat sangat ke kawan kita apabila dia buat silap sehingga kita terus nak pukul dia sebagai cara menegur kesilapannya? sedangkan kesilapan firaun lebih besar sehingga mengaku dirinya sebagai tuhan.
2. susah payah berdakwah.
dakwah ni memang susah.
pertama, susah nak ubah diri. kedua, susah nak ubah orang lain.
tetapi Allah janjikan pahala bagi mereka yang berusaha.
lihatlah betapa tingginya gunung sinai.
berbatu-batu.
sejuk pulak tu.
hmmm, besar pahala orang buat dakwah ni.
3. ukhuwah nabi musa dan nabi harun.
kalau dengar ceramah ust amr khaled tentang mereka berdua, fuh...terasa ukhuwahnya mereka berdua. simbol persaudaraan yang padu. banyak scene-scene menarik antara mereka berdua contohnya peristiwa lembu samiri.
pendek kata, di kalangan daie itu perlu wujud persefahaman dan rasa tolak ansur.
mengapa saling bergaduh kerana perkara kecil?
4. sempadan mesir-palestin, israel memang tiada dalam peta dunia.
dalam trip kali ini, ada lawatan ke bekas tapak perang israel-mesir 1973.
asyir min ramadan. (10 ramadan)
sittah oktober. (6 oktober)
berebut sinai.
punya kuatnya tentera mesir, mereka berjaya kalahkan israel dan dapat kembali semenanjung sinai.
best jika dapat kaji apa yg berlaku di sana sebenarnya.
kenalah buka balik buku-buku sejarah.
terusan suez pun ada kisah tersendiri.
apa yang berlaku dulu, sebenarnya memberi kesan secara tidak langsung kepada apa yang berlaku sekarang. mungkin dengan ekspedisi ini kita boleh faham mengapa kerajaan mesir takut sangat nak buka sempadan rafah mesir-palestin sekarang.
menarik ni.
5. seronoknya hidup di mesir.
pernah sekali berbincang dengan teman lama di malaysia, dia berkata seronoknya jika dapat ke mesir. dapat melihat tapak-tapak peninggalan para nabi. terasa akan kesan dakwah mereka. teman itu memang suka baca kisah-kisah dakwah nabi-nabi dan sejarah tamadun islam dan dunia. dia memang nak sangat-sangat ke mesir. tapi Allah masih belum izinkan.
banyak lagi pengajaran yang sebenarnya jika dikaji, kita akan lebih memahami akan perihal dakwah itu. pergilah ke sinai atau mengembaralah ke mana-mana pun, kerana di sana ada Ayat-ayat Allah.
satu pesanan buat pengembara, ketika musafir, dongaklah ke langit dan sebutlah doa ini,
"Ya Allah. sepertimana kau luaskan langit-Mu, kau lapangkan lah hati hamba-Mu ini".
doa ini juga boleh diamalkan ketika sedang dalam kesempitan seperti sedang resah menunggu tok kadi datang untuk upacara akad nikah.
selamat bermusafir ke sinai, bahria, dumyat, tanta dll.
jemput-jemput datang ke sayeda.
os.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment