Thursday, May 26, 2011

solat berjemaah di masjid

5 waktu sehari semalam akan berkumandang azan. ertinya kewajipan menunaikan solat 5 waktu perlu ditunaikan. tiada alasan untuk kita leka daripada menunaikannya.

namun, yang terbaik adalah kita mendirikannya di masjid secara berjamaah.

banyak hadis Nabi tentang fadilat solat berjemaah.

25 kali atau 27 kali ganda.
pahala berjalan ke masjid.
berjumpa saudara muslimin yang lain.
dan lain-lain lagi.

suasana di malaysia tidak jauh berbeza daripada mesir. jika di sana terdapat banyak masjid, tidak dinafikan bahawa ramai lagi rakyat mesir yang tidak solat di masjid.

sama juga keadaannya di malaysia, terutamanya di kawasan tempat tinggal dan pejabat saya. bangi dan hulu langat.

alhamdulillah. bersyukur kerana masih ramai yang menunaikan solat di masjid. tetapi masih ramai lagi yang tidak solat di masjid.

buktinya, ketika solat jumaat. masjid yang besar tiba-tiba penuh. kadang-kadang tidak muat sehingga berhimpit-himpit.

kalau nak dibandingkan dengan 2, 3 saf yang penuh ketika solat waktu biasa, maka boleh kita simpulkan bahawa masih ramai yang tidak menunaikan solat di masjid.

mungkin ada alasan kerja.

tetapi ketika solat maghrib dan isyak, juga masjid tidak penuh seperti solat jumaat.
solat subuh apatah lagi.

suasana ini membuatkan saya berfikir bagaimana kita mahu ubah situasi ini. adakah dengan hanya menang undi?

tidak.

usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan di semua peringkat terutamanya para daie yang faham Islam perlu ditingkatkan.

kefahaman isi tentang harakah dan dakwah perlu diterjemahkan dengan amal yang berterusan.

jika kita tidak mampu mengajak semua mengikut usrah, cukuplah agar kita mampu mengajak masyarakat untuk solat berjemaah.

kerana solat jemaah di masjid adalah tarbiyah yang tulen.
tidak pernah berubah sejak zaman Nabi sehingga sekarang.

jika solat tidak berjaya ubah diri seseorang, ternyatalah bahawa usrah dan program-progran tarbawi yang lain pun tidak akan mampu mengubah individu tersebut.

seruan ini ditujukan kepada diri saya sendiri dan semua muslimin muslimat seantero dunia.

'Rabbij 'alni muqimas solah wa min zurriyyati'.

Amin.

No comments: