Tuesday, March 12, 2013

Usrah Keluarga

Sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab membimbing isteri dan anak-anak menuju redha Allah dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Dengan ilmu yang ada, sesi usrah keluarga adalah salah satu medium bagaimana mendidik keluarga ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Antara agenda yang dicadangkan untuk dijalankan dalam sesi usrah keluarga ialah:
1. Memulakan dengan bacaan Al-Fatihah, doa dan tajdid niat.
2. Bacaan petikan ayat Al-Quran beserta terjemahan. (seorang baca 1/2 muka surat Al-Quran).
3. Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh suami.
4. Muhasabah amalan seharian.
5. Perbincangan tentang cara meningkatkan kualiti akhlak, prestasi ahli keluarga dalam memainkan peranan masing-masing.
6. Mengambil pengajaran daripada kisah tokoh-tokoh Islam yang hebat, sama ada lelaki atau perempuan di kalangan para nabi, para sahabat, para tabiin dan lain-lain.
7. Berkongsi apa-apa pengalaman hidup yang dilalui yang menceritakan hakikat kehidupan.
8. Membaca sebuah hadis beserta penerangan dan pengajaran.
9. Diakhiri dengan bersalaman, saling bermaafan dan jamuan makan.

Agenda yang dicadangkan seperti di atas tidaklah perlu dijalankan kesemuanya dalam satu sesi usrah keluarga. Ia boleh dijalankan berasingan mengikut minggu. Sebenarnya banyak lagi acara yang boleh dijalankan mengikut kesesuaian ahli keluarga.

Saya sendiri tidak sabar menunggu anak saya (Nizar Rayyan) besar dan pandai menjadi imam dan membaca Al-Quran. Dia akan disuruh menjadi imam solat Isyak sebelum usrah keluarga dimulakan. Dia juga akan diminta untuk membaca doa sebelum usrah keluarga bersurai.

Anak perempuan (Aaliyah) pula saya akan minta dia bercerita tentang kisah sahabiyah nabi. Moga-moga usaha kecil yang dijalankan dalam bentuk usrah keluarga ini dapat membentuk diri dan keluarga menjadi insan yang bermanfaat untuk agama ini.

No comments: