Friday, December 27, 2013

Bengkel penulisan Mustread

Kursus ini yurannya amat murah, dan ia khusus untuk ahli ISMA.
Kemahiran menulis perlu dipelajari supaya tulisan yang dihasilkan berkualiti dan dibaca oleh golongan sasaran.

Sebelum ini saya sudah mengikuti kursus penulisan anjuran PTS dan IKIM.

Saya sudah menulis beberapa artikel rencana dan banyak artikel berita.

Bagi saya, penulis yang hebat ialah penulis yang tahu apakah mesej yang ingin disampaikan kepada umum.

Kemudian, mesej itu disampaikan dengan kemas, sarat dengan fakta, unsur emosi, tersusun hujahnya dan menarik minat pembaca.

Tulisan rencana adalah genre tulisan yang saya kira agak berat tetapi ia diperlukan sebagai medium dakwah hari ini.

Mudah sahaja untuk menulis rencana.

Yang sukar ialah, bagaimanakah kita mengenal pasti isu apa yang ingin dikupas, dan apakah fakta yang boleh kita gunakan sebagai hujah.

Perkara ini semestinya tidak menjadi kesukaran bagi seseorang yang rajin membaca, menulis dan berfikir.

Apabila bacaannya banyak, maka pengetahuannya pun luas.
Apabila pengetahuannya luas, idea akan datang tanpa susah payah.

Begitu juga dalam penulisan akademik seperti tesis dan jurnal. Perlu ada bacaan yang banyak untuk dijadikan literature review dan hujah-hujah dalam tulisan tersebut.

Oleh itu, selain kemahiran penulisan, sikap gemar membaca, menulis dan berfikir perlu ada dalam diri penulis.

Perkara ini yang perlu disematkan di dalam jiwa semua penulis.

Paling penting, penulis itu tahu apakah mesej di sebalik tulisannya dan mesej itu disampaikan dengan cara yang sebaiknya.

Selamat menjadi penulis.

No comments: