Friday, July 11, 2014

Projek tahfiz Ulul Albab - Jadi hafiz dalam 5 tahun

Projek tahfiz ni baru mula tahun ni di sekolah menengah. Ada 3 sekolah jadi perintis iaitu SMAP Bentong, SMAP KL dan SMKAK (Kedah).

Tahun depan akan berkembang kepada 15 buah sekolah.

Positifnya ia membuka peluang pekerjaan kepada pemegang Diploma/Ijazah Tahfiz untuk menjadi guru tahfiz, bawah kementerian.

Paling penting ialah dalam tempoh 5 tahun sekolah menengah tu, para pelajar berpeluang menjadi seorang hafiz.

Jom kita buat kira-kira sikit:

5 tahun 30 juzuk
1 tahun 6 juzuk
6 bulan 3 juzuk
2 bulan 1 juzuk (20 muka surat)
1 bulan 1/2 juzuk (10 ms)
2 minggu 1/4 juzuk (5 ms)
1 minggu 1/8 juzuk (2 1/2 ms)
Sehari - kurang dari 1 muka surat

Maksudnya kaedah 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' dipraktikkan.

Menghafal ni tak susah, senang je. Yang susahnya ialah nak mengulang hafalan. Bab mengulang ni yang perlukan kepada mujahadah yang tinggi.

Nabi kata: Ahabbul a'mal inda Allah adwamuha wain qalla. Amal yang paling Allah suka ialah amal sedikit yang dilakukan berterusan.

Seorang yang berhajat menjadi hafiz memerlukan keazaman yang tinggi dan guru tasmik yang garang.

So, nak jadi Al-Hafiz ke tidak? Tepuk dada, tanya iman.

No comments: