Monday, June 15, 2009

Akhi…Uhibbuk Fillah!



Imam As-Syahid berkata:

Yang aku inginkan tentang persaudaraan ialah:
Hati-hati dan ruh-ruh berpadu dengan ikatan Akidah
Akidah adalah sekuat-kuat ikatan dan yang paling bernilai
Persaudaraan itu bukti keimanan
Perpecahan itu bukti kekafiran
Kekuatan yang pertama ialah kekuatan kesatuan
Tiada kesatuan tanpa kasih sayang
Serendah-rendah kasih sayang ialah berlapang dada
Yang paling tinggi ialah martabat ithar
“Sesiapa yang dapat memelihara dirinya daripada sifat SYUH (kedekut, kikir, mementingkan diri), maka merekalah golongan yang berjaya” Al-Hasyr, ayat 9.
Al-Akh As-Sodiq melihat saudara-saudaranya yang lain adalah lebih utama daripada dirinya sendiri
Kerana jika dia tidak bersama mereka, dengan siapa lagi dia akan bersama?
Dan jikalau mereka tidak bersama dengannya, ada ramai lagi yang boleh menggantikan tempatnya
(rugilah dia kalau tak bersama dengan rakan-rakannya yang ikhlas, bersungguh-sungguh, rabbani…)
“Sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang keseorangan” petikan Hadis.
“Dan mukmin dengan mukmin yang lain umpama bangunan, saling mengukuhkan satu sama lain” petikan Hadis.
“dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah Wali (tolong-menolong) satu sama lain” At-Taubah, ayat 71.
Begitulah sepatutnya kita kena jadi!


Saudara-saudara yang dikasihi,

Isu kali ni ialah isu ukhuwah. Ikatan Persaudaraan. Nombor dua selepas ikatan akidah. Macam para sahabat zaman Nabi. Diajar iman. Kemudian disatukan dalam ikatan persaudaraan.

Tarbiyah Imaniyah. Tarbiyah Ukhowiyah. Kenal Allah yang Maha Hebat. Kenal diri yang amat lemah. Dikenalkan dengan teman-teman seperjuangan. Terpancar keikhlasan. Lalu disatukan. Bersatu atas nama akidah. Saling melengkapi. MasyaAllah, indahnya hidup ini. Keindahan yang perlu dikongsi dengan orang lain.

Apa kaitannya dengan suasana sekarang?
Banyak peristiwa berlaku dalam seminggu. Menyayat hati. Menghibur hati. 2 perkara untuk perkongsian bersama:

1. Kemalangan melibatkan teman-teman yang rapat.

Allahyarham Ammar, walaupun tidak kenal sangat, cukuplah kenangan sembang-sembang di masjid depan Metro Malek Soleh dan di Masjid Sahabat Hayyu Asyir memberi suntikan semangat untuk meneruskan misi ummah.
Aman, baru sahaja sembang panjang dan makan-makan seminggu sebelum kejadian. Rumah atas kedai tokmiyah Basyandi bakal menjadi rumah yang akan kerap diziarah.
Ekem, kita berkongsi pengalaman yang agak sama tapi berbeza. Ekem main ragbi. Os main perahu panjang semasa zaman sekolah. Dua-dua sukan fizikal yang agak tough!
Fitri, kita pernah main bola sama-sama di padang Cairo U. Bersemangat! Lanun FC.
Saif, Allah tidak akan mensia-siakan amalan orang soleh. Kita masih berpeluang untuk beramal.
Kepada teman-teman G6, teruskan perjuangan!

2. Pengumuman berantai.

Pagi Jumaat 5 Jun, pagi bersejarah. Akhi Farhan mengumumkan beliau akan pulang ke Malaysia 8 Jun seterusnya akan melangsungkan akad nikahnya 1 Ogos 2009.
Jumaat kedua, 12 Jun. Akhi Salman Al-Farisi mengumumkan beliau akan berkahwin pada 25 Julai 2009.
Tak sempat Jumaat ketiga, seorang lagi akh telah mengumumkan tarikh akad nikahnya. 25 Jun akan datang. Dia dah umum melalui yahoomesengger. Jumaat ni mesti kena umum juga di padang Suq Sayarat. Nak tahu siapa, jom pakat turun ramai-ramai main bola Jumaat ni.

Bernikah di atas jalan dakwah adalah perkara yang menakjubkan. Banyak kisah yang membuktikan perkahwinan jenis ini memberi sejuta manfaat kepada ummah. Syaratnya, ikut tarbiyah betul-betul.


Saudara-saudara sekalian,
Biar apapun berlaku, kita tetap bersama. Kerana kita tetap berusaha menguatkan iman. Bila iman kuat, ikatan sesama kita juga kuat. Bila ikatan kita kukuh dan kuat, banyak manfaat kepada masyarakat. Jangan bagi peluang kepada syaitan merosakkan hubungan suci kita. Jauhi su’u zon. Banyakkan doa. Berani hidupkan budaya tegur-menegur. Yang silap tetap silap. Yang benar tetap benar. Tegur kerana Allah.

Akan datang, kita semua akan hadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Asam garam jalan dakwah. Hanya ikatan yang kukuh mampu men’thabat’kan kita.
Uhibbukum Fillah!
Os.

5 comments:

Anonymous said...

akhi..3 org dh berlepas.. ana harap enta y umum minggu depan.. Semoga akhi bersama para mujahid..

mfmf said...

'ukhuwwah disemai thiqah dicapai'..tema JALINAN thn lepas kalo x silap ana. thn ni ape pula ye..
http://www.jalinanukhuwah.info/

Syamil Esa said...

Salam ust os.

Post bermakna. Ana sokong ikatan ukhuwwah itu yg terpenting selepas ikatan akidah. Moga-moga Allah terus mengikat kita dgn ikatan-Nya yang paling bernilai dan berharga.

Al-Akhillaa'u yaumaizin ba'duhum liba'dhin 'aduwwun illal muttaqqin
- Zukhruf

Teman-teman rapat pada ketika itu adalah musuh sesama mereka kecuali orang-orang yang bertaqwa.

Unknown said...

Post ni macam sedang bercakap dengan Bilal. Santai, tapi 'hidup'. Bila nampak muka Ustazos, nampak nikmat ukhuwwah.

Nabi SAW kata,
"المرء يحشر مع من أحب"

"Warnai hidupmu dengan ikatan persaudaraan"

Jumpa di sana, Ustazos! Sayang Usatazos. Maafkan saya sepanjang bersama Ustazos.

(Boleh ke saya panggil 'Ustazos'?) ^_~

thaaqhib said...

bila suatu masa nanti,
bila kita semua jatuh berlari,
dan waktu itu gagal berdiri,
semacam kecewa tarbiyah rohani...

ketika itulah ukhuwwah berfungsi!