Ustaz Os, berusaha menyampaikan Risalah Islam; Akidah, Ibadah, Akhlak dan lain-lain berlandaskan kefahaman yang menyeluruh kepada umat sedunia . Tiadalah umat itu melainkan terdiri daripada individu-individu dan keluarga-keluarga di dalamnya.
Tuesday, June 09, 2009
Mr. Obama: “O Moslems, change your life by your own self!”
Hari ini 9 Jun, hari yang baru. Semalam saya baru selesai peperiksaan Bahasa Inggeris. Agak unik pada peperiksaan pada tahun ini. Mesir! Al-Azhar! Pada mulanya, dimaklumkan subjek B. Inggeris ini dibatalkan. Kemudian ada semula. Pertama kali semalam, kertas soalan sampai lewat ke dewan peperiksaan. Unik!
Hari itu, 4 Jun. Kehadiran Presiden Amerika Barack Obama ke Kaherah. Peristiwa bersejarah. Ia adalah tarikh peperiksaan bagi subjek Ulum Quran. Namun pada hari tersebut, Al-Azhar ditutup seterusnya peperiksaan ditangguhkan ke 21 Jun. Qaddarallahu masya’a fa’al!
Kehadiran beliau menjadi isu hangat di dada akhbar Mesir. Banyak persoalan timbul di benak fikiran saya. Apakah yang boleh kita ambil. Soalan paling utama, apakah kaitannya dengan diri saya dan apakah peranan saya terhadap apa yang berlaku? (teringat kata-kata seorang guru, umat Islam takkan ambil berat akan apa yang berlaku di dunia ini sehinggalah ia mengganggu periuk nasi mereka!)
Perkongsian Pertama
Saya kongsikan di sini antara perkara utama yang disentuh oleh Obama dalam ucapannya, khas untuk umat Islam termasuk di Malaysia:
1. Hak asasi manusia dan keadilan
2. Hubungan Amerika-Israel (bak air dicincang tak akan putus)
3. Skill-skill public speaking yang bertujuan menarik perhatian pendengar khususnya umat Islam tak mampu untuk melembutkan hati umat Islam apatah lagi mendapat kemaafan (kekejaman mereka terhadap saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Pakistan)
4. Isu ekonomi
5. Isu hak wanita
6. Dll
Kesimpulannya, ucapan tersebut hanyalah usaha sia-sia untuk membersihkan nama baik Amerika pada pandangan umat Islam. Mereka telah melakukan penindasan dan kekejaman. Ia tidak menambah apa-apa kepada perkembangan positif kepada umat Islam.
Perkongsian Kedua
Kita fokuskan kepada isu ‘Realiti umat Islam sekarang dan apakah penyelesaiannya?’Saya cuba kaitkan isu ini dengan sepotong ayat al-Quran di dalam Surah Ar-Ra’du, sebahagian daripada ayat ke-11.
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka!
Agen Perubah
Apakah yang akan mengubah nasib umat Islam sekarang? Bagaimanakah ia akan berubah? Apakah peranan kita dalam menjamin perubahan ini benar-benar berlaku?
Sedikit selingan daripada Matan Ajrumiyah, kitab asas belajar Ilmu Nahu.
الإعراب هو تغيير أواخر الكلم لإختلاف العوامل الداخلة عليها لفظا أو تقديرا
Perubahan (taghyir) pada akhir kalimah adalah disebabkan faktor-faktor (awamil) yang datang padanya. Perubahan tidak berlaku begitu sahaja. Mesti ada penyebab berlakunya perubahan. Perubahan tersebut tetap berlaku, sama ada kita sedar atau tidak (lafzon au taqdiron). Mesti ada Agen Perubah! Wajib!
Saya tinggalkan anda semua dengan satu persoalan. Adakah Obama Agen Perubah yang kita nantikan? Kalau bukan beliau, siapa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment