Wednesday, November 11, 2009

khatirah ringkas...

ustaz amru khaled bercerita di dalam siri ceramahnya, Bismika Nahya (dengan nama Mu Ya Allah, kami terus hidup).

seorang nabi bertemu seorang miskin yang meminta makanan daripadanya. lalu nabi tersebut memberi makanan kepada si miskin.

sebelum si miskin berlalu dari pandangannya, si miskin telah melakukan maksiat kepada Allah.

nabi itu lantas merebut kembali makanan lalu berkata:
'kembalikan makanan ini. engkau telah membuat maksiat kepada Allah!'

lalu turun wahyu Allah kepada nabi tersebut:
'engkau telah menarik rezeki daripada lelaki miskin itu kerana satu dosa yang kau lihat. sedangkan Aku telah memberinya rezeki sejak dahulu lagi".

tamat kisah.

lihatlah kawan-kawan. betapa besarnya rahmat Allah kepada hamba-hamba Nya.
jadilah hamba yang bersyukur dengan banyakkan sedekah dan beramal soleh.
tinggalkan maksiat yang menggelapkan hati.

jzkk.