Sunday, January 24, 2010

Celik Politik (KOBANNA Siri Kedua)



Kita teruskan siri-siri artikel bersempena konvokesyen fikrah Hasan Al-Banna yang bakal berlangsung pada 30 Januari akan datang dengan menjelaskan serba ringkas tentang politik.

Sebelum kita menyentuh bab politik, adalah lebih baik jika kita melihat 2 ciri utama tarbiyah yang dibawa oleh Imam As-Syahid. Pertama, takamul (kata asal: kamil; lengkap) dan kedua, tawazun (keseimbangan).

Takamul bermaksud tarbiyah ini bersifat menyeluruh ke segenap aspek kehidupan. Ia memberi penekanan terhadap ruh dan jisim, akal dan perasaan. Maka proses ini berupaya membina insan yang lengkap daripada setiap sudut; ruhi dengan ibadah, badan dengan riadah, akal dengan thaqafah pengetahuan, akhlak dengan fadhilah, sosial kemasyarakatan dengan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat, politik dengan memberi kesedaran isu ummah dan negara. Begitulah syumulnya tarbiyah ini.

Tawazun pula bererti memberikan setiap aspek penekanan yang tersendiri berdasarkan keperluan semasa. Tidak mengorbankan sesuatu demi yang lain. Setiap perkara ada hak yang perlu ditunaikan.

Dengan ini, dapat kita fahami bahawa Imam As-Syahid turut mendidik umat tentang politik dengan kefahaman yang jelas, tidak seperti gerakan-gerakan Islam lain pada zamannya atau sebelumnya.

Politik

Politik ataupun siyasah bermaksud mengatur urusan sesuatu perkara. (rujuk Yusuf Al-Qardhawi: Ad-Deen wa As-Siyasah). Apa yang kita maksudkan di sini ialah berkaitan kerajaan, undang-undang negara, hubungan kerajaan dengan rakyat, diplomasi kerajaan dengan kerajaan negara lain yang Islam atau bukan Islam, hubungan dengan penjajah, perkara berkaitan parti politik, perlembagaan, syura dan demokrasi dan lain-lain. Inilah politik.

Pada zaman beliau, aspek politik langsung tidak dititikberatkan oleh kumpulan-kumpulan agama Islam. Agenda mereka hanyalah upacara-upacara keagamaan, doa dan bacaan al-Quran di majlis-majlis. Terhad. Sehinggalah boleh dikatakan mustahil dua perkara tersebut menjadi fokus oleh mana-mana individu. Samada lelaki itu dikatakan orang agama atau orang politik. Begitu juga jemaah; jemaah agama atau jemaah politik. Lihatlah, cetek sekali pemahaman Islam ketika itu.

Satu fenomena pelik ketika itu, orang agama tidak boleh membincangkan isu-isu berkaitan politik namun orang politik dibenarkan masuk campur dalam hal ehwal keagamaan. Dengan itu, wujudlah kumpulan-kumpulan agama yang pelbagai jenis seperti tarikat sufiyah dan kumpulan masyarakat yang langsung tiada kaitan dengan politik.

Pada masa yang sama, wujud puak-puak yang memperjuangkan isu politik dengan menjadikan parti politik sebagai platform mereka. Secara asasnya, mereka berfikiran sekular. Sekular bererti agama terpisah dengan politik. Politik tiada kaitan dengan agama. 2 benda berbeza. (sebenarnya agama dan politik negara tidak dapat dipisahkan) Umumnya, parti-parti ini ada yang berkonsepkan kebangsaan (wataniyah) dan ada yang memperjuangkan idea perkauman (qaumiyah) dan lain-lain konsep yang tiada asasnya di dalam Islam. (Perjuangan kebangsaan wataniyah ada asasnya di dalam Islam)

Itulah kefahaman yang sebenarnya ditanam oleh penjajah dan telah mendarah daging dalam diri umat Islam ketika itu. Lihatlah bagaimana Imam As-Syahid berusaha menyebarkan kefahaman Islam yang syumul, bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah serta sirah yang mulia di tengah-tengah keadaan masyarakat ketika itu.

Cukuplah ayat ke-49 di dalam Surah Al-Maidah menjadi asas pegangan kita. Begitu juga ayat ke-85 Surah Al-Baqarah.

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ
ۗ

Teringat kata-kata Imam As-Syahid di dalam Risalah Bainal Ams Wal Yaum, “Jika ditanya kepada kamu: Kepada apa kamu mengajak? Maka jawablah: Kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad, dan kerajaan (hukumah) adalah sebahagian daripadanya, dan kebebasan (hurriyah) salah satu kefarduannya yang perlu dicapai.

Jika dikatakan pula: Ini bererti politik! Maka katakanlah: Inilah Islam yang sebenar, dan kami tidak mengenal Islam selain ini.”

Celik Islam dan Celik Politik

Kesimpulan yang dapat saya rangkumkan di sini ialah, Islam itu agama yang syumul. Islam perlu didaulatkan. Bukan sekadar dengan pelaksanaan amal ibadah, Islam juga perlu memerintah dunia. Kerana dalam Islam ada politik. Seperti mana kita mahu hati dan akal yang Islam, begitu juga kita mahu negara yang melaksanakan undang-undang Islam.

#jangan terkejut kalau os jadi ahli parlimen satu hari nanti.

3 comments:

Syed Anas Syed Ismail Al-Habshi said...

Sudah sampai masanya masyarakat Islam di Malaysia mengenal erti politik yg sebenar mengikut kefahaman Islam.Moga kobanna ini mampu memberi pencerahan yang terbaik utk mereka yang hadir.

p/s : ust os nk jadi ahli parlimen mana nanti? Saedah? heh!

Abu Redha said...

kalau nak cepat jadi ahli politik, balik Mesir cepat cepat ler join PAS..he..he..

kalau ada kosong, insya Allah dapat..

gurau ja ustaz,

p/s. Tahniah, sudah bernikah, maaf tak dapat pi hari tu, ada masalah, tak jadi balik semenanjung.

MOHD. FIRDAUS BIN SALLEH HUDIN said...

>ana ikhwan: jadi tugas kita sebenarnya utk sampaikan islam yang sebenar kpd masyarakat, bersedialah menjadi pemimpin. (nk perjuangkan islam x semestinya jadi ahli parlimen, huhu)

>abu redha: tahniah la jugak pasal x dtg kenduri saya hari tu...sapa la kita...(rasa2 mcm dah tau isu antum dgn ufa aritu, bla bleh ym sama2?)