Wednesday, March 23, 2011

9239 calon skor a dalam semua subjek

ali berjalan keluar dari pintu rumah menuju ke sekolahnya. dia menunggu di tepi jalan. bas masih belum kelihatan.

jam sudah pukul 7.50 pagi. ali merenung jauh melihat indahnya pagi di kawasan rumahnya. angin sejuk sekali-sekala menyapa wajahnya.

dah tak sabar dah ni, bisik hati ali. bila bas nak sampai ni?

***
bas laju meluncur ke arah utara. sepanjang perjalanan ali membanyakkan istighfar dan selawat. entah mengapa hatinya rasa gementar. hujung jemarinya juga digenggam kerana sudah sejuk.

nak ke sekolah ke dik? ambil keputusan spm ke? sapa pakcik konduktor bas.

sambil menghulurkan syiling 50 sen, ali menjawab. ya pakcik. doa-doakan la.

tangan ali disambut dan diselitkan padanya tiket merah bernombor 50.

berjaya la tu. dah penat-penat usaha, Allah takkan sia-siakan. balas pakcik itu.

ali terbayang bagaimana usaha yang telah dibuat. hadir ke sekolah setiap hari, membuat soalan-soalan latihan dan banyak berbincang dengan rakan-rakan.

teringat pesan ayahnya ketika hari pertama persekolahan tingkatan lima.
perbaharui niat ye ali. ayah tak apa nak beri ali. ilmu sahaja yang ayah cuba wariskan untuk ali. tentang duit buku, duit tusyen, ali jangan risau. ali belajar je. biar jadi orang yang memberi sumbangan kepada agama ini.

hmm, sumbangan kepada agama.

***
keputusan sijil pelajaran malaysia (spm) diumumkan hari ini. merujuk akhbar utusan online, seramai 9239 calon mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat a dalam semua subjek yang diambil. tahniah diucapkan kepada yang berjaya.

***
ali terpaku. menitis air mata melihat slip peperiksaan yang ada di tangannya. sms yang diterima juga menunjukkan keputusan yang sama.

alhamdulillah. Allah makbulkan permintaan ku. ada sesuatu yang perlu ku lakukan untuk agama ini.

Ya Allah, kejayaan yang ku dapat pada hari ini semuanya datang daripada-Mu.
aku bersyukur.
aku berazam untuk menjadi seorang pakar nuklear. menjadi tokoh dalam masyarakat.
aku akan maju ke hadapan sebagai seorang melayu muslim.
aku akan buktikan, iman adalah penolak segalanya. dengan iman ini, aku perlu tingkatkan usaha untuk capai cita-cita ini demi kedaulatan agama Islam.

***tamat***

Monday, March 21, 2011

obama statement on libya

THE PRESIDENT: Good afternoon, everybody. Today I authorized the Armed Forces of the United States to begin a limited military action in Libya in support of an international effort to protect Libyan civilians. That action has now begun.

In this effort, the United States is acting with a broad coalition that is committed to enforcing United Nations Security Council Resolution 1973, which calls for the protection of the Libyan people. That coalition met in Paris today to send a unified message, and it brings together many of our European and Arab partners.

This is not an outcome that the United States or any of our partners sought. Even yesterday, the international community offered Muammar Qaddafi the opportunity to pursue an immediate cease-fire, one that stopped the violence against civilians and the advances of Qaddafi’s forces. But despite the hollow words of his government, he has ignored that opportunity. His attacks on his own people have continued. His forces have been on the move. And the danger faced by the people of Libya has grown.


I am deeply aware of the risks of any military action, no matter what limits we place on it. I want the American people to know that the use of force is not our first choice and it’s not a choice that I make lightly. But we cannot stand idly by when a tyrant tells his people that there will be no mercy, and his forces step up their assaults on cities like Benghazi and Misurata, where innocent men and women face brutality and death at the hands of their own government.

So we must be clear: Actions have consequences, and the writ of the international community must be enforced. That is the cause of this coalition.

As a part of this effort, the United States will contribute our unique capabilities at the front end of the mission to protect Libyan civilians, and enable the enforcement of a no-fly zone that will be led by our international partners. And as I said yesterday, we will not — I repeat — we will not deploy any U.S. troops on the ground.

As Commander-in-Chief, I have great confidence in the men and women of our military who will carry out this mission. They carry with them the respect of a grateful nation.

I’m also proud that we are acting as part of a coalition that includes close allies and partners who are prepared to meet their responsibility to protect the people of Libya and uphold the mandate of the international community.

I’ve acted after consulting with my national security team, and Republican and Democratic leaders of Congress. And in the coming hours and days, my administration will keep the American people fully informed. But make no mistake: Today we are part of a broad coalition. We are answering the calls of a threatened people. And we are acting in the interests of the United States and the world.

Thank you very much.

untuk rujukan:
http://www.eurasiareview.com/obama-statement-on-libya-20032011/?utm_source=feedburner&utm_medium=email&utm_campaign=Feed%3A+eurasiareview%2FVsnE+%28Eurasia+Review%29&utm_content=Yahoo!+Mail

Saturday, March 12, 2011

kereta perlu diservis



jangan fikir pemilik kereta adalah orang yang senang.
banyak modal sebenarnya yang perlu dikeluarkan selepas memiliki kereta idaman.

antaranya:
tukar minyak hitam setiap 10 ribu kilometer.

kesan jika tidak ditukar:
enjin akan rosak.

kata orang, baik kita keluarkan modal sedikit untuk kebaikan kereta sebelum kita menanggung rugi membayar kos membaiki enjin kereta yang rosak.

manusia juga perlu diservis.
dalam menjalani rutin seharian (bekerja,bergaul dengan masyarakat,bersenam dsb),
manusia sudah tentu letih dan tidak larat untuk membebankan tubuh melakukan aktiviti-aktiviti tambahan..
namun begitu, manusia seharusnya sedar bahawa pentingnya bekalan tenaga seperti alquran. puasa, solat sunat dsb.

mereka perlu diservis dengan bekalan ini bagi memastikan hati mereka terus hidup dan segar.tidak layu dan lesu dek kelesuan tubuh badan.

12 mac 2011.
2pm.

Friday, March 04, 2011

pemimpin bertaqwa

dunia ini harus dipimpin oleh mereka yang bertaqwa.

1. ben ali lari kerana dibenci rakyat.
2. mubarak juga jatuh kerana rakyat.
3. china sekat internet bimbang rakyat berbincang isu revolusi di twitter dan fb.
4. ivory coast juga bergolak kerana pemimpinnya membunuh 6 rakyat wanita, dan juga tak mahu tunduk kepada presiden yang dilantik antarabangsa.
5. begitu juga syria. adakah syria domino seterusnya?

semuanya berpunca daripada kesilapan pemimpin.
hukum islam tidak digunakan.
peribadi islam tiada.
taqwa yang diharapkan juga tiada.

jauh berbeza dengan saidina umar al-khatab. bertaqwa dan zaman pemerintahannya adalah zaman kegemilangan. islam banyak tersebar di zaman itu.
tidak hairanlah wujud istilah hikam umariyah.
baginda model pemimpin yang membawa rakyat menuju akhirat. kejayaan dunia tak dilupa.

harakah islam perlu mengambil iktibar.
bagaimana mahu memerintah dunia jika proses penghasilan pemimpin bertaqwa tidak serius dijalankan.
ilmu syarak perlu dikuasai, baru boleh keluar statement yang dipandang masyarakat.
akhlak juga perlu, barulah nampak beza kita (aktivis islam, islamis) dengan yang lain.
jika mahu yang dipimpin bertaqwa, kitalah yang wajib mulakannya dahulu.
qudwah.

moga kita menjadi golongan bertaqwa yang dipimpin oleh mereka yang bertaqwa.
so, usahalah tarbiyah diri sendiri sebelum mula tarbiyah orang lain.

persoalannya, bila agaknya golongan bertaqwa ini bersedia memimpin dunia?

4 mac 2011. 11.20 pagi.