ali berjalan keluar dari pintu rumah menuju ke sekolahnya. dia menunggu di tepi jalan. bas masih belum kelihatan.
jam sudah pukul 7.50 pagi. ali merenung jauh melihat indahnya pagi di kawasan rumahnya. angin sejuk sekali-sekala menyapa wajahnya.
dah tak sabar dah ni, bisik hati ali. bila bas nak sampai ni?
***
bas laju meluncur ke arah utara. sepanjang perjalanan ali membanyakkan istighfar dan selawat. entah mengapa hatinya rasa gementar. hujung jemarinya juga digenggam kerana sudah sejuk.
nak ke sekolah ke dik? ambil keputusan spm ke? sapa pakcik konduktor bas.
sambil menghulurkan syiling 50 sen, ali menjawab. ya pakcik. doa-doakan la.
tangan ali disambut dan diselitkan padanya tiket merah bernombor 50.
berjaya la tu. dah penat-penat usaha, Allah takkan sia-siakan. balas pakcik itu.
ali terbayang bagaimana usaha yang telah dibuat. hadir ke sekolah setiap hari, membuat soalan-soalan latihan dan banyak berbincang dengan rakan-rakan.
teringat pesan ayahnya ketika hari pertama persekolahan tingkatan lima.
perbaharui niat ye ali. ayah tak apa nak beri ali. ilmu sahaja yang ayah cuba wariskan untuk ali. tentang duit buku, duit tusyen, ali jangan risau. ali belajar je. biar jadi orang yang memberi sumbangan kepada agama ini.
hmm, sumbangan kepada agama.
***
keputusan sijil pelajaran malaysia (spm) diumumkan hari ini. merujuk akhbar utusan online, seramai 9239 calon mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat a dalam semua subjek yang diambil. tahniah diucapkan kepada yang berjaya.
***
ali terpaku. menitis air mata melihat slip peperiksaan yang ada di tangannya. sms yang diterima juga menunjukkan keputusan yang sama.
alhamdulillah. Allah makbulkan permintaan ku. ada sesuatu yang perlu ku lakukan untuk agama ini.
Ya Allah, kejayaan yang ku dapat pada hari ini semuanya datang daripada-Mu.
aku bersyukur.
aku berazam untuk menjadi seorang pakar nuklear. menjadi tokoh dalam masyarakat.
aku akan maju ke hadapan sebagai seorang melayu muslim.
aku akan buktikan, iman adalah penolak segalanya. dengan iman ini, aku perlu tingkatkan usaha untuk capai cita-cita ini demi kedaulatan agama Islam.
***tamat***
No comments:
Post a Comment