Friday, March 04, 2011

pemimpin bertaqwa

dunia ini harus dipimpin oleh mereka yang bertaqwa.

1. ben ali lari kerana dibenci rakyat.
2. mubarak juga jatuh kerana rakyat.
3. china sekat internet bimbang rakyat berbincang isu revolusi di twitter dan fb.
4. ivory coast juga bergolak kerana pemimpinnya membunuh 6 rakyat wanita, dan juga tak mahu tunduk kepada presiden yang dilantik antarabangsa.
5. begitu juga syria. adakah syria domino seterusnya?

semuanya berpunca daripada kesilapan pemimpin.
hukum islam tidak digunakan.
peribadi islam tiada.
taqwa yang diharapkan juga tiada.

jauh berbeza dengan saidina umar al-khatab. bertaqwa dan zaman pemerintahannya adalah zaman kegemilangan. islam banyak tersebar di zaman itu.
tidak hairanlah wujud istilah hikam umariyah.
baginda model pemimpin yang membawa rakyat menuju akhirat. kejayaan dunia tak dilupa.

harakah islam perlu mengambil iktibar.
bagaimana mahu memerintah dunia jika proses penghasilan pemimpin bertaqwa tidak serius dijalankan.
ilmu syarak perlu dikuasai, baru boleh keluar statement yang dipandang masyarakat.
akhlak juga perlu, barulah nampak beza kita (aktivis islam, islamis) dengan yang lain.
jika mahu yang dipimpin bertaqwa, kitalah yang wajib mulakannya dahulu.
qudwah.

moga kita menjadi golongan bertaqwa yang dipimpin oleh mereka yang bertaqwa.
so, usahalah tarbiyah diri sendiri sebelum mula tarbiyah orang lain.

persoalannya, bila agaknya golongan bertaqwa ini bersedia memimpin dunia?

4 mac 2011. 11.20 pagi.

No comments: