Tuesday, April 19, 2011

motivasi al-quran (siri 1)

sebagai umat Islam, amat wajar bagi kita untuk menjadikan al-quran sebagai pedoman hidup. sebagai pejuang agama ini, banyak ujian kehidupan yang melanda kita.

sebagai daie, sudah tentu kita menjadikan diri kita sendiri sebagai pemimpin diri kita. selain qudwah yang ditunjukkan oleh ikhwah di sekeliling, kita sendiri perlu berusaha untuk menggerakkan diri sendiri seterusnya menjayakan projek islami yang kita sama-sama imani.

motivasi. penyuntik semangat. penyegar iman.
jika selalunya sebelum ini kita selalu merujuk buku-buku yang ditulis oleh orang bukan Islam, apa kata kali ini sama-sama kita merujuk al-quran, kalam Allah untuk mendapatkan motivasi terbaik sebagai pelaju dalam kehidupan kita.
tiada salahnya merujuk buku-buku penulis bukan Islam kerana hikmah itu milik umat Islam, walau di mana pun ia berkata, kitalah yang paling berhak ke atasnya.

kelebihan mempunyai asas bahasa arab merupakan nikmat yang besar. tiada tujuan lain yang lebih penting dalam hidup ini dalam mempelajari bahasa syurga ini melainkan untuk memahami Islam menerusi al-quran.

apa kata, ayuh sama-sama kita meneliti pengajaran motivasi daripada surah al-qasas.

pengenalan surah al-qasas

surah ini diturunkan di mekah. jadi kita panggil surah makkiyah. kisah-kisah yang ada dalam surah ini sesuai dengan keadaan umat Islam ketika itu yang lemah dan dhoif. di Mekah juga terdapat kaum musyrikin. Nabi Muhammad seperti biasa menjalankan tugas sebagai Nabi sentiasa mengajak kaum musyrikin kepada Islam.

apakah jawapan mereka?
dalam ayat ke-57 dalam surah al-qasas, mereka (kaum musyrikin) berkata:
"kalau kami mengikut hidayah (Islam), kami akan dihimpit dan ditimpa kesusahan."

maksudnya ampunilah kami wahai Nabi, kami takut orang lain tak suka kami. manusia lain tunduk kepada kami kerana kami beriman dengan agama nenek moyang kami. mereka datang mengagungkan kaabah kerana kami masih dengan agama nenek moyang kami. kalau kami masuk Islam, macam mana nanti? mesti mereka marah dengan kami...

maka, dengan itu Allah pun berikan kisah Musa dan Firaun sebagai jawapan kepada keengganan mereka beriman. Allah mahu memotivasikan Nabi Muhammad agar menggunakan kisah mereka sebagai 'smash' kepada jawapan mereka.

Kisah Musa dan Firaun

bagi mereka yang rasa lemah, rasa takut dalam hidup...
apa yang kita takutkan?

lihatlah kisah ini...

(bersambung ke siri 2)

Friday, April 15, 2011

al-azhar destinasiku...



Jemputan ke program SKBA (selangkah ke bumi anbiya) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia.
Saya juga akan berada di sana, insyaAllah.

Apa yang anda bakal perolihi dengan yuran RM65?


1. penginapan selama 3 hari 2 malam dengan penuh kondusif insyaAllah.
2. makan dn minum selama 3 hari 2 malam sebanyak 6 kali makan sehari.
3. bahan bahan program.
4. nota2 penting untuk kegunaan panduan memilih course.
5. mendalami suasana mesir, jordan dan madinah sebelum menjejak di sana.
6. panduan asas untuk memilih corse yang akan di pilih di sana.
7. perkongsian pengalaman berharga dari asatizah alumnai Al-Azhar yang cemerlang dari ISMA.
8. fasilitator sporting yang juga terdiri dari para asatizah alumnai Al-Azhar yang masih segar dan baru menamatkan pelajaran di Mesir.
9. berjumpa sahabat2 baru yang bakal sehaluan kelak di bumi kinanah.
10. peluang bertanyakan perkara2 yang tidak terjawab tentang negara yang bakal anda jejaki.
11. ukhuwah yang luar biasa...
12. dan banyak lagi.

http://bumianbiya2u.blogspot.com

Thursday, April 14, 2011

kitalah rijal itu

jika kita meneliti isu-isu umat Islam kini, kita akan mendapati bahawa pergolakan demi pergolakan terus berlaku. mesir, libya, syria dan negara-negara lain. ivory coast juga mempunyai penduduk beragama Islam yang ramai.

situasi di malaysia pula nampaknya masyarakat Islam semakin jauh dengan Islam yang sebenar.

masa depan umat Islam di Malaysia kian terancam. sebagai contoh isu Bible Bahasa Melayu amat-amat mendukacitakan. suara Islam tenggelam. tiada yang memperjuangkan dengan tegas.

adakah dengan berlakunya perkara-perkara demikian, ia membuatkan kita semakin lemah dan berputus asa?
benarkah tiada jalan keluar?

ya, jawapannya ada pada diri kita.
masa depan adalah milik Islam.
al-mustaqbal li haza deen.

tarbiyah yang kita ikut selama ini sudah menjelaskan kepada kita, kitalah singa-singa harapan agama ini. tiada gunung yang tidak mampu kita tawan, tiada lurah yang tidak mampu kita redah.

latihan menulis, memberi tazkirah, memberi muhadarah, berjumpa mad'u adalah latihan yang akan menguatkan kita apabila kita turun ke medan.

tarbiyah tidak semata-mata membesarkan kepala kita dengan pelbagai manhaj dakwah, buku-buku Al-Banna, Ar-Rasyid dan tokoh-tokoh lain, tetapi tarbiyah sebenarnya mahu kita menjadi insan yang berkeinginan. ada tujuan. tahu matlamat hidup. punyai keikhlasan. sedia berkorban. sentiasa bersemangat.

itulah tujuan tarbiyah.

walaupun ilmu kita kurang, tiada penguasaan bidang, dalil quran hadis tak ingat, tidak tahu nak cakap apa, tak tahu nak syarah bagaimana, tak hafal kisah-kisah sahabat, tak pandai bahasa arab, tak tahu itu dan ini, kurang mengkaji, namun di mana keinginan kita untuk berdakwah, mana cita-cita kita untuk memimpin umat, mana kesungguhan kita?

sebenarnya pendengar atau penonton bukannya mahu sangat dengar maklumat-maklumat daripada kita. mereka mempunyai medium maklumat yang lebih luas. internet tanpa sempadan. tetapi masyarakat mahu melihat wajah kesungguhan, renungan keimanan, sentuhan yang memberi kesan. inilah yang mereka nantikan. suara yang mahu mereka ikut.

iman, ikhlas, semangat, pengorbanan dan beramal.
ini yang kita perlu tanam dalam diri.

bukan maklumat bertimbun-timbun.
harta berjuta-juta.

'innahum fityatun amanu birabbihim wa zidnahum huda'

kitalah rijal itu.