sebagai umat Islam, amat wajar bagi kita untuk menjadikan al-quran sebagai pedoman hidup. sebagai pejuang agama ini, banyak ujian kehidupan yang melanda kita.
sebagai daie, sudah tentu kita menjadikan diri kita sendiri sebagai pemimpin diri kita. selain qudwah yang ditunjukkan oleh ikhwah di sekeliling, kita sendiri perlu berusaha untuk menggerakkan diri sendiri seterusnya menjayakan projek islami yang kita sama-sama imani.
motivasi. penyuntik semangat. penyegar iman.
jika selalunya sebelum ini kita selalu merujuk buku-buku yang ditulis oleh orang bukan Islam, apa kata kali ini sama-sama kita merujuk al-quran, kalam Allah untuk mendapatkan motivasi terbaik sebagai pelaju dalam kehidupan kita.
tiada salahnya merujuk buku-buku penulis bukan Islam kerana hikmah itu milik umat Islam, walau di mana pun ia berkata, kitalah yang paling berhak ke atasnya.
kelebihan mempunyai asas bahasa arab merupakan nikmat yang besar. tiada tujuan lain yang lebih penting dalam hidup ini dalam mempelajari bahasa syurga ini melainkan untuk memahami Islam menerusi al-quran.
apa kata, ayuh sama-sama kita meneliti pengajaran motivasi daripada surah al-qasas.
pengenalan surah al-qasas
surah ini diturunkan di mekah. jadi kita panggil surah makkiyah. kisah-kisah yang ada dalam surah ini sesuai dengan keadaan umat Islam ketika itu yang lemah dan dhoif. di Mekah juga terdapat kaum musyrikin. Nabi Muhammad seperti biasa menjalankan tugas sebagai Nabi sentiasa mengajak kaum musyrikin kepada Islam.
apakah jawapan mereka?
dalam ayat ke-57 dalam surah al-qasas, mereka (kaum musyrikin) berkata:
"kalau kami mengikut hidayah (Islam), kami akan dihimpit dan ditimpa kesusahan."
maksudnya ampunilah kami wahai Nabi, kami takut orang lain tak suka kami. manusia lain tunduk kepada kami kerana kami beriman dengan agama nenek moyang kami. mereka datang mengagungkan kaabah kerana kami masih dengan agama nenek moyang kami. kalau kami masuk Islam, macam mana nanti? mesti mereka marah dengan kami...
maka, dengan itu Allah pun berikan kisah Musa dan Firaun sebagai jawapan kepada keengganan mereka beriman. Allah mahu memotivasikan Nabi Muhammad agar menggunakan kisah mereka sebagai 'smash' kepada jawapan mereka.
Kisah Musa dan Firaun
bagi mereka yang rasa lemah, rasa takut dalam hidup...
apa yang kita takutkan?
lihatlah kisah ini...
(bersambung ke siri 2)
No comments:
Post a Comment