jika kita meneliti isu-isu umat Islam kini, kita akan mendapati bahawa pergolakan demi pergolakan terus berlaku. mesir, libya, syria dan negara-negara lain. ivory coast juga mempunyai penduduk beragama Islam yang ramai.
situasi di malaysia pula nampaknya masyarakat Islam semakin jauh dengan Islam yang sebenar.
masa depan umat Islam di Malaysia kian terancam. sebagai contoh isu Bible Bahasa Melayu amat-amat mendukacitakan. suara Islam tenggelam. tiada yang memperjuangkan dengan tegas.
adakah dengan berlakunya perkara-perkara demikian, ia membuatkan kita semakin lemah dan berputus asa?
benarkah tiada jalan keluar?
ya, jawapannya ada pada diri kita.
masa depan adalah milik Islam.
al-mustaqbal li haza deen.
tarbiyah yang kita ikut selama ini sudah menjelaskan kepada kita, kitalah singa-singa harapan agama ini. tiada gunung yang tidak mampu kita tawan, tiada lurah yang tidak mampu kita redah.
latihan menulis, memberi tazkirah, memberi muhadarah, berjumpa mad'u adalah latihan yang akan menguatkan kita apabila kita turun ke medan.
tarbiyah tidak semata-mata membesarkan kepala kita dengan pelbagai manhaj dakwah, buku-buku Al-Banna, Ar-Rasyid dan tokoh-tokoh lain, tetapi tarbiyah sebenarnya mahu kita menjadi insan yang berkeinginan. ada tujuan. tahu matlamat hidup. punyai keikhlasan. sedia berkorban. sentiasa bersemangat.
itulah tujuan tarbiyah.
walaupun ilmu kita kurang, tiada penguasaan bidang, dalil quran hadis tak ingat, tidak tahu nak cakap apa, tak tahu nak syarah bagaimana, tak hafal kisah-kisah sahabat, tak pandai bahasa arab, tak tahu itu dan ini, kurang mengkaji, namun di mana keinginan kita untuk berdakwah, mana cita-cita kita untuk memimpin umat, mana kesungguhan kita?
sebenarnya pendengar atau penonton bukannya mahu sangat dengar maklumat-maklumat daripada kita. mereka mempunyai medium maklumat yang lebih luas. internet tanpa sempadan. tetapi masyarakat mahu melihat wajah kesungguhan, renungan keimanan, sentuhan yang memberi kesan. inilah yang mereka nantikan. suara yang mahu mereka ikut.
iman, ikhlas, semangat, pengorbanan dan beramal.
ini yang kita perlu tanam dalam diri.
bukan maklumat bertimbun-timbun.
harta berjuta-juta.
'innahum fityatun amanu birabbihim wa zidnahum huda'
kitalah rijal itu.
No comments:
Post a Comment