SOALAN
Assalamualaikum ustaz, saya ada kemusykilan mengenai
fadhilat Surah Yassin. Ada yang mengatakan setengahnya adalah daripada dalil yang
lemah malah ada yang palsu. Contohnya, Surah Yassin adalah hati bagi Al-Quran.
Ada yang kata sahih, ada yang kata palsu.
Satu lagi mengenai pengamalannya. Masa kini Yasin diamalkan
setiap malam Jumaat, ketika kematian dan ketika menghadapi peperiksaan. Adakah
nas-nas yang membenarkannya? Hanya inginkan kepastian dan diharapkan dapat
penjelasan daripada Ustaz. Wallahuaalam.
Assalamualaikum.
JAWAPAN
PERTAMA
Surah Yasin
adalah antara surah Makkiyyah (yang diturunkan di Mekah), mengandungi 83 ayat.
Surah ini
membincangkan isu-isu ayat Makkiyyah seperti soal ketuhanan, balasan ke atas
orang yang mendustakan agama dan soal hari Kiamat.
KEDUA
Terdapat
banyak hadis yang menjelaskan kelebihan (fadilat) surah ini, kebanyakannya
hadis palsu yang direkacipta. Ada juga sebahagian hadis yang bertaraf hadis
dhaif. Untuk tujuan pengamalan, kita dididik agar tidak terhad berpandukan
kepada hadis sohih semata-mata, malah kita dibenarkan merujuk hadis dhaif.
Berikut
adalah sebahagian hadis yang sering disampaikan namun ia merupakan hadis dhaif:
1.
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, hati bagi Al-Quran adalah
Surah Yasin, barang siapa yang membacanya seolah-olah membaca Al-Quran sebanyak
10 kali."
2.
"Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada waktu malam, dia akan bangun pagi
dalam keadaan diampunkan dosa."
3.
"Sesiapa yang selalu membaca Surah Yasin pada setiap malam lalu dia
meninggal dunia, maka dia dikira mati syahid."
4.
"Sesiapa yang memasuki ruang perkuburan lalu membaca Surah Yasin,
diringankan (azab) bagi mereka (yang berada di dalam kubur), dan baginya
(pembaca) pahala kebaikan sebanyak mana orang (mayat) yang berada di perkuburan
itu."
Silakan
membuat rujukan dalam kitab 'Al-Maudhuaat' karangan Imam Ibnu Al-Jauzi, kitab
'Al-Fawaid Al-Majmuah' karangan Imam As-Syaukani dan risalah yang dikarang oleh
Syeikh Muhammad Amru Abdul Latif (hafizahullah) bertajuk "Hadis Qalbul
Quran Yasin, wa Jumlah mimma wuriya di fadhailiha" (Hadis hati Al-Quran
Yasin dalam pertimbangan, dan hadis-hadis kelebihannya).
KETIGA
Tidak ada
dalil yang menyebut waktu-waktu khusus untuk membaca Surah Yasin seperti malam
Jumaat, ketika kematian mahupun ketika musim menghadapi peperiksaan. Begitu
juga tidak ada dalil yang melarang ia dibaca pada waktu-waktu tersebut.
Walaupun
demikian, amalan tersebut sudah sinonim dengan masyarakat Melayu di negara ini,
ia tidak menjadi masalah besar selagi ia tidak melanggar apa-apa hukum.
Ustaz
Mohd Firdaus Salleh Hudin
Usuluddin (Tafsir) Universiti Al-Azhar
Usuluddin (Tafsir) Universiti Al-Azhar
No comments:
Post a Comment