Monday, March 29, 2010

bersihkan hati

sedikit perkongsian tentang pentingnya menjaga hati.

hati adalah tempat masuknya hidayah ke dalam diri. seseorang itu belajar islam, faham islam dan akhirnya islam itu akan jatuh ke hati. rasa sayang. sanggup berkorban demi islam. dengan itu, lahirlah tindak tanduk yang selari dengan kehendak Allah dan Rasul. usaha menegakkan agama ini.

namun ada satu masalah. hati kita telah dicemari dan dikotori oleh debu-debu jahiliyah zaman moden. ditanam oleh penjajah. dan juga peperangan minda. ghazwul fikri. jadilah hati-hati muslim ini seperti itu. kotor. tidak bersih.

bagusnya ialah kita masih muslim. belajar dan amalkan islam.

masalahnya ialah hati masih kotor.

bila hati kotor, dan hati disumbat dengan kefahaman islam maka lahirlah hati yang berbolak balik. islam separuh. kehidupan kita islamik tetapi tidak cukup sempurna. yang Allah redhai ialah islam sepenuhnya. kerana selain islam itu adalah kufur. maka di sini kita perlukan sesuatu. merawat punca penyakit. hati. PEMBERSIHAN HATI. biar islam tulen.

contoh mudah: sebelum solat kita berwuduk. sucikan diri. begitu juga hati. sebelum beramal, ikhlaskan hati, suci, beramal hanya kerana mencari redha Allah.

islam kita belum sempurna kerana hati kita belum 100 peratus islam. ada lagi kotoran degil. jawapannya: ASLIH NAFSAK WAD'U GHOIRAK. islah diri dan dakwah orang lain. serentak. bukan islah diri semata-mata. beruzlah berkhalwat sucikan hati. bukan begitu. perlu bergaul dengan masyarakat. hadapi realiti. ubah mana yang termampu.

sucikan hati tidak cukup dengan amalan fardu semata-mata. tidak cukup. kita perlukan lebih dari itu. maka bermujahadahlah menyucikan hati.

inilah haqiqah sufiyah yang perlu difahami.

Wednesday, March 17, 2010

s.t.d.


artikel ini dicopy n paste drp blog adik saya, mohd hafizul amin, pelajar sem 3 diploma medical assistant kolej islam sains n teknologi bachok kelantan.
sangat menarik.
www.myilhamz.blogspot.com.

Salam. Hari ini, pelajaran saya dalam Subjek Kesihatan Komuniti 2, tajuknya ialah
Sexually Transmitted Disease (S.T.D)...

Antara penyakit2nya ialah syphilis, gonorrhea, dan genital herpes.

dan antara lain ialah chlamyda, trichomoniasis.
En Azli, lecturer yang agak best la... beliau mengajar subjek ni dengan byk method dan kaedah. hampir semua pelajar suka akan cara beliau mengajar. termasuk saya....

Antara yang saya ingat perbezaan di antara ketiga2 penyakit [sifilis, gonorea, dan herpes]ialah
  • siflis bercirikan ada shanker pada tubuh badan, iaitu merah2..
  • gonorea ada discaj yang keluar daripada kemaluan, (discaj:nanah)
  • dan herpes ada small blister ataupun gelembung2 air pada tubuh badan...

Walaupun begitu, apa yang saya nak tulis malam ni ialah, susungguhnya, byk2 penyakit std ini hanya lah dihidapi oleh orang yang mengamalkan seks bebas, melanggan pelacur, dan yang sewaktu dengan nya...

Setelah belajar tajuk ni, dapat saya simpulkan, semua penyakit ini disediakan khas oleh ALLAH SWT kepada manusia yang melanggar hukumNya- berzina, merogol, melacur, dll...

Nauzubillah...semoga kita dijauhkan daripada kesesatan dan marilah sama2 kita berdoa agar dikurniakan tubuh badan yang sihat, panjang umur dalam kebajikan, diberikan ilmu yang bermanfaat, dan ditetapkan hati dalam iman...

InsyaALLAH....

Wassalamm....

Wednesday, March 10, 2010

mabit dan riadah isma sayeda


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على النبي الأمين سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

أيها القراء الكرماء والأحباء الأعزاء فمرحبا بكم في هذا الموقع المتواضع تحت إشراف أخيكم في الله محمد فردوس صالح الدين
إخبارا لحضراتكم جميعا يسرنا نحن من جمعية الإتحاد الإسلامى الماليزي فرع سيدة زينب سنقيم المبيت العمومي واليوم الرياضي في وقت قريب إن شاء الله

فندعوكم أيها المسلمون الحرص على الحضور والمشاركة في هذا الإجتماع الطيب ولا يفوتنا الثواب الجزيل من الله سبحانه وتعالى
فالله أسأل أن يجعل هذا العمل خالصا لوجهه الكريم وهو حسبنا ونعم الوكيل

والله الموفق



Saturday, March 06, 2010

AHAM QOBLA MUHIM

SEDANG AKU BERJALAN-JALAN DI KAWASAN PERUMAHANKU, AKU MELIHAT SEKUMPULAN PEMUDA ARAB SEDANG BERTUNGKUS-LUMUS MEMBAIK PULIH SEBUAH KEDAI. MEREKA MEMECAHKAN LANTAI, DINDING DAN SALURAN PERPAIPAN. SUNGGUH LAJU MEREKA BEKERJA. SETELAH MELEPASI KEDAI TERSEBUT, TERDENGAR PEKIKAN KUAT SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TANDA TIDAK PUAS HATI.

AKU MENOLEH.
KELIHATAN DUA PEMUDA SEDANG BERTELINGKAH. NAMPAK SEBAYA. NAMUN, SEDANG LELAKI PERTAMA BERCAKAP, LELAKI KEDUA TEKUN MENDENGAR.

‘KENAPA TAK BUAT YANG TU DULU? AKU RASA YANG NI PENTING’

‘YA, AKU FAHAM. TETAPI KITA KENA UTAMAKAN YANG LEBIH PENTING!’

‘AHAM QOBLA MUHIM’ (YANG LEBIH PENTING DULU SEBELUM YANG PENTING)

OH, BERBALAH TENTANG NAK BUAT YANG MANA SATU DULU, BISIK HATI KECILKU. BETULLAH, DALAM KEHIDUPAN KITA BANYAK BENDA YANG PERLU KITA BUAT. SEMUA PENTING. TETAPI KAEDAH INI MENGAJAR KITA BAHAWA YANG TERBAIK IALAH KITA MENDAHULUKAN YANG PALING UTAMA SEBELUM PERKARA-PERKARA PENTING LAIN.

UNTUK ITU, KITA MEMERLUKAN SATU NERACA BAGI MENETAPKAN DAN MEMASTIKAN YANG MANA LEBIH PENTING DARIPADA YANG LAIN. SEBAGAI CADANGAN, KITA GUNAKAN KAEDAH AMAT PENTING-AMAT SEGERA, AMAT PENTING-TIDAK SEGERA, KURANG PENTING-AMAT SEGERA DAN KURANG PENTING-TIDAK SEGERA. JADI, DENGAN PENGELASAN INI, KITA AKAN LEBIH TERPANDU DI DALAM AMAL.

CADANGAN SETERUSNYA, BOLEH RUJUK KITAB FIQH AWLAWIYAT KARANGAN SYEIKH YUSOF AL-QARDHAWI.
SEKIAN TERIMA KASIH.

Monday, March 01, 2010

RAKAAT DIKIRA JIKA SEMPAT RUKUK DAN THOMA’NINAH BERSAMA IMAm



Sambil-sambil penulis menyelak majalah, ada persoalan fiqh solat yang ditulis. Tentang rukuk. Jika seseorang itu sempat rukuk bersama imam maka dia mendapat rakaat tersebut sekalipun tidak sempat membaca walau sedikit ayat Surah Fatihah. Ini ittifaq (persetujuan) semua mazhab.

Namun, jika seseorang itu sempat rukuk dengan meletakkan tapak tangannya pada lututnya tanpa sempat thoma’ninah (diam sebentar bersama imam), kemudian imam qiyam (bangun) untuk i’tidal, pada situasi ini dia dikira mendapat rakaat tersebut menurut 3 mazhab lain kecuali mazhab Syafie. Mazhab Syafie mensyaratkan rukuk tersebut perlu disertakan thoma’ninah walau dengan kadar bacaan Subhanallah. Jika tidak sempat, maka rakaat tersebut tidak dikira.

Persoalan ini mudah dan agak menarik. Betapa indahnya ibadah di dalam Islam. Satu perkara yang suka saya ‘highlight’kan ialah berkenaan thoma’ninah. Diam sebentar dalam bahasa ibunda. Ketenangan.

Satu ketika Rasulullah melihat seorang sahabat sedang solat. Selesai solat, Rasulullah menegur dengan berkata, “Pergi solat semula. Sesungguhnya engkau tidak solat”. Sahabat itu solat semula dan kemudian Rasulullah menegur dengan berkata, “Solat semula kerana engkau tidak solat”. Sahabat itu solat semula untuk kali ketiga dan Rasulullah tetap menegurnya dengan ucapan yang sama. Lalu sahabat itu berkata kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, ajarkan aku bagaimana solat yang sebenarnya”.

Maka Rasulullah mengajarnya solat. “….irka’ hatta tatma’in. Summasjud hatta tatma’in…”. “Engkau rukuk sehingga engkau tenang (thoma’ninah) kemudian engkau sujud sehingga engkau tenang.”

Kisah ini memberi pengajaran besar buat umat Islam seluruhnya.

1. Jangan melewat-lewatkan solat dengan sengaja.

2. Berusaha mencapai khusyuk di dalam solat.

3. Membaca dan memahami bacaan-bacaan di dalam solat.

4. Solat ialah syurga bagi mukmin. Rancanglah ia sebaik mungkin.

Sekian sahaja apa yang terlintas di minda.