SEDANG AKU BERJALAN-JALAN DI KAWASAN PERUMAHANKU, AKU MELIHAT SEKUMPULAN PEMUDA ARAB SEDANG BERTUNGKUS-LUMUS MEMBAIK PULIH SEBUAH KEDAI. MEREKA MEMECAHKAN LANTAI, DINDING DAN SALURAN PERPAIPAN. SUNGGUH LAJU MEREKA BEKERJA. SETELAH MELEPASI KEDAI TERSEBUT, TERDENGAR PEKIKAN KUAT SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TANDA TIDAK PUAS HATI.
AKU MENOLEH.
KELIHATAN DUA PEMUDA SEDANG BERTELINGKAH. NAMPAK SEBAYA. NAMUN, SEDANG LELAKI PERTAMA BERCAKAP, LELAKI KEDUA TEKUN MENDENGAR.
‘KENAPA TAK BUAT YANG TU DULU? AKU RASA YANG NI PENTING’
‘YA, AKU FAHAM. TETAPI KITA KENA UTAMAKAN YANG LEBIH PENTING!’
‘AHAM QOBLA MUHIM’ (YANG LEBIH PENTING DULU SEBELUM YANG PENTING)
OH, BERBALAH TENTANG NAK BUAT YANG MANA SATU DULU, BISIK HATI KECILKU. BETULLAH, DALAM KEHIDUPAN KITA BANYAK BENDA YANG PERLU KITA BUAT. SEMUA PENTING. TETAPI KAEDAH INI MENGAJAR KITA BAHAWA YANG TERBAIK IALAH KITA MENDAHULUKAN YANG PALING UTAMA SEBELUM PERKARA-PERKARA PENTING LAIN.
UNTUK ITU, KITA MEMERLUKAN SATU NERACA BAGI MENETAPKAN DAN MEMASTIKAN YANG MANA LEBIH PENTING DARIPADA YANG LAIN. SEBAGAI CADANGAN, KITA GUNAKAN KAEDAH AMAT PENTING-AMAT SEGERA, AMAT PENTING-TIDAK SEGERA, KURANG PENTING-AMAT SEGERA DAN KURANG PENTING-TIDAK SEGERA. JADI, DENGAN PENGELASAN INI, KITA AKAN LEBIH TERPANDU DI DALAM AMAL.
CADANGAN SETERUSNYA, BOLEH RUJUK KITAB FIQH AWLAWIYAT KARANGAN SYEIKH YUSOF AL-QARDHAWI.
SEKIAN TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment