sedikit perkongsian tentang pentingnya menjaga hati.
hati adalah tempat masuknya hidayah ke dalam diri. seseorang itu belajar islam, faham islam dan akhirnya islam itu akan jatuh ke hati. rasa sayang. sanggup berkorban demi islam. dengan itu, lahirlah tindak tanduk yang selari dengan kehendak Allah dan Rasul. usaha menegakkan agama ini.
namun ada satu masalah. hati kita telah dicemari dan dikotori oleh debu-debu jahiliyah zaman moden. ditanam oleh penjajah. dan juga peperangan minda. ghazwul fikri. jadilah hati-hati muslim ini seperti itu. kotor. tidak bersih.
bagusnya ialah kita masih muslim. belajar dan amalkan islam.
masalahnya ialah hati masih kotor.
bila hati kotor, dan hati disumbat dengan kefahaman islam maka lahirlah hati yang berbolak balik. islam separuh. kehidupan kita islamik tetapi tidak cukup sempurna. yang Allah redhai ialah islam sepenuhnya. kerana selain islam itu adalah kufur. maka di sini kita perlukan sesuatu. merawat punca penyakit. hati. PEMBERSIHAN HATI. biar islam tulen.
contoh mudah: sebelum solat kita berwuduk. sucikan diri. begitu juga hati. sebelum beramal, ikhlaskan hati, suci, beramal hanya kerana mencari redha Allah.
islam kita belum sempurna kerana hati kita belum 100 peratus islam. ada lagi kotoran degil. jawapannya: ASLIH NAFSAK WAD'U GHOIRAK. islah diri dan dakwah orang lain. serentak. bukan islah diri semata-mata. beruzlah berkhalwat sucikan hati. bukan begitu. perlu bergaul dengan masyarakat. hadapi realiti. ubah mana yang termampu.
sucikan hati tidak cukup dengan amalan fardu semata-mata. tidak cukup. kita perlukan lebih dari itu. maka bermujahadahlah menyucikan hati.
inilah haqiqah sufiyah yang perlu difahami.
1 comment:
syukran.....
semoga hati kita bersih....
...bilik sendiri jer yg kadang2 luper nak bersih....hehehe...
Post a Comment