Sunday, October 30, 2011

Fiqh zaman Al-Banna + Fiqh zaman pasca Sayyid Qutb



Dakwah umum yang laju di zaman Al-Banna

Apabila kita meneliti aktiviti dakwah yang dilakukan oleh Al-Banna di zamannya, kita mendapati aktiviti yang beliau lakukan lebih berbentuk dakwah umum yang dijalankan dengan laju sekali.

Bermula dengan pertemuan-pertemuan para pembesar negara, pemimpin masyarakat setempat dan para ulamak Al-Azhar, Al-Banna berani mengemukakan agenda yang perlu diperjuangkan ketika itu iaitu membangkitkan umat yang sedang lena.

Kesedaran-kesedaran ini juga turut dilakukan beliau dengan mengadakan ceramah-ceramah ringkas di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat strategik yang menjadi tumpuan ramai.

Kita juga membaca kisah bagaimana beliau bergerak dalam tempoh yang singkat membuat lawatan ke beberapa puluh buah kampung di kawasan Soiedi, selatan Mesir.

Turut tercatat di dalam buku Muzakirat Dakwah wa Daieyah tentang pertambahan drastik ahli Ikhwan ketika itu. Di dalam tempoh 2 tahun sahaja, beliau berjaya mengumpulkan 70-80 orang pemuda yang aktif dan mereka dikumpulkan di dalam perkhemahan-perkhemahan untuk memantapkan peribadi mereka.

Terdapat pelbagai kisah yang memceritakan perkembangan Ikhwan laju menembusi bandar-bandar dan kampung-kampung sehingga tiada seorang pun ketika itu tidak pernah mendengar nama Ikhwan.

Pengkaderan yang ketat di zaman pasca Sayyid Qutb

Syeikh Sayyid Qutb (Ikhwan Arab selalu sebut Syeikh Sayyid sahaja) dibunuh di tali gantung pada 1966 bersama beberapa orang Ikhwan yang lain seperti Mohamad Yusuf Hawwash dan Abd Fatah Ismail. Beliau dituduh sebagai orang yang mahu menggulingkan kerajaan revolusi di bawah pimpinan Jamal Abd Naser (Arab Mesir baca: Gamal).

Sebenarnya sebelum itu lagi ramai Ikhwan ditangkap oleh pihak kerajaan kerana dianggap boleh menggugat puak pemerintah kerana Ikhwan sudah berakar umbi di dalam masyarakat.

Ramai ditangkap dan dibunuh. Tidak kurang juga terdapat sebilangan Ikhwan yang melarikan diri ke luar negara. Hasilnya, tertubuhlah Ikhwan di luar negara seperti di eropah dan di negara-negara Arab lain.

Pernah satu ketika Syeikh Mustafa Masyhur, Mursyidul Am Ikhwan ke-5 (1996-2002) - sebahagian pimpinan ISMA hari ini sempat bertemu beliau - ketika beliau ditanya berkenaan siapakah yang mula-mula menubuhkan Ikhwan di luar negara? Syeikh Mustafa menjawab: Gamal Abd Naser. Beliaulah yang bertanggungjawab menubuhkan Ikhwan di luar negara kerana di zaman beliau ramai Ikhwan ditangkap lalu menyebabkan sebilangan Ikhwan lari ke luar negara.

Di dalam situasi tersebut, akhirnya Ikhwan mengambil keputusan untuk bergerak secara underground. Masakan tidak, Ikhwan sudah diharamkan oleh kerajaan, rakyat pun semakin takut untuk bersama Ikhwan sekalipun sebenarnya mereka tahu Ikhwan ikhlas dalam perjuangan mereka.

Sebagai bukti, benih-benih dakwah yang masih ada ketika itu dibaja dan disemai secara sembunyi-sembunyi. Syeikh Mustafa masyhur sendiri telah menulis sebuah buku bertajuk Dakwah Fardiyah. Buku ini menjelaskan 7 tahap yang perlu dilalui oleh seseorang itu sebelum bergelar seorang Ikhwan.

Lihatlah, susahnya ketika itu untuk mengajak orang bersama Ikhwan. Dari sudut yang lain, mereka yang melepasi 7 tahap tersebut dan berjaya bergelar seorang Ikhwan adalah insan yang benar-benar mantap dan teruji.

Implimentasinya pada hari ini oleh ISMA

ISMA mula ditubuhkan secara rasmi pada 7 Julai 1997. Pada 2011, ISMA mula dikenali masyarakat dengan penglibatannya yang aktif di dalam beberapa bidang.

Seperti biasa, di awal penubuhan ISMA melalui fasa membina organisasi. Fasa mengumpulkan insan-insan yang bersedia berjuang untuk mencapai segala visi dan misinya. Rijal yang hebat, ikhlas dan beriman dengan inti perjuangan ini.

Proses itu berlalu dengan perlahan-lahan kerana bukan senang mengumpul manusia dan memprosesnya menjadi kader dakwah yang memiliki ciri-ciri yang ideal.

Akhirnya ISMA berjaya mengumpul sejumlah kader dakwah dan tenaga mereka dijana sehinggalah hasilnya dapat kita lihat pada hari ini.

Merenung ke hadapan, banyak lagi perkara yang perlu dilakukan supaya perjuangan ini terus menjurus kepada apa yang dicita-citakan. Ahli ISMA tidak boleh berpuas hati setakat ini.

Selari dengan itu, ISMA memerlukan barisan pelapis para kader yang lebih mantap dan pada masa yang sama, ISMA memerlukan sokongan dan dukungan masyarakat di dalam setiap seruannya.

Tanpa kader dakwah, dakwah tidak ke mana-mana. Tanpa masyarakat, kepada siapa lagi dakwah ini harus disampaikan.

Oleh itu, ISMA kini perlu memanfaatkan segala kebaikan di zaman pasca Sayyid Qutb demi membina generasi harapan.

Pada masa yang sama, ISMA juga perlu menjalankan dakwah seperti di zaman Al-Banna yang mana tiada sebuah rumah pun tidak sampai kepadanya idea dan agenda Ikhwan.

Kepada para daie berlogo ISMA

Seruan ini ditujukan kepada mereka yang sedang bersama ISMA selaku ahli atau pimpinan ISMA di merata tempat.

Kekuatan iman dan ukhuwah perlu dibina dan dijaga agar kita benar-benar menjadi Akh minal Ikhwan. Asas iman dan ukhuwah menjadi penentu kejayaan dakwah sekalipun dakwah ditolak dan diancam seperti di zaman pasca Syeikh Sayyid.

Pelbagai kemahiran dan ilmu perlu dikuasai agar dapat diterima oleh kelompok masyarakat kita pada hari ini. Terjun ke medan adalah satu keperluan, sama seperti yang dilakukan oleh al-Banna. Jika masyarakat mahukan pemimpin yang berkarisma, pandai berpidato, pandai berhujah, luas pengetahuan, pakar dalam sesuatu bidang, maka itulah yang perlu kita jadi.

Mungkin kerana sebelum ini kita selesa dengan program dalaman, kini dakwah umum menjadi satu tuntutan.

Benarlah kata Tuan Presiden ISMA, kita garap kebaikan di zaman Al-Banna dan kita garap juga kebaikan di zaman pasca Al-Qutb demi kelangsungan dakwah ISMA.

Saya sendiri sedang berlari ke arah itu.

Friday, October 28, 2011

Negara Islam

Siapa lagi akan tubuhkan negara Islam jika bukan orang Islam?


Sekian, terima kasih.

Friday, October 21, 2011

Lebih 1000 Melayu Kristian: Malay Christians Face 'Faith Purification' Centers - World - CBN News - Christian News 24-7 - CBN.com

Malay Christians Face 'Faith Purification' Centers - World - CBN News - Christian News 24-7 - CBN.com:

'via Blog this'

Saya menemui satu artikel berbentuk aduan mereka yang beragama Kristian kepada masyarakat dunia yang menggambarkan seolah-olah mereka ditindas disebabkan mereka beragama Kristian atau lebih tepat lagi hanya disebabkan mereka menukar agama asal kepada agama Islam.

Lebih memeranjatkan tertulis di dalam artikel tersebut tentang bilangan orang Melayu yang telah masuk Kristian. Menurut penulis, 5 tahun lalu ada lebih kurang 200 sahaja orang Melayu Kristian, tetapi kini bilangan mereka sudah mencecah seribu orang.

Apa lagi yang kita mahu untuk membuktikan bahawa terdapat usaha Evangelisme (menginjilkan) orang Melayu Islam di Malaysia.

Ayuh jom ke HIMPUN untuk menyedarkan orang ramai akan isu ini.

Pendedahan Kristianisasi di Malaysia: Malaysian Ministries

Malaysian Ministries:

'via Blog this'

Ada link lagu Kristian dalam bahasa Melayu.
Ia ditulis dan direka oleh orang Indonesia.
Akan tetapi, link tersebut dimasukkan di dalam web Kristian Malaysia.
Sudah pasti, ramai orang Melayu yang sudah masuk Kristian.
Apakah benar dakwaan ini?
Tidak mustahil!
There are Missionary work among Malays in Malaysia!

Thursday, October 20, 2011

Pendedahan Kristianisasi: Kairos Research Centre

Kairos Research Centre:

'via Blog this'

Jikalau sebelum ini di dalam Utusan didedahkan usaha orang Kristian untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi, wakil rakyat DAP Jeff Ooi pada hari ini mahu permit Utusan ditarik balik kerana menurut beliau Utusan telah menerbit berita palsu berhubung rancangan tersebut.

Rujuk berita hari ini di dalam Utusan:

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja kisah seterusnya kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin sebelum ini mencabar Jeff Ooi menyaman Utusan jika beliau yakin pendedahan akhbar tersebut adalah salah dan tidak cukup bukti.

Bagi saya, tidak mustahil mereka mahu membangunkan Negara Kristian seperti yang didakwa Utusan kerana saya menemui bukti mereka menolak konsep Negara Islam.

Negara Islam ditolak oleh kelompok Kristian

Mari sama-sama kita membuka link yang saya berikan di atas sekali iaitu bahan-bahan yang terdapat di dalam sebuah web Kristian, Kairos Research Centre, satu laman web dari Malaysia.

Terdapat bahan-bahan yang ditulis oleh Dr Ng Kam Weng tentang Negara Islam. Dengan mudah dapat kita fahami bahawa orang Kristian tidak bersetuju sepenuhnya dengan konsep Negara Islam bahkan mereka mencadangkan negara sekular.

Paling menarik, mereka meneliti dan menganalisis kenyataan-kenyataan Tuan Guru Nik Aziz tentang pendirian PAS terhadap Negara Islam.

Kesimpulannya, orang Kristian menolak Negara Islam. Inilah titik penting yang perlu kita faham. Pertembungan berlaku pada titik ini dan inilah kenyataan yang harus kita terima.

Selamat membaca tulisan Dr Ng Kam Weng!

Bahaya Syiah: myMetro | Saman Jais, Utusan

myMetro | Saman Jais, Utusan:

'via Blog this'

Bismillah. Ini adalah berita terbaru berkenaan Syiah Melayu.
Mereka menyaman JAIS dan Utusan.

Kita sedia maklum Syiah adalah satu puak yang telah tersesat jauh daripada akidah yang asal.
Ada orang kata Syiah ni kafir.
Ada yang kata Syiah buat agama baru.
Ada yang kata mereka buat bid'ah yang paling besar.

Pendek kata, ancaman demi ancaman melanda umat Islam pada hari ini.
Dalam pada kita sedang membina binaan umat yang baru, seperti biasa musuh Allah tidak akan redha dengan usaha kita.
Mereka berusaha dan kita juga berusaha.

Moga Allah selamatkan akidah umat Islam daripada diancam oleh serangan musuh Islam.

Buat mereka yang mahu mendalami kesesatan Syiah, anda disarankan untuk membaca beberapa buah buku.
Saya sendiri sedang menyusun masa untuk merungkai isu ini.

1. Usul Mazhab Syiah Lil Qafari, 3 jilid;
2. Mukhtasar Minhaj As-Sunnah Lil Ghunaiman, 2 jilid;
3. Mukhtasar At-Tuhfah Al-Isna Asyariyyah, 2 jilid;
4. Tatawwur Al-Fikr As-Siyasi As-Syi'ie;
5. At-Tasyayyu' As-Siyasi wa At-Tasyayyu' Ad-Dini, 2 jilid;

dan banyak lagi bahan yang mendedahkan kesesatan mereka.

*Satu persoalan: Mengapa peguam Mohamed Hanipa Maidin (peguam PAS) setuju menjadi peguam Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz?

Wednesday, October 19, 2011

Pendedahan Kristianisasi Global: 2020 Vision | C3 Church


Ada tulisan bahasa Melayu di situ. Tidak mustahil ada orang Melayu yang hadir. Gambar ini saya ambil daripada album Facebook C3 Malaysia.

2020 Vision | C3 Church:

'via Blog this'

1000 buah gereja pada tahun 2020.
Setiap gereja pada ketika itu mempunyai peserta seramai 500 orang.

Kita risau jika ada di antara kita yang terjebak sama.
Pantang datuk nenek kita jika ada yang murtad.
Halal darahnya.

Mereka (musuh Islam) bekerja dan kita pun bekerja.
Kerja kita pada hari ini ialah menyekat usaha mereka.
Antara usaha menyekat usaha mereka ialah dengan mengadakan Himpunan Sejuta Umat.
Biar mereka sedar bahawa umat Islam punya maruah.

Kita juga sedang berusaha memantapkan akidah.
Pelbagai usaha dijalankan oleh semua pihak.

Bagi yang ada kuasa dan pengaruh, gunakanlah untuk kebaikan.
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, jika tidak mampu dengan lisan, jika tidak mampu maka gunakanlah hati, dan itulah selemah-lemah iman." (Hadis Nabi)

Ertinya, setiap orang tidak terlepas daripada tanggungjawab itu.
Isu ini sudah jelas lagi bersuluh.
Marilah kita semua sedar dan bertindak.
Jangan sampai ada ahli keluarga kita yang murtad baru kita akan tersentak.

Ayuh, Himpun 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam.
Selamatkan Akidah Umat Islam!!!

Monday, October 17, 2011

Jimat masa, jimat belanja


Gambar hiasan. Abang Zul dengan motor kulaannya.

Minggu ini adalah minggu kedua saya menunggang motosikal ke tempat kerja. Perjalanan satu jam berjaya disingkatkan menjadi setengah jam sahaja. Kos harian perjalanan juga berjaya dikurangkan tapi tak pasti berapa banyaknya. Kalau dulu isi minyak kereta RM50 hanya bertahan 2, 3 hari tapi sekarang bertahan 5, 6 hari. Duit tol pun dah tak mengalir deras macam sebelum ini.

Sebenarnya ramai juga orang menggunakan motosikal ke tempat kerja. lebih-lebih lagi di kawasan yang teramat dahsyat teruk jemnya. Tak kira tua mahupun muda. Kaya atau miskin. Melayu atau Cina. Motosikal menjadi pilihan mereka yang inginkan kebebasan dan kelajuan.

Pernah saya mendengar keluhan ayah mertua yang mengatakan hidup sesetengah orang habis di dalam kereta sahaja. Masakan tidak, 1 jam dihabiskan di dalam kereta setiap pagi dan 1 jam lagi di waktu petang. Itu pun kalau lancar tidak hujan dan tiada kemalangan.

Dalam tempoh 2 jam, banyak perkara yang boleh kita lakukan. Cuba bayangkan apabila beribu-beribu penduduk ibu kota menghabiskan 2 jam sehari di jalan raya, berapa jamkah sudah dibazirkan dalam sebulan? Secara purata sebanyak 40 jam seorang dalam masa sebulan. Berapa banyakkah penghasilan boleh dikeluarkan? Tentu banyak bukan.

Saya mampu menulis dan mengedit satu artikel dalam masa setengah jam. Ertinya dalam sebulan saya boleh menyiapkan sebanyak 80 buah artikel jika dibandingkan dengan duduk termenung di dalam kereta yang tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas.

Beginilah kehidupan. Jika kita tidak bijak membuat pertimbangan dan keputusan, kita akan merugikan kehidupan yang merupakan aset bernilai iaitu umur kita sebagai modal menuju akhirat.

Kepada para daie, masa anda amat berharga. Buatlah pilihan supaya anda tidak menyesal kemudian hari.

Kepada para bikers, tunggang cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang tersayang!


Wednesday, October 12, 2011

3 ancaman umat Islam

Dalam beberapa bulan ini saya telah mendapat pendedahan akan kewujudan ancaman terhadap akidah umat Islam. Ancaman ialah perkara yang mengancam dan mengganggu-gugat dan merosakkan sesuatu perkara.

Dalam pada kita berusaha memantapkan dan mengukuhkan akidah kita dan orang di sekeliling kita, sebenarnya terdapat usaha-usaha tertentu sama ada terang-terangan atau bersembunyi dengan tujuan meruntuhkan akidah tersebut.

Musuh Islam sama sekali tidak akan redha dengan umat selagi kita tidak meninggalkan ajaran Islam terutamanya soal akidah merupakan pokok kepada Islam.

Saya sebutkan di sini 3 ancaman tersebut:
1. Syiah;
2. Pluralisme, humanisme, sekularisme dan teman seangkatannya;
3. Kristianisasi.

Orang Islam harus disedarkan akan bahaya ketiga-tiga ancaman ini. Selain kita berusaha menambah ilmu tentang akidah Islam, kesedaran tentang bahaya ancaman ini perlu disebar luaskan.

Inilah peranan kita pada hari ini. Menanam akidah yang mulia dan menangkis akidah yang salah daripada terus menyerang dan mengancam umat Islam seluruhnya.

Selayaknya usaha musuh-musuh Islam yang tersusun dan berstrategi itu dihadapi dengan usaha yang berlipat kali ganda tersusun dan berstrategi.

"Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun"

Oleh yang demikian, ayuh kita menyediakan diri dengan pelbagai kelengkapan dan kemahiran untuk menjayakan cita-cita dalam saki-baki umur kira-kira 20-30 tahun yang ada ataupun tidak sampai kepada itu kerana kita boleh mati bila-bila masa.

Ayuh bermula sekarang!

Wednesday, October 05, 2011

Bisikan halus

Menyedari akan keperluan tarbiyah melebihi segala-galanya adalah satu nikmat yang agung. Manakan tidak, masalah yang melanda umat Islam kini berpunca daripada hilangnya iman dan rasa takut kepada Allah.

Ramai manusia sudah larut dan termakan dek pujukan dan hasutan syaitan. Bisikan halus ini muncul di celah-celah ruang ketaatan dan amal soleh. Kononnya mahu menjaga kekayaan supaya kekayaan kembali berada di tangan umat Islam maka bisnes pun diceburi dan dipromosi ke sana sini.

Memang benar duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. Akan tetapi bisikan halus ini telah pun berjaya merungkai keseriusan seseorang pendakwah daripada fokus beramal dan berdakwah. Akhirnya dakwah dan tarbiyah hanya mendapat tempat di hujung-hujung kitaran hidupnya sehari-hari.

Ayuh sama-sama kita kuatkan azam dan tekad agar tarbiyah mendapat perhatian sewajarnya di dalam hidup kita kerana di sinilah bermulanya perjuangan umat Islam.

Himpunan Sejuta Umat - Selamatkan Akidah



Kenyataan Media

HIMPUN : Selamatkan Akidah Umat

Sidang media ini diadakan untuk mengisytiharkan kepada umum tentang penganjuran sebuah perhimpunan besar-besar yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN. HIMPUN, yang merupakan inisiatif dan anjuran pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang mewakili umat Islam akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 hingga 5.30 petang.

HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.

Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa. Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian, menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam Thanksgiving melibatkan umat Islam dan pelbagai lagi bentuk percubaan mengkristiankan umat Islam.

Pada masa yang sama kita melihat gejala kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap terhadap pelbagai ancaman terhadap akidah umat ini termasuk dari kalangan sebahagian umat Islam disebabkan pelbagai faktor termasuk sentimen politik dan puak. Ini mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat sama ada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang.

Menyedari hakikat ini, HIMPUN dicetuskan sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan.

HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun. Maka HIMPUN juga ingin menghantar mesej bantahan dan amaran yang jelas kepada sesiapa yang bertindak atau mengeluarkan ucapan yang menghina agama dan menghakis benteng akidah umat.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Maka HIMPUN juga di adakan untuk mencari kesepakatan-kesepakatan yang boleh dipanjangkan kepada pihak Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan pihak kerajaan dalam hal mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita.

Ia juga bertujuan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Inilah di antara asas dan latar belakang di sebalik penganjuran HIMPUN.

Dari segi perlaksanaannya, sebagai suatu inisiatif umat, sebuah Sekretariat HIMPUN yang dianggotai oleh organisasi dan individu dari pelbagai latar belakang telah dibentuk. Sekretariat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad (mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Manakala Sdr. Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai Setiausahanya.

HIMPUN adalah sebuah perhimpunan aman dan segala langkah yang wajar akan diambil untuk mempastikan bahawa tidak akan wujud apa-apa insiden yang bertentangan dengan keamanan dan undang-undang.

Di antara agenda utama HIMPUN adalah ucapan-ucapan wakil masyarakat dan mereka yang mempunyai pengalaman langsung dengan isu murtad, ucapan tokoh-tokoh antarabangsa yang berkaitan dengan isu akidah dan pemurtadan serta deklamasi sajak, lagu, doa munajat serta di akhiri dengan pembacaan resolusi HIMPUN.

Resolusi ini kemudiannya dirancang untuk dipersembahkan kepada ke bawah Duli Raja-raja Melayu serta pihak berwajib yang lain. Perhimpunan tersebut mensasarkan seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, Jamaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain lagi.

Berasaskan segala kesedaran dan latarbelakang di atas, kami menyeru kepada seluruh warga umat Islam untuk bersama-sama menyahut panggilan mulia untuk menjayakan HIMPUN. Inilah peluang keemasan untuk setiap individu muslim yang sayangkan akidahnya dan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan murni ini.

Kebersamaan dan kesatuan kita akan mengundang rahmat, tawfiq dan inayah Ilahi. Maka akan terhasillah dengan sebabnya suatu benteng yang kukuh dalam mempertahankan akidah umat.

Yang benar,

Tuan Haji Mohd. Azmi bin Abdul Hamid & Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad Pengerusi Bersama HIMPUN 2011

Sumber : Sekretariat HIMPUN

Sunday, October 02, 2011

Menghormati pandangan lain

Jika di Al-Azhar, pelajaran Firaq Islamiyah dipelajari di dalam kuliah Usuluddin pada tahun 3, Syukbah Akidah Falsafah. D i Malaysia pula, subjek ini akan dipelajari di peringkat diploma Usuluddin.

Subjek ini menceritakan kelompok-kelompok yang terdapat di dalam Islam mengikut pecahan politik, akidah dan mazhab feqah. Kelompok-kelompok Islam yang sesat turut dibincangkan seperti Al-Qadianiyah dan Al-Baha'iyah.

Di awal perbincangan ilmu ini dibahaskan dengan lumat perbezaan ikhtilaf dan iftiraq. Izinkan saya nukilkan beberapa noktah penting tentang ikhtilaf dan iftiraq. (Baca ikhtilaf: perbezaan, iftiraq: perpecahan)

1. Iftiraq adalah hasil kepada ikhtilaf yang syadid. Akan tetapi bukan semua ikhtilaf membawa kepada iftiraq.

2. Setiap iftiraq disebut sebagai ikhtilaf dan bukan sebaliknya. (walal 'aks)

3. Iftiraq merupakan ikhtlaf pada perkara usul seperti keluar daripada jamaah (keluar daripada Islam). Ikhtilaf pula merupakan ikhtilaf yang berlaku pada perkara furuk seperti perbezaan pendapat mengenai kisah-kisah semasa perjalanan Isra' Mikraj dan perkara ijtihad.

4. Ikhtilaf termasuk di dalam perkara ijtihad yang dilakukan dengan niat yang baik. Jika tepat ijtihad yang dibuat maka akan seseorang itu akan mendapat dua pahala dan jika salah dia tetap menerima walau satu pahala.

5. Iftiraq tidak pernah sunyi daripada ancaman dan kebinasaan, berbeza dengan ikhtlaf yang dihiasi dengan kebaikan dan faedah yang meluas di samping sikap berlapang dada dan bertoleransi (tasamuh) yang ada.

Inilah sunnah hidup bermasyarakat. Akan ada perkara yang dibahaskan kerana sudut pandang dan pengalaman yang berbeza. Perkara yang paling penting ialah kebenaran itu akan bersatu jua, jika tidak di dunia, di akhirat sana.