Sunday, October 02, 2011

Menghormati pandangan lain

Jika di Al-Azhar, pelajaran Firaq Islamiyah dipelajari di dalam kuliah Usuluddin pada tahun 3, Syukbah Akidah Falsafah. D i Malaysia pula, subjek ini akan dipelajari di peringkat diploma Usuluddin.

Subjek ini menceritakan kelompok-kelompok yang terdapat di dalam Islam mengikut pecahan politik, akidah dan mazhab feqah. Kelompok-kelompok Islam yang sesat turut dibincangkan seperti Al-Qadianiyah dan Al-Baha'iyah.

Di awal perbincangan ilmu ini dibahaskan dengan lumat perbezaan ikhtilaf dan iftiraq. Izinkan saya nukilkan beberapa noktah penting tentang ikhtilaf dan iftiraq. (Baca ikhtilaf: perbezaan, iftiraq: perpecahan)

1. Iftiraq adalah hasil kepada ikhtilaf yang syadid. Akan tetapi bukan semua ikhtilaf membawa kepada iftiraq.

2. Setiap iftiraq disebut sebagai ikhtilaf dan bukan sebaliknya. (walal 'aks)

3. Iftiraq merupakan ikhtlaf pada perkara usul seperti keluar daripada jamaah (keluar daripada Islam). Ikhtilaf pula merupakan ikhtilaf yang berlaku pada perkara furuk seperti perbezaan pendapat mengenai kisah-kisah semasa perjalanan Isra' Mikraj dan perkara ijtihad.

4. Ikhtilaf termasuk di dalam perkara ijtihad yang dilakukan dengan niat yang baik. Jika tepat ijtihad yang dibuat maka akan seseorang itu akan mendapat dua pahala dan jika salah dia tetap menerima walau satu pahala.

5. Iftiraq tidak pernah sunyi daripada ancaman dan kebinasaan, berbeza dengan ikhtlaf yang dihiasi dengan kebaikan dan faedah yang meluas di samping sikap berlapang dada dan bertoleransi (tasamuh) yang ada.

Inilah sunnah hidup bermasyarakat. Akan ada perkara yang dibahaskan kerana sudut pandang dan pengalaman yang berbeza. Perkara yang paling penting ialah kebenaran itu akan bersatu jua, jika tidak di dunia, di akhirat sana.

No comments: