Thursday, December 29, 2011

Malaysia tersenarai sasaran projek antarabangsa LGBT

Rujuk berita:

1. Saya sedih.

2. Puncanya adalah apabila ada pihak dalam negara kita terima tawaran mereka. Dapat dana untuk laksanakan projek.

3. Seksualiti Merdeka adalah salah satu daripadanya.

4. Selepas melalui satu fasa, lahir golongan liberal di dalam masyarakat kita. Inilah hasil benih tanaman penjajah.

5. Bukan sedikit orang yang belajar di sekolah agama, bukan sedikit orang yang hadir majlis ilmu di masjid-masjid. Bukan sedikit orang yang habis belajar di tanah Arab.

6. Namun, usaha musuh yang sistematik mudah sekali mematahkan usaha umat Islam yang tidak sistematik. Puak LGBT pun ada year-end review.

7. Saya tidak perlu salahkan orang lain, kerana yang bersalah adalah diri saya sendiri.

8. Apabila mereka telah bertapak di negara ini, mudahlah mereka mencapai KPI mereka.

9. Sebelum ini dah ada video 'saya gay saya ok'. Meskipun sudah ditarik balik video tersebut, tetapi itu tidak cukup.

10. Malaysia memang boleh.

Wednesday, December 28, 2011

Jemputan Umum Forum Perdana: Ancaman Liberalisme terhadap Umat Islam

Program anjuran ISMA Cawangan Daerah Hulu Langat menampilkan barisan panel yang hebat bagi mengupas isu hangat yang memberi kesan besar kepada umat Islam.

Semua wajib hadir program ini bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan tentang keadaan semasa dan peranan kita terhadap umat Islam.

Tiadalah ilmu yang disampaikan itu melainkan untuk diamalkan dan menggerakkan jiwa seluruh umat menuju redha Allah.

Lawati laman sesawang ISMA DHL di www.ismadhl.com.

Monday, December 26, 2011

Rancangan Usrah: Ila Ayyi Syai' Nad'u Nas (Siri 2)


Pada malam ini, perbincangan akan tertumpu kepada beberapa tajuk kecil seperti berikut:

1. الغاية أصل الأعمال (Matlamat asal amal)
2. مصادر غايتنا (Sumber matlamat kami)
3. استطراد (Penyimpangan / Persoalan)
4. من أين المال؟ (Dari mana duit ini?)
5. نحن والسياسة (Kami dan politik)

Terdapat 3 poin besar:

1. Matlamat dan landasannya
  • Tanpa matlamat kita tak tahu ke mana hala tuju kita. Inilah masalah utama yang melanda umat Islam pada hari ini.
  • Matlamat kami (Ikhwan/ISMA) adalah Menguasai Dunia (Siyadatud dunya) dan Mengajak manusia kembali kepada Islam (Irsyadul insaniyyah ila taalimil Islam)
  • Landasan (masadir) matlamat kami adalah Al-Quran, As-Sunnah dan Sirah Nabi dan para sahabat.
  • Jika kita meneliti 3 sumber ini, kita akan mendapati bukti-bukti yang jelas yang mengajar kita untuk memiliki matlamat murni tersebut.
  • Inilah risalah (ajaran) Al-Quran (yang menetapkan matlamat dan mahu kita rujuk 3 sumber tadi) yang perlu kita ambil.
  • Terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak, tetapi kajilah Al-Quran yang berada di depan anda.
2. Sumber kewangan dakwah
  • Orang tertanya-tanya, mereka sibuk berdakwah dan melakukan pelbagai aktiviti dakwah, dari mana datangnya duit tersebut?
  • Al-Banna menjawab, asas kejayaan dakwah bukan wang tetapi iman yang kukuh kepada Allah.
  • Duit yang Ikhwan miliki hanyalah sedikit namun jiwa besar dan iman yang hebat itulah yang menjadi asas kejayaan dakwah Ikhwan.
  • Kata-kata beliau: إذا وجد المؤمن الصحيح وجدت معه وسائل النجاح جميعا "Jika terdapat seorang lelaki yang benar imannya, maka akan terdapat padanya wasilah-wasilah kejayaan yang banyak."
  • Inilah kunci kejayaan Ikhwan "Al-Maalu qalil, wal imanu kabir", harta yang sedikit menjadi berkat disebabkan iman yang besar.
3. Kami dan politik
  • Ada orang menuduh Ikhwan adalah parti politik dan bermatlamatkan politik semata-mata.
  • Al-Banna menjawab, kami hanya mengajak umat kepada Islam dan ajarannya, jika ini yang kamu maksudkan sebagai politik, maka inilah politik kami.
  • Jangan terpengaruh dengan aspek luaran atau nama (istilah) semata-mata, kajilah hakikat dakwah Ikhwan.
  • Benar di dalam Islam ada politik, iaitu mencari kebahagiaan dunia dan kebahagiaan akhirat, maka itulah juga politik di sisi kami.
Ini adalah ringkasan daripada tajuk-tajuk kecil yang akan dibincangkan pada malam ini di dalam Rancangan Usrah TV ISMA.

Kupasan-kupasan lanjut akan dihuraikan oleh Presiden ISMA dan dibantu oleh peserta-peserta lain.

Semoga semua orang mendapat manfaat daripada usaha kecil ini.

Wednesday, December 21, 2011

Masalah golongan muslim liberal selepas Arab Spring

Rujuk berita:

1. Kuasa politik kembali kepada rakyat.

2. Rakyat tidak kisah siapa yang akan memimpin negara. Islamis atau tidak. Mereka akan akur kepada kehendak majoriti.

3. Yang menjadi masalah ialah apabila golongan yang tidak faham Islam (muslim yang liberal) menuntut perundangan yang tidak Islamik sepenuhnya.

4. Sebagai contoh, mereka menuntut hak sama rata bagi wanita. Golongan feminisme. Sedangkan di dalam Islam, hak bagi wanita adalah berbeza. Mungkin nampak tidak sama rata, tetapi itulah undang-undang yang Allah tetapkan bagi manusia.

5. Berita ini menjadi satu petunjuk bahawa perjuangan Islam sebenar bukan hanya menang politik (jatuhkan pemimpin zalim), tetapi membina semula masyarakat menjadi lebih rapat dan mendukung perjuangan Islam tulen.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, December 13, 2011

Kongsi: 5 ways to attract people to you

5 Ways To Attract People To You

38

What is it about 'those' people that seems to always attract a crowd while people often walk right by (or away) from everyone else. They seem to hold some form of magical 'personal power' that automatically draws others toward them.

Have you been in situations where you have wanted to attract more attention – engage in deep, meaningful conversations with those around you but for some reason they just seem to walk away or almost are afraid to talk with you?

  • You're at work trying to get a co-worker's attention, instead they keep talking to someone else
  • How about dating – some people just have a seemingly automatic "charm" about them that attracts the opposite sex without them even trying
  • What about social situations – group gatherings, parties or a night out can be frustrating if you are always trying so hard to just keep people paying attention to you

Sometimes it can seem like you are invisible – that you have no ability to get noticed and the harder you try, the worse it seems to get. You just don't seem to have the personal power to attract desirable people toward you.

Here are 5 ways to magically attract people to you, no matter how much of an outcast you feel like today:

1. Be comfortable with yourself. It sounds kind of odd to think that we are often not comfortable with ourselves doesn't it? But it's true – especially in social situations. You can improve your comfort level and work on being more confident overall by using techniques like yoga and meditation. Just 20-minutes of mediation each day can have a dramatic impact on your self-confidence over time resulting in more attractiveness on the outside. You can learn the basics of yoga and meditation from a local class in your area, books or online at yoga and meditation resources such asthis one.

2. Learn to listen and ask questions. People like to talk about themselves, so a great way to break the ice and create interest in yourself is to begin by putting others in a comfortable place of answering questions about themselves.

3. Pay attention to your own health and personal development. When someone appears confident and successful, they draw people toward them. If you look defeated, withdrawn and have not taken care of yourself then that shows to those around you and they will avoid you. Exercise regularly, eat healthy, take care of yourself and others will be drawn to you.

4. Learn to tell stories. Have you ever noticed that some of the most popular people are those that tell great stories. It's not that the story itself needs to be great, it's just that it needs to be told in a passionate and confident way. Make sure you observe what is going on around you, stay abrest of current events and learn to tell stories.

5. Take the positive spin…People want to be around other positive people not complainers or those who always take the negative spin. If you can see the positive in situations – even better – take action towards making things more positive then you will be seen as someone of high social importance becoming much more attractive to those around you.

You may think that personal power is a result of chemistry or social skill that you cannot learn and so you are destined to always be someone who does not attract attention – but you can change all of that by following some simple steps to improve your self-confidence, improve your image and learn how to engage others more easily.

Jeff

Sumber: http://www.peak-personal-development.com/blog/index.php/5-ways-to-attract-people-to-you/

~kena banyak muhasabah diri untuk menjadi yang terbaik!

Suara HIMPUN sampai ke New York

Rujuk berita:

1. Suara penganut Kristian Malaysia sampai ke New York. Mahu mendapat perhatian dunia. Menceritakan mereka telah dianaktirikan oleh pemerintah. Mereka menafikan penglibatan di dalam gejala murtad di DUMC.

2. Suara HIMPUN juga sampai ke New York. HIMPUN dituduh sebagai alat kerajaan untuk menarik undi orang Melayu. UMNO katanya sudah kehilangan banyak sokongan orang Melayu. Isu murtad digunakan untuk mengembalikan sokongan tersebut. HIMPUN adalah sebahagian daripada agenda kerajaan.

3. Perkembangan ini (berita sampai ke New York) memberikan satu petanda bahawa projek Kristian di Malaysia adalah projek antarabangsa. Mereka bergerak secara rasmi di Malaysia dan sokongan padu dihulurkan oleh orang luar secara tidak rasmi.

4. Semua orang tahu HIMPUN bukan alat kerajaan UMNO. Ia adalah gabungan NGO Islam yang tidak bermatlamatkan politik. Mendaulatkan agama adalah satu-satunya agenda utama. HIMPUN memerangi gejala murtad yang dijalankan secara halus oleh pendakyah Kristian. Sekretariat HIMPUN bergerak memahamkan rakyat tentang kewujudan usaha mereka yang disusun secara terancang. HIMPUN menyedarkan masyarakat tentang bahaya usaha Kristianisasi terhadap akidah dan masa depan umat Islam. Pendek kata, HIMPUN memerangi gerakan Kristianisasi.

5. Apabila mereka tahu musuh mereka adalah HIMPUN, mereka pun tuduh HIMPUN sebagai alat kerajaan. Akan datang, tuduhan-tuduhan lain yang liar akan disasarkan kepada HIMPUN.

6. Tahniah dan syabas kepada Sekretariat HIMPUN.

7. Sabtu nanti HIMPUN akan diadakan di Stadium Ipoh, Perak. 7 Januari pula di Seremban. Di Johor pada 27 Januari.

Selamat berHIMPUN.

JAKIM haramkan buku LKY

Rujuk berita: http://english.alarabiya.net/articles/2011/12/10/181861.html

1. LKY menyarankan kepada umat Islam di Singapura supaya tidak terlalu kuat berpegang dengan ajaran Islam di dalam proses pembinaan negara bangsa Singapura. Pegangan dan akidah perlu dicairkan demi kehidupan yang lebih harmoni di dalam negara yang berbilang bangsa dan budaya.

2. Ini adalah salah satu bentuk penghinaan dengan menganggap orang Islam akan mudah-mudah meninggalkan atau mencairkan pengamalan agama mereka. Secara tidak langsung ia dianggap satu penghinaan kepada Islam dan umatnya secara umum.

3. Meskipun JAKIM mengharamkannya selepas 9 bulan ia diterbitkan, namun ia menunjukkan keprihatinan pihak JAKIM di dalam isu yang melibatkan maruah dan martabat umat Islam.

4. Ini adalah nasib yang menimpa orang Islam yang minoriti di Singapura. Menurut berita, orang Islam hanyalah 15% daripada penduduk negara itu. Sangat sedikit berbanding umat Islam di Malaysia yang jumlahnya kira-kira 55%-60%.

5. Apa yang berlaku pada hari ini di Singapura bukanlah bermula semalam. Ia adalah satu sejarah yang perlu dikaji dan diambil pengajaran. Saya berminat untuk mengkaji sejarah dan latar belakang Singapura moden. Tengoklah, bila ada masa kita akan tengok di mana silapnya.

Monday, December 12, 2011

Kepada apa kita menyeru manusia

Pada minggu lepas, rancangan Usrah membincangkan Risalah Al-Banna yang pertama. Risalah ila ayyi syai'in nad'u nas asalnya adalah beberapa artikel bersiri yang telah diterbitkan di dalam majalah/akhbar Ikhwan pada zaman itu.

Terdapat beberapa poin untuk perkongsian bersama:

1. Ust Lah membetulkan maksud (terjemahan) risalah. Bukan ke arah mana kita menyeru manusia, tetapi kepada apa kita menyeru manusia. Berdasarkan tajuk itu, jelas kepada kita bahawa kita membincangkan subjek 'apa' yang kita serukan kepadanya itu, bukannya arah.

2. Neraca (miqyas)
Setelah beberapa lama berdakwah kepada masyarakat, kita mendapati bahawa sebenarnya masyarakat tidak memahami apa sebenarnya yang kita dakwahkan. Mereka mendengar dan mengikuti segala program penerangan kita, namun tidak ramai yang memahami perkara sebenar.

Apakah puncanya?

Puncanya ialah neraca (alat penimbang) yang berbeza digunakan oleh pendakwah dan mad'u. Apabila neraca yang berbeza digunakan sudah pasti hasilnya juga berbeza. Dengan demikian, dakwah tidak akan berjaya apabila neracanya berbeza-beza.

3. Al-Quran sebagai neraca.
Bagi pendakwah (Ikhwan), neraca yang wajar diambil adalah Al-Quran. Maksudnya, kita menilai kejayaan dakwah kita adalah dengan mengukur jauh dekatnya masyarakat dengan ajaran Al-Quran.

Jika masyarakat makin dekat dengan Al-Quran dan ajarannya, maka itu adalah petanda kejayaan dakwah kita. Jika sebaliknya, maka usaha perlu dilipatgandakan supaya masyarakat kembali kepada Al-Quran dan ajarannya.

4. Perkara lain sebagai neraca
Apabila pendakwah Islam tidak meletakkan Al-Quran sebagai neraca, maka bagaimanakah kejayaannya dapat diukur? Pada hari ini, ramai orang menilai sesuatu kejayaan dengan penilaian material semata-mata ataupun lebih teruk daripada itu.

Mereka tidak kisah sekiranya masyarakat jauh daripada petunjuk Al-Quran, yang penting kehidupan mereka tidak terganggu, sedangkan pada hakikatnya Al-Quran adalah jawapan kepada permasalahan umat pada hari ini.

Musibah dan kelemahan yang membelenggu umat Islam adalah disebabkan jauhnya mereka daripada Al-Quran dan ajaran-ajarannya.

5. Matlamat hidup (ghayatul hayah)
Di antara salah satu penanda jauh atau dekatnya masyarakat pada hari ini ialah matlamat hidup. Al-Banna menyebut bahawa matlamat hidup orang kafir hanyalah matlamat yang sementara. Mereka inginkan kemewahan dunia, kesenangan dan hiburan. Makan dan minum seperti binatang. Orang beriman tidak sama dengan orang kafir.

Cita-cita yang besar harus dimiliki setiap muslim. Jika sebelum ini kita hanya dididik menjadi ikhlas dan menjadi hamba Allah yang terbaik, tetapi di dalam risalah ini, Al-Banna mengajar kita akan cita-cita lain yang tidak kurang pentingnya iaitu menjadi pemimpin.

6. Kepimpinan ke atas orang lain (wisoyah)
Matlamat hidup orang beriman adalah menjadi pemimpin kepada orang lain di dunia. Mereka mewarisi segala yang ada. Apabila mereka hebat di dunia, sudah tentu kedudukan mereka di akhirat juga hebat. Di sisi para anbiya' dan para solehin.

7. Pemimpin ertinya hebat
Orang Melayu terkenal dengan lemah lembut dan budi pekerti. Namun, ia tidak boleh berlebihan sehingga menyebabkan orang lain memijak kepala kita. Sifat positif ini perlu didorong oleh sifat kepimpinan.

Dunia hari ini dipimpin oleh tamadun barat yang sesat dan menyesatkan. Kita tidak redha dengan situasi ini, maka dengan itu kita perlu menyusun gerak kerja dan mengatur langkah sebaiknya untuk mengambil semula tampuk kepimpinan dunia ini.

Para pejuang Islam tidak boleh lagi bermatlamatkan perkara yang kecil-kecil mahupun perkara keduniaan, bahkan kita perlu bercita-cita besar untuk menjuarai kehidupan ini.

8. Perubahan bermula dari dalam diri
Inilah kefahaman daripada ayat 11 daripada Surah Ar-Ra'du. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan merekalah yang mengubah diri mereka sendiri. Al-Banna tidak menyebut perkara lain untuk membangunkan semula umat ini. Beliau menyebut tentang matlamat. Kehendak. Visi dan misi. Kepimpinan.

Pembinaan matlamat dalam diri adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Inilah sunnatullah di dalam perubahan. Di zaman Nabi, para sahabat yang buta dan sakit bersegera ke masjid setiap kali waktu solat untuk berjemaah. Tiada perkara luaran yang dapat menghalang jika jiwa itu kuat mencapai matlamat dan tujuan.

Penutup

Banyak lagi perkara yang dibincangkan. Saya rasa cukup sekadar ini dahulu perkongsian hasil pembacaan dan perbincangan risalah tersebut.

Wednesday, December 07, 2011

Perangi liberal

Di Indonesia, arus liberal memang kuat mempengaruhi umat Islam sehingga muncul istilah Islam Liberal. Para pejuang Islam yang ikhlas telah membentuk satu kumpulan mencari kebenaran bagi membendung ancaman liberal ini.

Sila rujuk website INSISTS di alamat: http://insistnet.com/

Ada beberapa tokoh yang saya kenal antaranya:

1. Dr Adian Husaini
2. Dr Anis Malik Taha (pernah membentangkan tajuk Ancaman Pluralisme semasa Wacana Peradaban anjuran ISMA di Danau Golf, UKM)

Bersama perangi arus liberal.

Ceramah Dr Adian: http://www.youtube.com/watch?v=ZwOi1NqGNmo&feature=related

Tuesday, December 06, 2011

1433 dan 2012

Rujuk artikel:
http://www.hmetro.com.my/articles/Azambersederhana/Article/index_html?column=Aznil

1. Tetap ada yang positif di celah-celah tulisan beliau. Perkara ini saya ungkapkan sebagai fitrah manusia.

2. Mungkin itu yang difahami oleh Pak Nil tentang kesederhanaan. Walaupun sebenarnya konsep kesederhanaan itu lebih luas, namun kita sambut azam beliau dan kita sokong mana yang baik.

3. Kita tak tahu apa yang akan berlaku kepada kita ketika kita berusia 50 tahun. Akan tetapi, apa yang kita buat sekarang akan menentukan masa depan kita.

4. Jangan tunggu air melimpah baru nak cari tempayan yang lebih besar.

Sunday, December 04, 2011

Ali Rustam beri amaran DAP guna calon Melayu

Rujuk berita:

1. Dalam politik, mereka akan guna semua cara yang boleh untuk menang membentuk kerajaan. DAP akan guna calon Melayu. UMNO akan keluar kenyataan memberi amaran.

2. DAP adalah parti berbilang kaum, tidak terhad kepada golongan Cina sahaja. Ini satu perkembangan yang menyedihkan. Agenda Malaysian Malaysia amat berbeza dengan agenda Islam. Mengapa ada orang Melayu sertai DAP?

3. Jikalau orang Melayu sudah marah dengan UMNO, maka masuklah PAS. Mengapa wadah PAS tidak digunakan? Mengapa mencari perjuangan selain Islam?

4. UMNO lebih baik daripada DAP kerana keMelayuannya. Dalam konteks Malaysia, orang Melayu menjunjung Islam. Namun sejak akhir-akhir ini, orang Melayu sudah terang-terangan menolak Islam dengan memilih parti DAP.

5. Tidak mustahil akan ada orang PAS akan berkata, orang Melayu masuk DAP adalah satu bukti kelemahan UMNO memerintah Malaysia.

6. Saya tidak kisah jika mereka mahu menuduh UMNO sedemikian. Akan tetapi saya akan kisah jika ada orang PAS kata biarkan orang Melayu masuk DAP untuk menjatuhkan UMNO kerana objektif perjuangan DAP adalah untuk menjatuhkan kerajaan UMNO. Saya amat tidak bersetuju. Selepas DAP jatuhkan UMNO, DAP tidak akan naikkan Islam di Malaysia. Silap hari bulan, PAS juga akan rugi.

7. Saya menjangkakan semasa hari penamaan calon nanti, pasti akan ada calon Melayu bertanding di atas kerusi DAP. Pada hari cabut undi pula, akan ada orang Melayu pangkah calon DAP tidak kira Melayu, Cina atau India.

8. Hakikatnya, fenomena orang Melayu masuk DAP saya golongkan dalam gejala-gejala keruntuhan akhlak di kalangan orang Melayu Islam. Sama seperti buang bayi, seks bebas, pelacuran, perjudian, rempit dan lain-lain lagi. Mereka sudah hilang fikrah Islamiyah dek pemikiran barat yang mereka pegang.

9. Saya menyeru orang Melayu Islam supaya jangan sertai DAP dan jangan undi DAP.

10. Saya menyeru orang PAS supaya ajak orang Melayu Islam kembali sokong PAS, bukan sokong DAP.

11. Saya menyeru orang UMNO, teruskan memberi amaran agar DAP tidak letak calon Melayu.

12. Saya menyeru diri saya sendiri supaya beristighfar agar tulisan ini mampu mengubah diri menjadi lebih baik dan mampu mengubah mind set orang Melayu yang ada niat join DAP!

Ketuanan rakyat atau ketuanan Allah?

1. Dalam sistem demokrasi, ketuanan berpihak total kepada rakyat. Kenyataan ini sesuai berdasarkan definisi demokrasi yang diberikan oleh Abraham Lincoln, beliau mengungkap demokrasi sebagai “government of the people, by the people, for the people”. Rakyat memilih wakil mereka untuk memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat.

2. Dalam konsep politik Islam pula atau pun yang disebut sebagai siasah syar’iyah, ketuanan mutlak adalah milik Allah. Kumpulan elit yang dipilih sebagai wakil rakyat hanya memiliki kekuasaan dan ketuanan yang terbatas, kerana yang mutlak hanyalah dimiliki oleh Allah.

3. Dalam sistem demokrasi, rakyat berkuasa menentukan undang-undang mereka sendiri. Kuasa legislatif ini bergantung kepada kehendak rakyat atau wakil rakyat. Mereka bebas menetapkan apa jua perkara menjadi undang-undang. Inilah yang disebut sebagai undang-undang ciptaan manusia.

4. Perlembagaan persekutuan sering dituduh sebagai perlembagaan ciptaan manusia. Ia adalah satu harta yang ditinggalkan oleh penjajah bagi memastikan Malaysia kekal mengamalkan sistem rekaan manusia dan meninggalkan sistem wahyu Allah. Mereka mahu Islam dijadikan amalan dalam sudut-sudut tertentu sahaja.

5. Akan tetapi, jika diteliti lebih lanjut tentang Perlembagaan Persekutuan, meskipun ia dicipta oleh manusia, kumpulan yang merangka perlembagaan tersebut jelas mengiktiraf Islam memiliki ketuanan yang mutlak.

6. Kenyataan ini dihuraikan semasa pembentangan bertajuk kedudukan Islam di dalam perlembagaan oleh Ust Nasir Desa di dalam program mendaulatkan Islam di IKIM sebelum ini. Ia juga telah dibincangkan di dalam program Semaian anjuran Muafakat di Shah Alam.

7. Ternyata di dalam perlembagaan tercatat bahawa ketuanan rakyat tidak mutlak sama sekali. Ia tidak mampu menggugat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Kedudukan Islam dan keistimewaan orang Melayu telah dijamin, ditambah dengan peranan yang dimainkan oleh Raja-Raja Melayu.

8. Adapun yang mencabar kedudukan Islam di dalam negara sebenarnya adalah kegoyahan iman para pemimpin, kejahilan umat tentang Islam, kelemahan usaha para pendakwah dan usaha makhluk perosak yang ditaja oleh barat.

9. Memang benar kita mahukan ketuanan mutlak Allah di dalam pentadbiran, perundangan dan penghakiman di Malaysia. Namun sebelum itu, pastikan ketuanan iman kepada Allah terpasak padu di dalam hati kita, barulah umat menyokong usaha murni ini.

10. Penyelesaian strategik ketika ini pada pendapat saya ialah dengan mempertahankan perlembagaan sedia ada, memperkasakan badan-badan kerajaan seperti Jabatan Agama Islam, menyedarkan masyarakat kembali mengambil Islam sebagai cara hidup dan memerangi ancaman-ancaman luar seperti kritianisasi, fahaman liberal, hiburan melampau, fahaman sesat Syiah dan lain-lain lagi. Inilah yang sedang ISMA lakukan.

11. Bersabarlah wahai para pendakwah, berusahalah dengan menguatkan imanmu, lipatgandakan usahamu nescaya sinar demokrasi akan padam seperti sinar jahiliyah terpadam oleh kecerahan dakwah Islam. Ketuanan Allah pasti terjulang.

Saturday, December 03, 2011

Ibu bapa memainkan peranan

Rujuk berita:

1. Jika seks bebas berleluasa, maka akan lebih ramai anak luar nikah dilahirkan. Mereka akan hidup tanpa ibu bapa yang bertanggungjawab menjaga makan minum, tempat tinggal, masa depan mereka. Institusi keluarga akan runtuh.

2. Tidak boleh dibayang situasi rakan-rakan sebaya anak-anak kita tidak mempunyai ibu bapa. Siapa yang menjaga mereka? Jika kita lihat anak-anak yatim pun kita dah sedih dengan nasib mereka, apatah lagi jika mereka yang tidak tahu asal usul, tidak tahu keturunan.

3. Mereka yang berketurunan paling kurang tahu asal usul dan agama mereka. Tahu ke mana hala tuju. Berbeza dengan anak luar nikah, mereka akan membenci seluruh alam terutama golongan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Mereka akan persoalkan mengapa mereka lahir tanpa ibu bapa. Seterusnya, mereka akan bergerak ke mana yang mereka suka, tidak lagi kepada agama yang sepatutnya dididik oleh ibu bapa.

4. Jika semakin ramai yang tidak tahu hala tuju, masyarakat akan kucar kacir, susah untuk dikawal. Masing-masing bertindak mengikut hawa nafsu dan fikiran ceteknya. Apabila nafsu dan akal pendek menjadi pegangan, maka rosaklah sistem alam ini.

5. Oleh itu, dengan berlakunya seks bebas di dalam masyarakat, siapa yang akan rugi? Sudah tentu masyarakat. Jika kita mahu hidup aman dan tenteram, maka peliharalah masyarakat daripada hanyut dengan budaya barat yang merugikan dalam jangka masa panjang.

6. Kita bersyukur apabila mendengar berita ini. Masih ada ibu bapa yang berfikir panjang. Mereka mahu masa depan anak-anak mereka terjamin. Perkara yang salah perlu diakui sebagai perkara yang salah. Tidak perlu dipertahankan lagi seperti menegakkan benang yang basah.

7. Kita juga berasa sedih dengan kenyataan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Mereka lupa masa depan anak-anak mereka. Mereka fikir kehidupan ini hanya pada zaman mereka sahaja. Betapa ceteknya pemikiran mereka yang kononnya berpelajaran tinggi.

8. Perkara seperti ini boleh dibendung jika semua memainkan peranan. Bermula di rumah, ibu bapa perlu mencari pendekatan terbaik mengawal anak-anak generasi x ketika ini. Pendekatan sudah tidak sama seperti dahulu. Janganlah pula memberi alasan mencari pendekatan baru dengan membenarkan anak dara bergaul dengan lelaki bujang.

9. Nabi Muhammad sudah memberi panduan lebih 1400 tahun lalu. Beri arahan untuk menunaikan solat apabila mereka berumur 7 tahun. Pukul anak-anak untuk solat apabila mereka berumur 10 tahun.

10. Ertinya, utamakan perkara yang wajib diutamakan. Solat tiang agama. Perkara pertama akan ditanya akhirat nanti. Selepas anak-anak taat menunaikan solat, barulah tenang hati ibu bapa di dalam kubur nanti.

11. Ibu bapa yang baik bermula daripada individu yang baik. Berkahwin pula dengan pasangan yang baik. Mustahil seorang lelaki menjadi baik jika berkahwin dengan perempuan tidak baik kecuali dengan izin Allah.

12. Sengaja saya tidak menghalakan perbincangan mengikut konsep hak asasi yang selalu digunakan sebagai hujah oleh pendukung Seksualiti Merdeka. Hujah itu dengan mudah akan tertolak jika kita berfikir dalam kerangka seorang ibu atau bapa yang inginkan masa depan anak-anak terpelihara. Mungkin juga mereka berfikir sebagai ibu bapa, tetapi mereka sama sekali tidak memikirkan nasib anak bangsa!

Tuesday, November 29, 2011

TV ISMA-Setulus Hati


Kalau dulu orang marah dengan Utusan dan TV3 kerana didakwa menjadi media UMNO, kemudian muncul Malaysiakini, The Malaysian Insider dan lain-lain kononnya menjadi suara alternatif bagi masyarakat.

Akan tetapi media alternatif tersebut sebenarnya mempromosikan idea liberal yang memberi kebebasan bersuara yang tidak mengambil kira aspek sensitiviti agama dan keamanan negara.

Sewajarnya gerakan Islam memiliki sendiri ruang medianya bagi memberikan gambaran pertengahan yang jelas berdasarkan Islamic view yang tidak menggadaikan prinsip Islam, amanah dan keadilan untuk memimpin pandangan umum masyarakat negara ini.

Jom sama-sama ikuti TV ISMA.

Monday, November 28, 2011

Kerjaya Wartawan

WARTAWAN: KEMAHIRAN BAHASA PENTING

SETIAP hari kita akan membaca berita-berita dan rencana di surat khabar atau majalah.

Kita juga mendengar berita di radio atau menonton siaran berita di televisyen.

Pelbagai berita dan peristiwa disiarkan dan dilaporkan kepada kita melalui media massa.

Siapakah yang melakukan tugas yang mulia ini? Sudah tentu ia dilakukan oleh wartawan dan wartawan penyiaran untuk media elektronik.

Tugas mereka ialah membuat liputan tentang peristiwa, kejadian, aktiviti dan sebarang kejadian yang boleh dijadikan bahan berita dan cerita untuk dilaporkan kepada pembaca, pendengar dan penonton.

Selain itu, kerjaya wartawan akan memberi peluang untuk bertemu dengan pelbagai golongan masyarakat seperti tokoh pemimpin, ahli politik dan ahli perniagaan.

Seseorang yang bercita-cita menjadi wartawan perlu mempunyai kemahiran menulis, mampu menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik serta berbakat dan juga kreatif dalam menghasilkan idea.

Tanpa memiliki ciri-ciri ini agak sukar bagi seseorang itu bertugas sebagai wartawan kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menulis dan mengarang berita dan rencana dengan baik dan difahami.

Mereka juga perlu menemu ramah sesiapa sahaja yang diperlukan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Sebagai wartawan, setiap hari mereka akan diberi tugasan membuat liputan peristiwa atau menemuramah individu tertentu.

Selepas itu, mereka akan kembali ke bilik berita untuk menulis berita atau rencana berhubung temu bual tadi.

Kemudian berita atau rencana yang ditulis itu akan disunting oleh pengarang sebelum dicetak atau disiarkan di media.

Perkembangan pesat industri media cetak dan elektronik akibat perkembangan ekonomi negara pula telah membuka peluang yang banyak kepada kerjaya kewartawanan khususnya di sektor swasta.

Banyak syarikat media cetak dan elektronik beroperasi yang beroperasi pada masa kini memerlukan tenaga kerja di bidang kewartawanan.

Selain itu, agensi kerajaan dan syarikat swasta juga memerlukan pegawai atau kakitangan yang mampu menulis dan mengarang mengenai pencapaian agensi dan syarikat masing-masing dengan tujuan menghebahkannya kepada umum.

Walaupun para lulusan dalam bidang kewartawanan dari universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang menceburi bidang ini, sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat media cetak dan elektronik cenderung memilih calon-calon yang mempunyai pengkhususan di bidang tertentu.

Ini kerana mereka mempunyai pengetahuan mendalam serta lebih memahami bidang mereka berbanding calon yang hanya mempunyai kelulusan dalam bidang kewartawanan.

Calon yang tidak mempunyai asas kewartawanan akan dilatih oleh syarikat-syarikat media cetak atau elektronik.

Kerjaya kewartawanan mampu menawarkan gaji yang lumayan dengan gaji permulaan di sekitar RM1,500 serta ganjaran lain berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja.

Beberapa universiti dan IPT menawarkan pengkhususan di bidang kewartawanan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat sarjana muda.

Sementara itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula menawarkan kursus Komunikasi Massa yang juga menjadi asas kepada bidang kewartawanan.

Semasa pengajian, para pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus kewartawanan termasuk penghantar komunikasi, prinsip-prinsip kewartawanan, laporan dan penulisan berita, pemberitaan dan penyuntingan, pengucapan awam, grafik dan reka letak, penulisan rencana, terjemahan, komunikasi foto, undang-undang komunikasi, pengurusan akhbar dan isu-isu semasa Malaysia.

Bagi yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lain-lain kelulusan yang bukan di bidang kewartawanan tetapi ditawarkan kerjaya ini dikehendaki mengikuti latihan kewartawanan untuk tempoh tiga bulan atau lebih di syarikat mereka bekerja.


Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Berminat dengan kerjaya ini

  1. Mempunyai kemahiran menulis
  2. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
  3. Memiliki bakat serta kreatif
  4. Sanggup bertemu dan menemu bual individu pelbagai peringkat
  5. Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat
  6. Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang
  7. Rajin mengikuti perkembangan semasa

Syarat menceburi bidang ini

Individu yang berminat menjadikan bidang kewartawanan sebagai kerjaya harus memiliki sekurang-kurangnya SPM serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan Inggeris.

Bagi yang memiliki diploma atau ijazah di bidang kewartawanan atau komunikasi mereka lebih berpeluang untuk menceburi bidang ini.

Calon-calon yang memiliki diploma atau ijazah dari bidang lain juga boleh memohon kerjaya ini.


Syarat melanjutkan pengajian

Pelajar perlu lulus dengan baik peperiksaan SPM/SPMV serta kepujian bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik.

Selain itu, pelajar perlu mendapat prinsipal yang baik di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ini kerana pengambilan di kebanyakan universiti atau IPT memerlukan kelulusan STPM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat ijazah sarjana muda.

Pelajar juga boleh mengikuti pengajian ini selepas selesai program matrikulasi dan syaratnya tetap sama iaitu lulus SPM dengan kepujian bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik.

Di UIAM, bahasa Inggeris atau Arab adalah bahasa penghantar.

UKM juga ada menawarkan kursus ini secara Pengajian Jarak Jauh manakala UiTM turut menawarkannya menerusi program luar kampus.

Syarat yang diperlukan adalah seperti kemasukan sepenuh masa yang memerlukan calon lulus SPM dan STPM atau SPM dan pengalaman kerja.

Sumber:

http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=bidang%20kewartawanan&source=web&cd=1&ved=0CBwQFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.usm.my%2Feducation%2Fkaunseling%2Ftips%2Fkerjaya-WARTAWAN.doc&ei=6wXTToSFHMnmrAeZp5GqDA&usg=AFQjCNEXyBDg-sWY0Gc-a0DLNMtqhlZHWw

Sunday, November 27, 2011

Nota Halaqah Online


Halaqah Online (HO)

Anjuran ISMA India

Tajuk: Muharram dan Hijrah

1. Hubungkait bulan Muharram dan peristiwa Hijrah

2. Bila tarikh Nabi berhijrah?

3. Benarkah ada sambutan tahun baru?

4. Kehebatan peristiwa Hijrah dan pengajarannya

5. Kelebihan bulan Muharram dan puasa Asyura

6. Ulasan isu-isu semasa

  • · DAP, MCA selar kenyataan Pemuda PKR
  • · Himpun jelajah seluruh negara
  • · Bersih 3.0

Friday, November 25, 2011

Orang mati atau dompet hilang

JAKARTA, 25 November - Kecoh di Indonesia khabarnya seorang rakyat Malaysia hilang disyaki dibunuh akibat tidak puas hati dengan kekalahan pasukan Indonesia apabila hanya dompetnya sahaja ditemui.

"Saya rasa beliau hilang dan dibunuh, apa yang tinggal hanyalah dompetnya sahaja," kata seorang saksi kejadian.

Misteri kehilangan rakyat Malaysia tersebut dikaitkan dengan kekalahan pasukan Indonesia kepada pasukan Malaysia di dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea baru-baru ini.

"Mungkin disebabkan mereka dah kalah, maka mereka bunuh orang kita," kata saksi yang lain.

Sehubungan itu, pihak kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab di Indonesia telah bersungguh-sungguh mengesan mangsa kejadian.

Walaubagaimanapun, mangsa bunuh tersebut telah kembali ke rumahnya dan beliau sebenarnya tidak dibunuh.

Ahmad Firdaus Arham, 26 tahun yang berasal dari Ampangan Negeri Sembilan ketika ditemui wartawan berkata, sebenarnya beliau keciciran dompet yang mengandungi Mykad dan sejumlah wang tunai ketika membeli belah di sebuah pasaraya di Jakarta.

Beliau juga menafikan bahawa beliau menonton perlawanan akhir tersebut.


Pengajaran:

1. Media mudah sangat sebarkan berita sensasi.
2. Orang awam pun suka sebar cerita yang tak tahu hujung pangkalnya.
3. Teliti sumber berita terlebih dahulu, amalkan sikap suka mencari sumber asal.
4. Mati adalah satu perkara yang pasti, bila-bila masa dan di mana jua.
5. Jagalah dompet anda ketika membeli-belah, elakkan membawa wang tunai yang terlalu banyak.
6. Jadilah penyokong yang berakhlak, kalah dan menang adat perlawanan. Mungkin dah teruk sangat akhlak sehingga orang kaitkan berita bunuh dengan bola.
7. Bila dah famous tiba-tiba, boleh rancang sesuatu. Mungkin ada peluang di situ.

Sekian, terima kasih.


Wednesday, November 23, 2011

Ooo...macam tu sebenarnya

Saya terbaca sebuah artikel yang merupakan pendahuluan bagi sebuah jurnal Society and Values yang diterbitkan oleh US Department of State edisi Julai 2005.

Pendahuluan (macam kata-kata aluan) tersebut ditulis oleh First Lady ketika itu iaitu Laura Bush. Beliau adalah seorang ibu, seorang bekas guru dan pegawai perpustakaan sekolah (school librarian).

Ada satu perkara yang menarik perhatian saya di dalam tulisan tersebut. Beliau menulis:

Aku menjelajah seluruh pelusuk negara dan negara-negara lain, dan aku mendengar sendiri daripada remaja-remaja (teenagers) dan aku mendapati bahawa mereka ini sebenarnya amat mengambil berat akan masa depan dan mereka amat risau tentang apa yang akan berlaku akan datang.

Mereka ini sebenarnya lebih suka dan bersedia (eager and excited) untuk mendapat pelajaran dan pengajaran daripada orang-orang dewasa. Golongan dewasa pula perlulah mengorbankan sedikit masa untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Berdasarkan kisah yang tersebut, dapat saya membuat kesimpulan akan kepentingan bergaul dengan masyarakat. Jika kita berhasrat menjadikan remaja sebagai target dakwah kita, maka tidak dapat tidak kita perlu turun ke medan dan bergaul dengan mereka.

Selami isi hati mereka. Dengar rintihan hati mereka. Luangkan masa hidup bersama mereka. Barulah kita mendapat input tentang apa sebenarnya yang mereka inginkan.

Teringat kata-kata Ust Hazizi (officemate saya), semakin hebat seseorang pemimpin itu, semakin banyak masanya dengan manusia. Ya, kehidupan seorang pemimpin penuh dengan perbincangan-perbincangan dan pertemuan-pertemuan dengan manusia-manusia di sekelilingnya.

Semakin lama kita di dalam tarbiyah, semakin banyak peranan kita di dalam masyarakat. Yang menjadi masalah ialah para pendakwah lebih selesa berada di rumah atau di tempat-tempat tertutup berbanding keluar bersama-sama masyarakat melayan setiap karenah mereka.

Saya sendiri sedang berusaha mendekati para remaja yang bermain futsal setiap petang di gelanggang futsal di kawasan perumahan saya. Approach saya ketika ini ialah saya telah menjalin hubungan dengan 'otai' mereka iaitu Abang Bob dan saya telah menawarkan satu kejohanan futsal anjuran ISMA Daerah Hulu Langat (ISMA DHL) untuk mereka sertai. Alhamdulillah Abang Bob telah bersetuju untuk menghantar satu team sebagai wakil Syukbah Dusun Tua (syukbah ertinya cawangan kecil).

Selepas ini saya akan berkongsi apa yang saya dapat hasil pergaulan saya dengan remaja belia kaki futsal kawasan saya.

Nantikan kisah seterusnya.

Wednesday, November 16, 2011

Cuti sekolah: Rancanglah percutian anak-anak


Tidak lama lagi, cuti sekolah akan bermula. Di dalam tempoh sebulan lebih, anak-anak kita tidak lagi perlu ke sekolah dan berpeluang melakukan apa sahaja aktiviti yang tidak boleh mereka lakukan sebelum ini.

Apakah aktiviti yang akan mereka lakukan? Siapakah yang bertanggungjawab mengaturnya?

Meneliti situasi pada hari ini, para ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan kerjaya sehinggakan anak-anak tidak mendapat perhatian sebaiknya. Hasilnya, cuti anak-anak tidak pernah terisi dengan perkara yang berfaedah.

Anak-anak di bandar umumnya terdedah kepada pelbagai pengaruh antaranya ialah pengaruh televisyen yang mengandungi 1001 saluran, internet yang melekakan, games, filem-filem tempatan dan antarabangsa yang boleh ditonton dengan membeli CD atau mendownloadnya sahaja. Selain itu, mereka juga terdedah dengan pengaruh rakan-rakan yang mengajak mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan seperti merokok, merayau di tengah malam dan sebagainya.

Persoalan

Adakah para ibu bapa sanggup melihat anak-anak mereka membuang masa di hadapan tv atau laptop selama berjam-jam lamanya? Adakah mereka sanggup membiarkan anak-anak mereka bangun daripada tidur hanya selepas matahari naik mencacak di atas kepala?

Di manakah sensitiviti seorang ayah dan ibu yang mahukan anak-anaknya menjadi penyejuk mata hati seperti yang difirmankan Allah di dalam Surah Al-Furqan, ayat ke-74? Menurut Imam Al-Bughawi di dalam tafsirnya, Qurratu A’yun bererti anak-anak yang baik, bertaqwa yang mampu menyejukkan hati dan pandangan mereka. Inilah yang kita doakan setiap waktu.

Mainkan peranan sebagai ibu bapa

Sebelum kita menyalahkan orang lain, para ibu bapa wajib dipersalahkan terlebih dahulu. Apakah perancangan mereka untuk anak-anak mereka jika mereka mampu menyiapkan perancangan tahunan jabatan dan organisasi mereka bekerja?

Janganlah dianggap makan minum, pakaian dan tempat tinggal yang disediakan sudah cukup untuk membuktikan tanggungjawab sebagai ibu bapa sudah ditunaikan. Tidak! Peranan ibu bapa terhadap anak-anak lebih lagi daripada itu.

Anak-anak perlukan perhatian, belaian dan kasih sayang. Setiap apa yang mereka lakukan, mereka memerlukan sokongan dan dukungan. Paling kurang mereka memerlukan respon sama ada setuju atau tidak.

Sesungguhnya tiadalah sesebuah negara itu melainkan terdiri daripada kelompok masyarakat di dalamnya. Begitu juga masyarakat, tiada lain yang mengisi kelompok masyarakat itu melainkan keluarga-keluarga yang berada di dalamnya. Demikian juga keluarga, anak-anak sebenarnya yang menjadi komponen negara seterusnya menjadi tunjang di dalam kebangkitan sesebuah tamadun atau keruntuhannya.

Jika baik anak-anak, bererti baiklah keluarga. Jika baik keluarga, maka baiklah masyarakat. Dan jika baik masyarakat, maka cita-cita dan impian mewujudkan negara Islam yang rakyatnya benar-benar melaksanakan segala ajarannya akan terlaksana.

Contoh pengisian cuti sekolah

Luangkanlah sedikit masa merancang pengisian anak-anak walaupun hakikatnya bukan sahaja untuk musim cuti sekolah, bahkan setiap masa. Kita boleh menjadikan solat berjemaah di rumah sebagai budaya, dengan itu kita boleh melatih anak-anak lelaki menjadi imam seterusnya ia mampu melatih sifat berani dan kepimpinan di dalam diri selain dapat menghafal beberapa ayat sebagai bacaan di dalam solat.

Budaya makan bersama juga boleh diamalkan. Dengan makan bersama, kasih sayang akan terjalin dan hubungan akan lebih erat. Ibu bapa berpeluang mengambil tahu perkembangan anak-anak ketika itu. Hasan Al-Banna sendiri tidak akan makan sehinggalah kesemua ahli keluarganya ada bersama-sama.

Aktiviti gotong-royong membersihkan rumah akan mendidik anak-anak tentang kebersihan. Jika perkara ini menjadi kebiasaan, akan lahir sifat pembersih di dalam diri mereka. Selain itu, aktiviti ini akan melatih mereka menjadi anak yang taat kepada setiap arahan ibu bapa.

Kem-kem motivasi dan kem ibadah semakin banyak diadakan sempena cuti sekolah. Memang benar yuran yang dikenakan agak mahal walaupun program tersebut hanya berjalan selama beberapa hari, namun anggaplah yuran tersebut sebagai pelaburan jangka masa panjang. Agak pelik juga apabila terdapat ibu bapa yang sanggup membayar harga yang mahal untuk membeli kereta dan perabot rumah tetapi tidak sanggup membayar untuk kebaikan anak-anak mereka.

Jika di negara Mesir, cuti sekolah anak-anak diisi dengan program hafazan Al-Quran di masjid-masjid. Perkara ini amat positif kerana ia memupuk kecintaan kepada Al-Quran di dalam hati anak-anak. Menariknya, program ini dijalankan secara percuma dan turut dianjurkan pertandingan hafazan sebelum cuti berakhir.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu menyedari kepentingan mengisi masa lapang anak-anak. Jika kita tidak menyusun percutian mereka, secara automatik anak-anak ini akan mengisi masa mereka mengikut selera sendiri, pengaruh kawan-kawan dan persekitaran.

Artikel ini telah disiarkan di dalam ismaweb.net.

http://www.ismaweb.net/v4/2011/11/cuti-sekolah-rancanglah-percutian-anak-anak/

Monday, November 14, 2011

Panduan kerjaya: 7 strategi peningkatan kerjaya


1. Mempunyai Wawasan


Wawasan ISMA

“Seribu langkah bermula dengan langkah pertama”, begitulah kejayaan harus dimulakan. Usahalah ke arah kejayaan, barulah kejayaan demi kejayaan dapat dicapai. Langkah pertama adalah “langkah keramat, langkah pendekar”. Kena bersedia untuk memulakan langkah dengan menyediakan perancangan, mengkaji kemungkinan kejayaan dan kegagalan, menetapkan arah dan matlamat. Gambarkan kejayaan yang akan dicapai dan ganjaran yang diharapkan. Mempunyai wawasan adalah penting sebelum memulakan langkah pertama. Wawasan yang jelas bukan sahaja menjadi panduan untuk meningkatkan kejayaan seperti “kendil di malam hari” tetapi juga pendorong dan pembakar semangat ibarat “azimat” untuk mencapai matlamat. Kini dengan wawasan yang jitu melangkahlah dengan gagah dan berani.

2. Kepakaran ‘Hard Skill’

Kedoktoran merupakan salah satu hard skill

Kita sering mendengar istilah “Jack of all trades but master of none” yang menggambarkan kebolehan yang pelbagai tetapi tiada kepakaran dalam bidang tertentu. Keadaan seperti itu tentulah menyukarkan kerana kita memerlukan pakar dalam bidang tertentu. Ada pelbagai bidang kerjaya seperti ekonomi, kejuruteraan, perubatan, sains sosial, perguruan dan lain-lain. Umpamanya bidang kejuruteraan mempunyai banyak cabangnya seperti kejuruteraan mekanikal, sivil dan elektrikal. Dalam kejuruteraan mekanikal pula terbahagi kepada beberapa cabang seperti mekanikal industri, automotif dan lainnya. Begitu juga perubatan mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti orthopedik, obstetrik dan genecologi, pediatrik, surgeri dan ubatan. Kemampuan dan kebolehan dalam hard skill tertentu penting untuk menjadi pakar dan meningkatkan kerjaya.

3. Kebolehan ‘Soft Skill’


Azizi Afuan said: Practices make perfect

Hasil kajian mendapati 70 peratus kejayaan meningkatkan kerjaya adalah kerana adanya ‘soft skills’ manakala selebihnya atau 30 peratus adalah sumbangan ‘hard skills’. Soft skill adalah ilmu kemanusiaan seperti kebolehan berkomunikasi, berinteraksi dan memahami “body language.” Hubungan sesama insan sama ada secara horizontal ataupun vertical akan membantu individu behubungan dan berkomunikasi secara berkesan dari pelbagai arah dan dimensi yang seterusnya membantu membina kerjaya.

4. Pengwujudan Jaringan



Hargai orang di sekeliling anda

Jaringan atau networking membolehkan soft skill dan hard skill disalurkan dalam melaksanakan pekerjaan. Kebolehan dan kemampua
n dalam kedua-dua bidang ini tidak bermakna jika tidak dapat dimanfaatkan. Kemahiran kedua-dua skill ini akan terus meningkat jika diamalkan berterusan. Pengalaman dikatakan “guru yang zalim” kerana kita terpaksa melaluinya barulah mengetahui akibatnya tetapi soft skill dan hard skill perlu melalui proses pengalaman untuk menjadi matang dan membantu untuk meningkatkan kerjaya.

5. Sokongan Mentor


Ikhwah sebagai mentor

Di sebalik kejayaan individu itu biasanya ada beberapa individu yang membantu di belakang kejayaan itu. Mentor atau penasihat atau Sifu adalah individu yang dirujuk atas sesuatu hal tertentu seperti kewangan, pentadbiran, hal peribadi dan teknikal. Beberapa individu berkemungkinan menjadi mentor kepada seseorang itu yang terdiri daripada rakan karib, sepupu, dan suami/isteri. Sebenarnya ketua atau “boss” kita adalah mentor yang terbaik.Setiap mentor mempunyai kelebihan atau kepakarannya seperti yang mencangkupi bidang tertentu, kerjaya atau kehidupan. Kumpulan mentor inilah yang akhirnya akan menjadi ‘think tank group’.

6. Menggunakan Teknologi

Hazim Azhar: Ikon teknologi terkini

Kemajuan teknologi telah mempercepatkan proses peradaban manusia. Teknologi telah membantu manusia melaksanakan tugas kerja lebih cepat, pantas dan tepat. Kebolehan dan kemahiran menggunakan teknologi seperti komputer, internet dan pelbagai software adalah penting supaya tugas dapat dilaksanakan dengan efisien, berkesan dan mencapai tahap maksimum yang dikehendaki. Internet menyimpan banyak khazanah maklumat dalam hampir semua perkara dan amat mudah untuk mendapatkannya, semudah ABC, tak sampai pun tiga saat jika kita mengetahuinya. Tetapi maklumat itu hanya akan tinggal maklumat sebagai “raw data” jika tidak diakses seterusnya difahami dan menjadi ilmu yang kemudiannya diamalkan dan memberi manfaat manusia sejagat. Seperti juga buku, walaupun buku mempunyai maklumat tetapi jika tidak dibaca, maklumat hanya akan tinggal maklumat dan tidak mendatang apa-apa kebaikan. Oleh itu, menggunakan teknologi adalah kelebihan dan dapat meningkat kerjaya seseorang.

7. Teguh Jati Diri

Pemuda hari ini, pemimpin hari esok

Pokok yang berdiri gagah dan bangunan yang teguh mencakar langit adalah kerana asasnya yang kukuh. Akar tunjang atau akar serabut yang mencengkam tanah menyebabkan pokok itu terus gagah walaupun dilanda angin yang kuat. Begitu jugalah jati diri manusia, perlulah teguh menghadapi ancaman luar yang mencabar. Dalam meningkatkan kerjaya sememang memerlukan perubahan tetapi bukan perubahan jati diri. Cabaran yang bakal dihadapi bukanlah kepalang. Bukan mudah untuk menjadi pohon rimbun yang menjadi tempat berteduh. Asas-asas nilai murni, amalan, mendalami dan mengamalkan segala Rukun Islam dan Rukun Iman perlu diperkukuhkan secara berterusan, konsisten dan istiqamah sejak awal. Sifat amanah, dedikasi dan bertanggungjawab perlu diamalkan sehinggalah mencapai puncak kejayaan kerjaya dan selepas itu kerana akhirnya kita akan dipertanggungjawabkan dia atas segala kejayaan yang dicapai. Kejayaan tulen adalah kejayaan di dunia yang mampu menjamin kejayaan di akhirat. Apalah gunanya memiliki segunung emas kalau nanti tak mampu membeli pondok buruk di akhirat. Bukankah di dunia ini lebih baik memiliki sekeping ‘wang perak’ yang mampu membina sebuah mahligai di syurga.

Artikel ini ditulis oleh:

Mustafar Ramdzuan Zakaria

Pegawai Penyelidik Parlimen Malaysia

Rujukan: http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/buletin/no2/buletin39-44.pdf

***Gambar-gambar di atas hanyalah gambar hiasan, bertujuan mengimbau kenangan sebagai bekal menuju kejayaan di dunia dan di akhirat.

Friday, November 11, 2011

Ahmadiah adalah Qadianiah, dua-dua sesat

Rujuk video di MalaysiaKini.com.

Apabila kita belajar akidah, kita akan dapati mereka telah sesat.
Mereka mendakwa terdapat Nabi selepas Nabi Muhammad.
Banyak lagi bukti, saya kena cek balik dalam buku-buku akidah.

Asal-usul

Qadianiyah adalah satu ajaran yang berasal dari satu tempat yang bernama Qadiani di India.
Di Indonesia, mereka menggunakan nama Ahmadiah.
Begitu juga di Malaysia.

Malaysiakini memainkan peranan

Peliknya, media alternatif Mkini telah mengambil kesempatan menimbulkan semula isu ini sedangkan fatwa pengharaman telah pun diwartakan oleh pihak berwajib.

Inilah bahayanya apabila media terlalu bebas membuat liputan.
Akhirnya, golongan sesat dan liberal (seperti gay dan lesbian) mendapat tempat untuk bersuara dan mampu mengelirukan orang awam.

Kuatkan akidah kita

Sebelum ini saya ada menulis 3 ancaman umat Islam di Malaysia iaitu Kristianisasi, fahaman pluralisme dan liberalisme dan juga ancaman Syiah. (walaupun sebenarnya banyak lagi ancaman yang ada)

Kini timbul semula gelombang sesat Ahmadiah yang dimunculkan oleh Mkini. Kononnya golongan penganut agama sesat Ahmadiah sebagai golongan yang tertindas.

Tidak mustahil mereka akan menggunakan hujah kebebasan beragama, silap faham, hak asasi, penindasan dan lain-lain.

Wednesday, November 09, 2011

Soal jawab persoalan fiqh di web majlis Ulama ISMA

Solat Qasar dan Jamak setiap hari

Assalamualaikum ustaz,
Saya tinggal di Alor Setar dan berkerja di Bukit Mertajam dimana jaraknya 120km. Saya berulang alik setiap hari. Adakah diharuskan utk saya melakukan solat qasar @ solat jamak @ solat jamakqasar setiap hari? Mohon penjelasan ustaz.
Syukran.

Soalan dihantar oleh: shukri79

Jawapan

Saudara boleh melakukan solat jamak dan qasar setiap hari. Ini adalah kerana jarak rumah dengan tempat bekerja saudara adalah melebihi jarak (83 km) yang dibenarkan untuk seseorang melakukan solat jamak dan qasar. Juga kerana tempoh saudara tinggal di tempat bekerja saudara tidak melebihi empat hari. Wallahu a’lam.

Disediakan oleh:
Ustaz Anwar Fakhri Omar
Sekretariat MUIS

Monday, November 07, 2011

Ciri-ciri seorang Akh di jalan dakwah

Ada 5 ciri:

1. Al-fahmud daqiq
2. Al-imanul amiq
3. Al-hubbul wathiq
4. Al-amalul mutawasil
5. Al-wa'yul kamil

Sentiasa kita bertanya kepada diri kita, adakah benar-benar kita sedang membuat persiapan sebenar (istikdad haqiqi) untuk menanggung beban dakwah yang amat berat, dalam tempoh yang panjang dan amat meletihkan...

Untuk itu, pastikan diri kita sentiasa memenuhi 5 ciri di atas:

1. kefahaman yang terperinci (banyak membaca, berbincang, menulis)
2. keimanan yang mendalam (beribadat, berzikir, menjauhi maksiat)
3. kasih sayang yang utuh (berukhuwah dan menunaikan hak-haknya)
4. amalan yang berterusan (kurangkan rehat, suka kepada keletihan, rancang selalu)
5. kesedaran yang mencakupi segenap aspek. (sensitif dalam setiap isu, berfikir dengan kritis)

InsyaAllah, inilah pesan buat diri moga lebih maju di jalan dakwah.

Pssstttt: Jgn lupa layan ceramah ni:

Sunday, November 06, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

SHRAA saya ucapkan kepada semua yang mengenali diri ini.

Selamat beribadah kepada mereka yang berada di Tanah Suci Mekah dan mereka yang terlibat di dalam ibadah korban.

Kepada yang masih tidak berkemampuan, insyaAllah pada tahun ini kita perbanyakkan zikir dan amal ibadat yang lain seperti membantu urusan penyembelihan dan mendoakan orang lain.

Pada masa yang sama, perbanyakkan niat untuk menunaikan haji dan berkorban pada tahun-tahun akan datang.

Sekian, terima kasih.

Saturday, November 05, 2011

Talian Khidmat Dakwah

Untuk permulaan, saya lancarkan Talian Khidmat Dakwah sebagai usaha khidmat bakti saya kepada masyarakat.

Saya telah belajar agama sejak kecil sehinggalah ke Universiti Al-Azhar.

Bahkan kini saya bekerja di pejabat ISMA, sebuah NGO Islam yang aktif di tengah-tengah masyarakat.

Oleh itu, apalah gunanya ilmu dan kudrat yang saya ada jika tidak disalurkan kepada orang ramai. Maka saya berusaha untuk memanfaatkan apa yang saya ada walaupun sedikit sebagai perkongsian kepada semua orang yang memerlukan.

Semoga segala cita untuk membantu semua orang tercapai dengan adanya talian ini.

Hubungilah saya jika ada apa-apa yang boleh saya bantu.

Islam larang kegiatan seks bebas, lesbian dan gay

Festival Seksualiti Merdeka anjuran lebih 20 NGO dan individu-individu sedang berlangsung bermula 1 November sehingga 13 November 2011 di Annexe Gallery Kuala Lumpur. Program ini menuntut kebebasan seksual dengan mempromosikan budaya seks bebas (zina), dan seks songsang seperti gay dan lesbian. Pada 22 November pula di Genting Highland, akan diadakan sebuah konsert hiburan yang menampilkan seorang penyanyi Britain, Elton John yang juga seorang gay. Ini merupakan dua contoh program yang telah dirancang dengan teliti untuk merosakkan umat Islam.

Menurut Islam, budaya-budaya tersebut jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Sekalipun pihak penganjur menggunakan hujah hak asasi manusia dan hak bukan Islam, ternyata perkara ini bercanggah dengan fitrah dan tamadun manusia dan tidak pernah dibenarkan dalam sejarah mana-mana agama di dunia.

Umat Islam diseru agar tidak terpengaruh dengan maksiat-maksiat tersebut.Jangan mencuba-cuba, teriku-ikut malah terlibat dengan kegiatan yang disifatkan lebih hina daripada binatang.

Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menerangkan pengharaman seks bebas (zina), gay dan lesbian:

1. Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

2. Firman Allah di dalam Surah An-Nur, ayat 2 yang bermaksud:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

3. Firman Allah di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166 yang bermaksud:

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”

4. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Hakim, daripada Abu Hurairah RA:

(من زنى أو شرب الخمر نزع الله منه الإيمان كما يخلع الإنسان القميص من رأسه (رواه الحاكم عن أبى هريرة

Maksudnya: Barang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya iman sepertimana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya.

5. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas RA:

عن ابن عباس رضي الله عنهما، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : «من وجدتموه يعمل عمل قوم لوط فاقتلوا الفاعل والمفعول به»

Maksudnya: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.

6. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, daripada Abu Musa:

إذا أتى الرجلُ الرجلَ فهما زانيان وإذا أتت المرأةُ المرأةَ فهما زانيتان

Maksudnya: Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina.

Muslimin muslimat sekalian,

Janganlah kita bersikap berdiam diri dengan alasan hal ini tidak melibatkan diri secara langsung. Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa kita, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang.

Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:

Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Di dalam konsep menegah kemungkaran, sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok. Allah akan bertanya apakah yang telah anda lakukan demi menyelamatkan anak bangsamu?